Cara Daftar Lalamove Rider (Register Online di lalamove.com)

Adakah anda salah seorang yang mencari kerja part time untuk tambah pendapatan? Kini, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider jika anda ada motosikal. Bukan itu sahaja, anda juga boleh baca cara daftar Lalamove driver jika anda ada kereta. Percayalah, di Malaysia ada banyak kerja. Hanya antara mahu atau tidak sahaja.

Apa itu Lalamove?

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi serba sedikit mengenai Lalamove.

Pernahkah anda mendengar atau terbaca di mana-mana mengenai Lalamove? Apakah itu Lalamove? Lalamove merupakan servis pengangkutan logistik yang berpusat di Hong Kong. Pada asalnya, Lalamove dikenali sebagai EasyVan.

Telah bertapak dalam industri teknologi pengangkutan logistik sejak Disember 2013, Lalamove kini sudah mempunyai cawangan di beberapa buah negara di sekitar Asia, iaitu China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Lalamove pada asalnya diasaskan oleh Chow Shing-yuk, yang merupakan CEO untuk syarikat ini.

Berbeza dengan penghantaran pos biasa ataupun servis penghantaran makanan seperti Foodpanda, Lalamove memfokuskan kepada penghantaran pelbagai barangan, yang merangkumi makanan, dokumen, barangan elektronik dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barangan, anda, Lalamove akan:

  • Membelikan barangan tersebut untuk anda
  • Menghantar barangan tersebut kepada anda, merangkumi makanan, barangan elektronik dan sebagainya. Anda mampu memilih servis penghantaran menggunakan motorsikal, kereta, lori 1 tan ataupun lori 3 tan. Pemilihan kenderaan adalah bergantung kepada kuantiti atau saiz barangan yang anda beli.

 

Macam mana guna Lalamove?

Untuk memesan, anda perlu memaklumkan tempat barang anda untuk dibeli oleh pihak Lalamove, serta lokasi untuk anda mengambil barangan anda. Anda juga perlu menerangkan secara terperinci maklumat barangan anda, seperti jenama, jenis, harga, saiz, warna, serta kuantiti. Terdapat had pembelian untuk penghantaran menggunakan motorsikal dan kereta:

  • Pembelian maksimum sebanyak RM200 sahaja sekiranya servis penghantaran menggunakan kereta pihak Lalamove.
  • Pembelian maksimum sebanyak RM100 sahaja sekiranya servis penghantaran menggunakan motorsikal.

Buat masa sekarang, Lalamove hanya menerima pelanggan dalam kawasan Klang Valley sahaja. Manakala untuk penghantaran, Lalamove menjalankan servis penghantaran ke seluruh Malaysia, kecuali ke kawasan daerah kepulauan.

 

Kelebihan kerja dengan Lalamove

Anda juga boleh membina karier anda dengan menjadi salah seorang daripada krew Lalamove.

Sama ada menjadi pemandu ataupun rider, anda mampu untuk menjalankan servis penghantaran kepada pelanggan dan menjana pendapatan anda dengan krew Lalamove yang menjalankan servis selama 24 jam setiap hari. Kelebihan menjadi krew Lalamove:

  • Anda mampu pilih waktu untuk anda terima tugasan penghantaran anda, dan tiada kuota minimum penghantaran yang diperlukan.
  • Anda mampu memperoleh insentif bonus bulanan setiap kali anda menyelesaikan tugasan penghantaran anda.
  • Anda mampu menjana pendapatan tambahan.
  • Tidak perlu untuk membuat lesen Public Service Vehicle (PSV) seperti Grab driver
  • Anda hanya perlu mendaftar secara online, dan menjalankan latihan daripada rumah.
  • Pelbagai jenis barangan boleh dihantar.

 

Syarat dan kelayakan jadi Lalamove rider

Keperluan untuk menjadi pemandu/rider Lalamove:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai motorsikal sendiri.

 

Cara daftar Lalamove rider

Jika anda mempunyai motosikal, berikut ialah cara daftar sebagai rider Lalamove:

  • Pergi ke laman web https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/home
  • Juga boleh taip Lalamove di Google atau browser dan pilih link teratas yang bukan di tag “Ad”.
  • Anda akan dibawa ke laman rasmi Lalamove.
  • Pergi ke kotak Drive, dan tekan butang APPLY NOW.
  • Pada laman seterusnya, akan tertera kotak Driver Registration Form untuk anda isikan maklumat peribadi anda.
  • Pada kotak Name, masukkan nama pertama anda di kotak Given Name.
  • Di kotak Family Name, masukkan nama keluarga anda bagi yang bukan beragama Islam.
  • Bagi yang beragama Islam, anda boleh masukkan dua perkataan terawal dalam nama anda. Misalnya, untuk Muhammad Azim, masukkan Muhammad di kotak Given Name, manakala Azim di kotak Family Name.
  • Pada kotak Tel No, masukkan nombor telefon anda yang berdaftar dan aktif.
  • Pada kotak Email, masukkan alamat emel anda.
  • Pada kotak Type of Vehicle, pilih jenis kenderaan yang anda ingin gunakan untuk menjalankan servis anda, sama ada motorsikal, kereta, van, lori 1 tan ataupun lori 3 tan.
  • Dalam kes ini, anda mesti pilih motorsikal
  • Pada kotak Manufacturer, masukkan jenama kenderaan anda.
  • Pada kotak Model Name, masukkan nama model kenderaan anda, seperti Saga, Myvi, Camry ataupun Accord.
  • Pada soalan Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes. (pemegang lesen P juga perlu nyatakan Yes)
  • Pada soalan Do you live/work in KL/Selangor?, pilih Yes. (Permohonan daripada anda yang menetap atau bekerja di luar daripada KL atau Selangor tidak akan diterima)
  • Pada soalan Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
  • Pada kotak What is your postcode?, masukkan poskod tempat tinggal anda.
  • Pada soalan Training Location, pilih lokasi latihan anda, sama ada anda ingin jalankan latihan di Petaling Jaya, ataupun latihan secara online.
  • Pada kotak Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
  • Pada kotak Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
  • Pada kotak Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, bagi anda yang memilih untuk menjalani latihan di Petaling Jaya.
  • Tekan butang Thank You.

 

 

Syarat dan kelayakan jadi Lalamove driver

Keperluan untuk menjadi pemandu atau driver Lalamove:

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai kereta sendiri.
  • Jika bukan kereta, anda mesti mempunyai kereta, van, pacuan 4 roda atau lori sendiri.

 

Cara daftar Lalamove driver

Jika anda mempunyai kereta, berikut ialah cara daftar sebagai driver Lalamove:

  • Pergi ke laman web https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/home
  • Juga boleh taip Lalamove di Google atau browser dan pilih link teratas yang bukan di tag “Ad”.
  • Anda akan dibawa ke laman rasmi Lalamove.
  • Pergi ke kotak Drive, dan tekan butang APPLY NOW.
  • Pada laman seterusnya, akan tertera kotak Driver Registration Form untuk anda isikan maklumat peribadi anda.
  • Pada kotak Name, masukkan nama pertama anda di kotak Given Name.
  • Di kotak Family Name, masukkan nama keluarga anda bagi yang bukan beragama Islam.
  • Bagi yang beragama Islam, anda boleh masukkan dua perkataan terawal dalam nama anda. Misalnya, untuk Muhammad Azim, masukkan Muhammad di kotak Given Name, manakala Azim di kotak Family Name.
  • Pada kotak Tel No, masukkan nombor telefon anda yang berdaftar dan aktif.
  • Pada kotak Email, masukkan alamat emel anda.
  • Pada kotak Type of Vehicle, pilih jenis kenderaan yang anda ingin gunakan untuk menjalankan servis anda, sama ada motorsikal, kereta, van, lori 1 tan ataupun lori 3 tan.
  • Dalam kes ini, anda mesti pilih kereta
  • Pada kotak Manufacturer, masukkan jenama kenderaan anda.
  • Pada kotak Model Name, masukkan nama model kenderaan anda, seperti Saga, Myvi, Camry ataupun Accord.
  • Pada soalan Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes. (pemegang lesen P juga perlu nyatakan Yes)
  • Pada soalan Do you live/work in KL/Selangor?, pilih Yes. (Permohonan daripada anda yang menetap atau bekerja di luar daripada KL atau Selangor tidak akan diterima)
  • Pada soalan Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
  • Pada kotak What is your postcode?, masukkan poskod tempat tinggal anda.
  • Pada soalan Training Location, pilih lokasi latihan anda, sama ada anda ingin jalankan latihan di Petaling Jaya, ataupun latihan secara online.
  • Pada kotak Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
  • Pada kotak Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
  • Pada kotak Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, bagi anda yang memilih untuk menjalani latihan di Petaling Jaya.
  • Tekan butang Thank You.

 

Training sebelum kerja dengan Lalamove

Bagi anda yang memilih untuk menjalankan latihan anda di Petaling Jaya, berikut merupakan hari dan masa yang anda boleh hadir untuk menjalankan latihan (kecuali pada cuti umum dan hari Ahad):

  • Isnin hingga Khamis : 10:00AM, 1:00PM & 3:30PM
  • Jumaat: 11:00AM & 3:00PM
  • Sabtu: 1:00PM & 4:00PM

Sekiranya anda memilih untuk menjalankan latihan secara online/virtual, anda mampu melakukannya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian cara daftar Lalamove rider dan driver ini serba-sedikit dapat membantu anda menambah pendapatan. Jika anda bekerja di tempat lain dan gaji tidak cukup, tidak salah mencuba Lalamove.

Daftar sekarang dan jana pendapatan anda serta nikmati pelbagai kemudahan dengan menjadi krew Lalamove.

Sebagai alternatif, jika anda ada motosikal tetapi masih tidak bersedia dengan jenama Lalamove, boleh cuba jadi rider Grabfood, rider Foodpanda dan rider DahMakan. Tengok mana satu yang sesuai dengan anda.

Semoga bermanfaat.

24 thoughts on “Cara Daftar Lalamove Rider (Register Online di lalamove.com)”

  1. 1. Jika menggunakan kereta sendiri mcm mn pihak lalamove bayar, sila jelaskan.
    2. Sy tidak mempunyai acc sendiri bolehkah guna acc isteri sebagai transaction.

    Reply
  2. Dalam keadaan yang mendesak ni, dan masaalah kesihatan tak majikan nak ambik kami bekerja, hajat hati jadi runner je, sebab mudah nak ambik cuti untuk urusan hospital, tapi malangnya lesen sekarang dah tak ada.. nsk kumpul duit untuk buat lesen pun payah, dah berapa tahun tak kerja,, makan pun menumpang orang tua

    Reply
  3. Kalau kereta atas nama husband( warganegara asing) tapi Saya nak daftar sebagai rider boleh ke? Saya warganegara Malaysia

    Reply
  4. Contoh lau husbn x lesen tp pakai lesen isteri register sume isteri tp yg bawak keta husbn.. isteri duk sebelah boleh x mcm tu.. sbb husbn da x de kje… 😥

    Reply
  5. Saya dah lulus ujian lalamove dan besediah mengambil order tetapi saya belum mempunyanyi bag lalamove. Boleh ke saya ambil order tampah bag lalamove?

    Reply
  6. nak tanye kalau daftar guna nama sepupu tapi yg bawak lalamove suami saya, boleh ker? Sebab suami saya PR. Suami nak cari duit lebih nak jadi driver lalamove. Kalau boleh alhamdulillah..

    Reply

Leave a Comment