Cara Daftar BPR 2021 (Register Bantuan Prihatin Rakyat)

Bagi mana-mana individu yang masih lagi belum pernah buat permohonan BPR, BPN 2.0, BPN dan BSH, anda kini boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat. Izinkan kami berkongsi panduan dan cara daftar BPR 2021 secara online.

1. Cara daftar BPR 2021

Berikut ialah cara untuk buat pendaftaran BPR Hasil:

  1. Layari portal rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
    • Elakkan typo, jangan tersilap dengan taip BRP dengan melayari https://brp.hasil.gov.my pula
    • Ini adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bukannya Bantuan Rakyat Prihatin (BRP).
  2. Anda akan tiba ke laman utama BPR
  3. Masukkan No MyKad
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika anda masih belum mendaftar BPR, akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  6. Klik Daftar Akaun
  7. Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  8. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  9. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  10. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  11. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR
  12. Di bahagian PENDAFTARAN BPR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  13. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BPR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  14. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  15. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  16. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  17. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  18. Tekan butang Teruskan
  19. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  20. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  21. Seterusnya, tekan butang Daftar
  22. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR”
  23. Pendaftaran BPR anda kini sudah berjaya
  24. Selesai

Sila Log Masuk BPR untuk mula buat permohonan atau kemaskini BPR dengan maklumat terkini.

 

2. Perlu daftar BPR untuk penerima BSH dan BPN?

Untuk makluman, anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat. Boleh terus buat semakan BPR apabila dibuka nanti. Bagi yang tidak terima apa-apa bantuan, ikuti cara daftar BPR seperti di atas.

Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPR. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
  • Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain
  • Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain

 

3. Maklumat lanjut Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar BPR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Selesaikan dulu berkenaan pendaftaran, barulah buat semakan Bantuan Prihatin Rakyat untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

69 thoughts on “Cara Daftar BPR 2021 (Register Bantuan Prihatin Rakyat)”

  1. Sy sudah berkahwin Dan memang pernah menerima bpn sebelum ini dari dulu..tetapi belum Ada anak..adakah masih boleh terima bpr?

    Reply
  2. Assalamualaikum
    ingin saya bertanya mengenai status BPR2021 saya ,dimana sebelum ini saya telah terima BPN 2020 adakah saya perlu mendaftar semula untuk BPR2021.
    Tetapi.. sekiranya BPR2021 berpandukan kepada BSH mulai tahun 2019 nama saya telah dipotong kerana tidak layak kerana mempunyai company . tetapi baru-baru ini saya telah tamatkan syarikat saya itu, kerana sudah lama tidak berfungsi. dan pada 21 Ogos 2020 saya telah membuat rayuan tetapi tidak tahu statusnya.

    saya seorang ibu tunggal sebatang kara..berumur 65 tahun ,menghabiskan sisa kehidupan dengan bekerja dengan Badan NGO (kebajikan) pesakit kencing manis dan darah tinggi .

    saya amat berharap BPR2021 dapat memberi nafas baru dalam keadaan sekarang ini.

    Reply
  3. Saya sudah daftar bantuan prihatin sekarang saya nak tanya boleh kah kalau saya tukar numbor akaun yang dulu saya nak masuk numbor akaun saya yang baru sekarang

    Reply
  4. Salam sejahtera

    Saya sudah pun kemaskini Bsh 2021 selama dua kali, tetapi permohonan saya tidak lulus

    Sekarang ini saya boleh kemaskini atau membuat permohonan baru Bpr, dokumen telah saya kemukakan dulu, saya perlu hantar semua dokumen sekali lagi ke?, Harap dapat membantu saya.

    Terima kasih.

    Reply
  5. Mcm mna caranya sya nk daftar nama sy dn..klau bole dpt bntuan bpr ni.sya nk masok kr akaun sy bkn suami sya dh
    Bole tk??

    Reply
  6. sya ada msalah sebelum ni bpn nama ada nak cek dekt bpr tak ada dia suruh dftr tapi nk daftar msuk no.kad pengelanan msih tak boleh

    Reply
  7. Saya ada masalah semasa 2 soalan keselamatan.nama waris no pengenalan waris.sebab saya baru nak memohon bpr ,jadi saya tak pernah isi borang lagi.bila saya jawab tiada komputer akan kata jawapan saya salah..jadi saya xboleh lagi nak isi borang sampai sekarang..

    Reply
  8. Saya tak pernah memohon bsh, bpn dan bpr. Boleh saya tahu, bilakah daftar baharu permohonan dibuka semula?

    Reply
  9. Macam manakah cara-cara nak isi borang BPR dalam online. Bolehkah saya minta borang contoh permohonan macam mana. Dan bolehkah saya minta borang contoh isi borang macam mana..?

    Reply
  10. Saya accient tahun ni bpn tahun lepas yang dapat dia kate nak bagi tahun ni pergi taya bsn dia kata dah dapat yang dah dapat tu bpr 2.0 yang 350 bpr 2.1 pon takdapat lagi
    Apa nak jadi sebulan lebih saya tak kerja nak makan apa kat rumah ni
    Duduk bujan pulak tu nak bayar sewa rumah pulak tu duit simpanan dah habis apa dah jadi dunia ni silap hari bulan kene halau rumah laa dibuat ye adoiiiii

    Reply
  11. salam,saya nak tanya bagaiman mana saya telah bantuan SSM yang dah dulu (2020) adakah dapat kembali wang itu ?

    Reply
  12. Since last year have received the BSH lulus. But they say BSH to BPR automatic no need to apply. But never receive the BPR tambahan. Want to know the reason tq

    Reply
  13. Data maklumat sy dah ada dlm sistem LDFN sb sy dpt semua bantuan yg kerajaan bg utk 2020 dan akhir fasa 1 rm150 tp fasa 2 yg di bayar 7/5/2021 sblm aidil fitri sy x dpt dan terbaru Bantuan Tambahan yg di byr 29/6/2021,sy x dpt juga. dimana utk sy dpt kan jawapan bkenaan perkara ini.

    Reply
  14. Data maklumat sy dah ada dlm sistem LHDN. Sbb sy dpt semua bantuan yg kerajaan bg utk 2020 dan akhir fasa 1 Feb 2021 rm150 sy dpt tp fasa 2 yg di bayar 7/5/2021 sblm aidil fitri sy x dpt dan terbaru Bantuan Tambahan yg di byr 29/6/2021,sy x dpt juga. dimana utk sy dpt kan jawapan bkenaan perkara ini.

    Reply
  15. Sy bln 2 dpt, bln 5 tk lulus. Masalah sepupu sy dh set Atas email dia. Skng sy nk log in tk blh. Mcm Mn sy nk loq in.

    Reply
  16. Sy pernah dpt BPN ok je tak de masaalah apa pun.sekarang ada masaalah tentang BPR,untuk fasa1 BPR saya dapat,tgu fasa2 tak lulus.mcm2 dah sy buat tetap tak lulus.seolah2 mcm nama sy di Block.nk buat tuntutan my Salam pon tak layak..puwok2 mu menyusah keluarga aku.segala bantuan kerajaan yg aku patuk dpt puwok mu sekat..aku Tak puas hati dgn puwok mu.

    Reply
  17. Suami saya ada memohon BSH dan dapat satu kali tetapi sewaktu tukar kepada BPR, X pernah dapat kerana X diluluskan sebab menjadi ahli koperasi. Ahli koperasi tetapi tiada mendapat apa² faedah dan bayaran sekadar nama sahaja diletakkan sebagai ahli.

    Reply
  18. Sekiranya lulus mendapatkan bantuan Bpr/ Bpn/Bsh..
    Tetapi lambat untuk menebusnya,
    Adakah boleh expired? Ataupun hangus kerana lambat menembusnya di LHDN atau BSN?
    Kerana sya telah lulus mendapatkan bantuan, jelas terbukti bila sya semak status online,tetapi bila sya pergi ke BSN, pegawai BSN mengatakan BPN sya tahun lalu dan tahun ini suda Expired, sudah hangus dan sya tak dpt menebusnya lagi..
    Adakah ianya benar?

    Reply

Leave a Comment