Cara Daftar Selangkah Selangor Untuk Premis Perniagaan


Jika anda seorang peniaga yang mempunyai bisnes atau syarikat yang sah berdaftar dengan SSM dan beroperasi di Selangor, jemput baca cara daftar Selangkah Selangor untuk premis perniagaan anda.

Jika anda lebih selesa menggunakan MySejahtera, langkau artikel ini untuk baca cara buat QR Code My Sejahtera.

Cara daftar Selangkah Selangor untuk premis

  1. Mula-mula sekali, pada web browser anda, masukkan kata kunci selangkah Selangor, dan pilih pilihan yang teratas. Atau, layari laman web https://www.selangkah.my/web/. Anda akan dibawa ke laman web rasmi SELangkah.
  2. Pada laman web tersebut, scroll sedikit ke bawah dan tekan butang Not Found? Self-Register.
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan untuk Nama Premis, masukkan nama syarikat anda.
  4. Kemudian, pada ruangan untuk Kategori 1, pilih kategori untuk premis syarikat anda. Lebih mudah, pilih bidang atau kepakaran yang syarikat anda usahakan.
  5. Untuk teruskan cara daftar Selangkah Selangor, pada ruangan untuk Kategori 2, pilih sub-kategori untuk Kategori 1. Lebih mudah, spesifikasi atau pengelasan bidang syarikat anda kepada kategori yang anda pilih di Kategori 1. Contohnya, sekiranya premis syarikat anda ialah sebuah cybercafe, Maka pada Kategori 1, anda perlu memilih Entertainment. Kemudian pada Kategori 2, pilih Cybercafe/internet.
  6. Kemudian, pada Kategori 3, pilih pula sub-kategori untuk Kategori 2. Sekiranya anda memilih Cybercafe/Internet pada Kategori 2, pada Kategori 3 pula, pilih Pusat internet Malaysia sekiranya premis anda berdaftar sebagai Pusat Internet Malaysia atau Others jika tidak.
  7. Pada ruangan Telefon Premis, masukkan nombor telefon syarikat anda yang mudah untuk dihubungi serta merupakan nombor telefon rasmi syarikat.
  8. Pada ruangan Telefon Pemilik, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan mudah dihubungi, sekiranya anda adalah pemilik syarikat tersebut.
  9. Pada ruangan Lot, masukkan nombor lot bagi bangunan syarikat anda tersebut.
  10. Pada ruangan Nama Bangunan, masukkan nama bangunan syarikat anda.
  11. Pada ruangan Jalan, masukkan nombor jalan di mana bangunan/premis syarikat anda berada (sekiranya ada).
  12. Pada ruangan Nama Jalan, masukkan nama jalan di mana bangunan/premis syarikat anda berada (sekiranya ada).
  13. Pada ruangan Poskod, masukkan poskod untuk lokasi di mana bangunan/premis syarikat anda berada.
  14. Untuk teruskan cara daftar Selangkah Selangor, pada ruangan Seksyen/Kawasan, masukkan seksyen/nama kawasan/nama taman di mana tempat bangunan/premis syarikat anda berada.
  15. Pada ruangan Bandar, masukkan nama bandar di mana bangunan/premis syarikat anda berada (sekiranya ada).
  16. Pada ruangan Negeri, masukkan nama negeri di mana bangunan/premis syarikat anda berada.
  17. Pada ruangan Alamat E-mel, masukkan emel rasmi syarikat anda, atau emel pihak atasan syarikat yang mudah dihubungi, seperti emel pemilik syarikat sendiri.
  18. Kemudian, tekan link General Terms of Use by Business Premise Owners, dan baca terma yang dinyatakan.
  19. Sekiranya anda bersetuju, tick pada kenyataan tersebut.
  20. Kemudian, tekan butang Simpan.
  21. Pop-up box akan tertera. Tekan butang OK.
  22. Pada paparan seterusnya, QR Code akan tertera. Tekan butang CETAK untuk mencetak QR Code Gunakan QR Codeini di premis/bangunan syarikat anda.
  23. Pendaftaran syarikat anda dengan SELangkah berjaya.

 

Akhir kalam

Jika tidak mahu guna Selangkah, anda boleh daftar MySejahtera untuk syarikat juga. Mana-mana pun boleh, asalkan kita dapat tahu pergerakan pelanggan untuk sama-sama membendung wabak Covid-19 ini.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment