Cara Daftar BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional #kitaprihatin 2020)


Adakah anda salah seorang yang terlepas untuk buat permohonan BPN pertama semasa PKP pada bulan Mac 2020 tempohari? Kini, anda pasti tertanya-tanya, dengan adanya BPN 2.0, adakah saya layak? Jika ya, bagaimana cara daftar BPN 2.0 dalam pakej KITA PRIHATIN yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September 2020?

Langkau terus artikel ini untuk terus buat permohonan BPN 2.0. dan kemaskini BPN 2.0.

Izinkan kami berkongsi.

Perlukah daftar BPN 2.0 untuk penerima lama?

Jika anda penerima BPN sebelum ini, iaitu penerima lama, segala maklumat tentang diri anda memang sudah ada dalam sistem. Jadi, jawapan ringkasnya ialah anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Boleh terus buat semakan BPN 2.0 apabila dibuka nanti.

Yang di atas tadi ialah jawapan ringkas. Jawapan panjangnya pula, anda sebagai penerima BPN 1.0 sebelum ini memang tidak perlu daftar atau buat permohonan BPN 2.0 lagi. Cuma anda dikehendaki untuk buat kemaskini BPN 2.0 jika ada apa-apa perubahan.

Jadi apa yang saya perlu buat?

Mudah sahaja.

Kami ulang sekali lagi. Seperti yang diberitahu dalam perenggna di atas, untuk terima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPN. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.

Bila tarikh boleh apply BPN 2.0?

Pemohonan baru BPN 2.0 hanya akan dibuka bermula pada hari Khamis, 15 Oktober 2020.

Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa butang daftar BPN 2.0 untuk memohon hanya akan keluar pada tarikh yang diumumkan seperti di atas.

 

Pendaftaran BPN 2.0 bagi permohonan baru

Seperti yang dinyatakan di atas, jika anda bukan penerima BPN 2.0, barulah boleh buat permohonan baru BPN 2.0.

Memandangkan pautan untuk permohonan baru BPN 2.0 masih lagi belum dibuka, kami hanya kongsikan mengikut langkah-langkah permohonan BPN sebelum ini.

Ikuti langkah untuk mendaftar BPN 2.0 seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
  9. Klik butang Permohonan Baru
  10. Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
  11. Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
  12. Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
    • Kahwin
    • Ibu Bapa Tunggal  Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
    • Bujang
  13. Klik Teruskan untuk meneruskan proses daftar BPN 2.0
  14. Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  15. Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
  16. Klik Teruskan
  17. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
  18. Masukkan Nama Penuh anda
  19. Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
  20. Pilih Kata Kunci Keselamatan
  21. Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
  22. Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
  23. Antara soalannya ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran adan?
    • Apakah makanan kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  24. Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
  25. Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
  26. Klik Teruskan
  27. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
  28. Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
  29. Klik Teruskan
  30. Isikan Kata Laluan
  31. Isikan Pengesahan Kata Laluan
  32. Klik Daftar
  33. Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
  34. Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
  35. Anda kini sudah boleh cuba Log Masuk BPN 2.0

 

Berapa jumlah atau kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0?

Cara daftar BPN 2.0 sudah dikongsikan di atas. Kami harap panduan ini mudah diikuti.

Bagi yang terlupa, berikut ialah jumlah bantuan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori Bujang B40

 

Kategori Bujang M40

  • Bagi golongan Bujang M40 pula, bantuan BPN 2.0 ialah RM300 sahaja
  • Ada perbezaan RM200 antara B40 dan M40

 

Golongan Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Bagi golongan Isi Rumah B40, jumlah amaun Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ialah RM1,000

 

Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Bagi golongan Isi Rumah M40 pula, jumlah amaun Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ialah RM600
  • Ada perbezaan RM400 antara B40 dan M40

 

Maklumat lanjut BPN 2.0

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses cara daftar BPN 2.0, permohonan baru, kemaskini data dan juga semakan.

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kalam

Jangan terlalu bersedih jika anda tidak dapat buat permohonan baru. Sila tunggu perkhabaran dari LHDN, mana tahu ada pembukaan untuk daftar BPN 2.0.

Bagi yang memang sudah layak, boleh refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara buat semakan bayaran BPN 2.0 dan cara pembayaran BPN 2.0.

Semoga bermanfaat.


9 thoughts on “Cara Daftar BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional #kitaprihatin 2020)”

  1. Smpai skrg 15 okt 2020 jam 10.24 pgi.. Masih x dt nk daftar bpn 2.0 … Saya hanya dpat buat smpai step 9.. Selepas step 9, web akn kembali ke step 2 wlau brp kali dn mcm mne pon awk buat step 9 tu.. Selepas step 9, web tetap akn kembali ke step 2..

    Reply
  2. Selepas membuat semakan,jawapan yang diterima ialah:
    “Permohonan telah wujud sebagai pasangan dipermohonan lain,Sila hadir ke Cawangan LHDN bagi semakan lanjut”.
    Saya mencuba dengan menggunakan kaedah atas talian adakah alternatif lain selain dari “hadir ke Cawangan berhampiran?”
    Adakah perlu bagi saya untuk membuat pendaftaran untuk permohonan BPN 2(M40) secara atas talian atau “perlu hadir ke Cawangan LHDN” didalam situasi PKP B ini?

    Reply

Leave a Comment