Cara Daftar McDonalds McDelivery Malaysia (mcdelivery.com.my)

Kalau anda mahu beli atau order McD secara online, boleh ikuti cara daftar McDonalds ini. Di saat ramai orang di luar menunggu bantuan BKC dan BPR semasa musim Covid-19 ini, apa kata kita buat pesanan McDonalds dahulu. Kenyangkan perut, baru senang hati.

Izinkan kami dari The Rohani terangkan langkah demi langkah seperti di bawah.

1. Cara daftar McDonalds McDelivery online

Perkongsian ini hanyalah untuk McDonalds Malaysia. Carian di Google selalunya menyenaraikan McDonalds yang tidak berkenaan, iaitu dari luar negara.

Pastikan anda pilih negara yang betul iaitu Malaysia.

Berikut ialah cara daftar McDonalds McDelivery melalui laman web rasmi.

  1. Layari https://www.mcdelivery.com.my/my/
  2. Lihat di bahagian atas sebelah kanan
  3. Lihat Mulakan Pesanan
  4. Klik Saya Pengguna Baru
  5. Akan ada sedikit penerangan iaitu “Pendaftaran akaun membolehkan anda menikmati tawaran dan promosi eksklusif, melihat semula pesanan dan kegemaran terdahulu serta memudahkan proses daftar keluar.”
  6. Klik Daftar Sekarang
  7. Masukkan Alamat Penghantaran anda terlebih dahulu
  8. Ini penting bagi memastikan lokasi anda berada dalam kawasan penghantaran McDelivery atau tidak
  9. Taip lokasi anda, contohnya: Shah Alam
  10. Gerakkan pin merah
  11. Pastikan pin merah itu berada betul-betul di lokasi anda untuk urusan daftar McDonalds ini
  12. Akan keluar satu kotak “Confirm Delivery Location?”
  13. Tekan Yes jika betul
  14. Masukkan alamat anda seperti yang dipinta:
    • House Number
    • Block
    • Level
    • Unit
    • Building / Condo
    • Street Name
    • Area
    • Postcode
    • City
    • State
    • Company Name
    • Contact Number
    • Department
  15. Klik Save Address
  16. Anda akan dibawa ke bahagian Maklumat Saya untuk meneruskan proses dan cara daftar McDonalds McDelivery
  17. Sila isikan maklumat berikut:
    • Gelaran
    • Nama
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Nombor Telefon
  18. Kini, anda berada di bahagian Create Your Sign In
  19. Sila masukkan maklumat berikut untuk urusan login nanti:
    • Email
    • Masukkan Semula Email
    • Kata Laluan
    • Masukkan Semula Kata Lalun
    • Security Check (sila masukkan nombor yang terpapar)
    • Tick Ya, Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat
    • Tick Ya, saya ingin menerima maklumat tawaran dan promosi terkini melalui McDonals
    • Jika tidak mahu terima apa-apa promosi, tidak perlu tick
  20. Tekan Daftar Akaun
  21. Cara daftar McDonalds McDelivery anda kini sudah selesai
  22. Sila semak email untuk pengaktifan, jika ada

 

2. Login McDonalds McDelivery di mcdelivery.com.my

Selepas selesai proses daftar McDonalds, anda kini boleh login McDelivery.

  1. Layari https://www.mcdelivery.com.my/my/
  2. Lihat di bahagian atas sebelah kanan
  3. Lihat Mulakan Pesanan
  4. Klik Daftar Masuk McDelivery
  5. Masukkan email seperti pendaftaran tadi
  6. Masukkan kata laluan
  7. Tick Ingat Kata Laluan untuk memudahkan urusan masuk lain kali
  8. Klik Daftar Masuk

 

3. Cara lain untuk order McDonalds

Kami tidak perincikan cara untuk buat pesanan McDonalds di sini.

Ini kerana ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan seperti menggunakan laman McDonalds McDelivery, aplikasi McDelivery melalui telefon bimbit, foodpanda dan juga GrabFood (semudah order Grab Car juga.

 

Akhir kalam

Walaupun proses dan cara daftar McDonalds McDelivery agak leceh, ia sebenarnya akan memudahkan urusan anda untuk pesanan pada masa hadapan.

Boleh sahaja beli McDonalds tanpa daftar. Cuma ia akan menyulitkan kita suatu hari nanti. Lagipun, boleh bayar dengan banyak cara seperti kad kredit dan juga FPX. Makanan pun murah, tak perlulah sampai perlu buat pinjaman dengan kawan. Mudah-mudahan tidak mengganggu bajet kewangan bulanan.

Jika malas untuk daftar, telefon sahaja di 1300-13-1300.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment