Cara Daftar Penerima Vaksin COVID-19 (Tarikh Akan Dimaklumkan)

Cara Daftar Penerima Vaksin COVID-19 (Tarikh Akan Dimaklumkan)


Bagi anda yang bercadang untuk menjadi salah seorang penerima vaksin terawal, sila ikuti rapat-rapat ruangan ini. Kami akan berkongsi cara daftar penerima vaksin COVID-19 sejurus dimaklumkan oleh kerajaan nanti.

Cara untuk mohon vaksin

Memetik laporan Bernama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai boleh mendaftar dan membuat permohonan vaksin COVID-19 secara percuma menerusi lima kaedah:

#1 Daftar penerima vaksin COVID-19 guna aplikasi MySejahtera

Rujuk sini untuk dapatkan panduan dan cara daftar vaksin Covid yang lebih terperinci.

 

#2 Mohon vaksin melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, mereka juga boleh mengakses laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV.

Laman web ini yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada pertengahan Februari 2021 nanti.

 

#3 Guna talian hotline untuk pemohonan vaksin COVID-19

Selain itu, talian hotline juga akan disediakan oleh kerajaan. Nombor talian tersebut akan ditetapkan kemudian.

 

#4 Daftar penerima vaksin COVID-19 di klinik dan hospital

Pendaftaran untuk menjadi penerima COVID-19 juga boleh dilakukan secara manual di klinik dan hospital awam. Selain itu, pemohon juga boleh mendaftar di klinik dan hospital swasta yang akan dimakluman senarainya nanti.

 

#5 Pendaftaran dengan kerajaan negeri

Khas untuk pemohon yang berada di kawasan pedalaman, pihak kerajaan persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas.

 

Maklumat tambahan daftar & mohon vaksin COVID-19

Bila boleh buat pendaftaran untuk menerima vaksin?

Berdasarkan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac 2021.

Walau bagaimanapun, pendaftaran ini akan dilaksanakan dengan konsep sukarela. Hanya sesiapayang buat permohonan dan rela untuk disuntik akan diberikan vaksin.

 

Siapa yang akan terima vaksin dahulu?

Khairy yang  juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengesahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama yang akan menerima vaksin Pfizer.

Seterusnya, Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi.

Dipendekkan cerita, program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan kerana mereka adalah golongan yang paling terdedah dengan wabak ini.

Jadi, frontliner adalah antara orang pertama di Malaysia yang akan menerima vaksin COVID-19. Walau bagaimanapun, bukan semua akan menerimanya. Setiap permohonan dari fronterliner ini juga akan dinilai dan ditapis terlebih dahulu.

 

Vaksin jenis apa yang akan digunakan?

Vaksin Pfizer-BioNTech telah didaftarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Ini sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.

Vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.

 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilancarkan

Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan Februari 2021.

Sasaran kerajaan ialah 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Fasa 1

Fasa pertama dari Februari 2021 hingga April 2021 adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak ituem.

Fasa 2

Sementara itu, fasa kedua akan berlangsung dari April 2021 hingga Ogos 2021 yang melibatkan  kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa 3

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei 2021 ini hingga Februari 2022 tahun depan.

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik tindakan kerajaan yang sudi memberikan vaksin ini secara percuma kepada rakyat.

Dengan bantuan kerajaan yang sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban golongan B40 dan M40 yang terkesan, pemberian vaksin ini juga memberikan kelegaan kepada mereka.

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara daftar penerima vaksin COVID-19 ini akan memudahkan urusan kita semua dalam mendepani pandemik ini.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Daftar Penerima Vaksin COVID-19 (Tarikh Akan Dimaklumkan)

Leave a Comment