Cara Daftar Bank Muamalat Online (i-muamalat.com.my)

Macam mana cara daftar Bank Muamalat supaya boleh guna online banking untuk buat urusan seperti transfer duit dan bayar bil?

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai Bank Muamalat

Bank Muamalat merupakan sebuah bank yang terletak di bawah industri Perbankan Islam dan Kewangan. Bank Muamalat ialah bank kedua yang menawarkan perbankan Islam di bawah Akta Perbankan Islam 1983 di Malaysia, selepas Bank Islam.

Bank ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dan merupakan gabungan asset dan liabiliti bahagian perbankan Islam daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.

Khazanah Nasional Berhad memegang 70% daripada saham syarikat, manakala 30% lagi dipegang oleh Commerce Asset-Holdings Berhad.

Merupakan salah satu bank terkemuka yang terdapat di Malaysia seiring dengan bank lain seperti Maybank dan Bank Islam, Bank Muamalat juga menawarkan servis untuk para pelanggannya melakukan pelbagai transaksi melibatkan wang mereka seperti deposit wang, pengeluaran wang, dan juga pelbagai urusan lain.

Cawangan serta mesin ATM dan cash deposit milik Bank Muamalat bertaburan di seluruh negara, jadi mudah untuk pelanggan Bank Muamalat mendapat akses.

Selain itu, seperti bank-bank yang lain, Bank Muamalat juga tidak ketinggalan untuk menyediakan platform bagi pelanggan menjalankan urusan transaksi wang mereka dengan lebih mudah, iaitu atas talian atau online.

Dengan erti kata lain, Bank Muamalat telah menyediakan platform perbankan atas talian untuk pelanggannya, iaitu i-Muamalat.

Sedikit mengenai i-Muamalat

i-Muamalat merupakan sebuah platform perbankan online / atas talian yang disediakan oleh Bank Muamalat untuk memudahkan pelanggan melakukan apa jenis transaksi wang secara online.

1. Cara daftar Bank Muamalat online banking

Berikut ialah cara daftar Internet banking Muamalat secara atas talian:

  1. Layari laman web https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do.
  2. Pada bahagian kanan laman, klik butang First Time Registration.
  3. Pada laman seterusnya, akan tertera ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut sebelum anda teruskan. Setelah selesai, tick pada Accept, dan tekan butang Next.
  4. Pada laman seterusnya, akan tertera ruangan First Time Registration. Terdapat beberapa kotak perlu diisi dengan maklumat peribadi anda.
  5. Pada bahagian Step 1:
    • Pada ruangan Bank Card Number, masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad debit anda.
    • Pada ruangan ATM Pin, masukkan nombor PIN enam digit akaun anda.
  6. Teruskan untuk cara daftar Bank Muamalat online, pada bahagian Step 2:
    • Pada ruangan Identity Type, pilih jenis identiti anda yang anda ingin guna. Sekiranya anda ingin memasukkan nombor kad pengenalan baru anda, pilih MYKAD.
    • Pada ruangan Identity Number, masukkan nombor kad pengenalan anda, sekiranya anda memilih MYKAD.
  7. Teruskan lagi untuk cara daftar Bank Muamalat online, pada bahagian Step 3:
    • Pada ruangan Mobile Number for TAC, masukkan nombor telefon anda untuk meminta nombor TAC.
  8. Tekan butang Next.
  9. Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin guna untuk akaun anda. Username anda mestilah panjang 6-12 aksara, dan mestilah alphanumeric (alphanumericbermaksud ada gabungan abjad, nombor dan simbol)
  10. Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah panjang 8-12 aksara, dan juga mestilah alphanumeric.
  11. Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan tersebut.
  12. Pada ruangan Security Image, pilih gambar yang anda ingin guna sebagai pengesahan untuk akaun anda.
  13. Tekan butang Next.
  14. Pendaftaran anda untuk i-Muamalat kini berjaya.
  15. Selesai

 

2. Login Bank Mualamat Internet banking

Selepas selesai buat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk login Bank Muamalat:

  1. Anda perlu login buat kali pertama terlebih dahulu.
  2. Untuk login buat kali pertama, pada laman hadapan, masukkan username anda pada ruangan Username. Tekan butang Login.
  3. Kemudian, masukkan password pada ruangan Password. Pastikan gambar Security Image yang terpapar adalah gambar milik akaun anda yang anda pilih.
  4. Tekan butang Login.
  5. Login anda berjaya.
  6. Selesai

 

3. Maklumat lanjut Bank Muamalat

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk buat pendaftaran Bank Muamalat, boleh hubungi Customer Service di talian berikut:

  • 03-2600 5500
  • Talian ini dibuka setiap hari, 24 jam sehari, termasuk cuti umum

 

Akhir kalam

Kami berharap agar perkongsian cara daftar Bank Muamalat secara online di i-muamalat.com.my ini benar-benar dapat membantu anda.

Untuk urusan-urusan lain seperti check balance, boleh rujuk cara semak baki akaun Bank Muamalat.

Semoga bermanfaat.

51 thoughts on “Cara Daftar Bank Muamalat Online (i-muamalat.com.my)”

  1. hi.. maaf tnya kenapa lps berjaya yg step 14 tu then utk first time log in sy msukkn username n paswd dia kluar your account not active yet???

    Reply
    • Assalamualaikum…mcm mna saya nk tukar no telefon yg lama saya ke no telefon baru dlm internet bnking ni…sebb bila sya nk buat transfer …no tac di hntar ke no telefon lama sya..sya dah x pakai no tersebut

      Reply
  2. Baru seminggu tak online tapi harini nk bukak account dh tak active..call customer servise dh tolak rm3 pun suara operater yg sama suruh tunggu

    Reply
  3. Tahu tak cara nk update nombor fon baru?kalau daftar i muamalat tu dia terus update nombor fon baru kita ke?

    Reply
  4. saya perhatikan Bank tidak menjawab semua pertanyaan pelanggan.Kenapa? Kami bertanya kenapa lps berjaya yg step 14 tu then utk first time log in sy msukkn username n paswd dia kluar your account not active yet???

    Reply
  5. Bg yg akaun xaktif, anda kena hubungi talian khidmat pelanggan bank muamalat: 1300888787 …. Nnti dia akan telefon anda utk pengesahan. Anda dihendaki utk menjawab semua jawapan dgn betul dgn apa yg anda masukkan masa nk register akaun online tu… Satu lg, pastikan no. telefon utk terima tac dan no. telefon akaun bank anda sama, kalau tidak, anda dikehendaki pergi ke cawangan bank terdekat utk kemaskini no. telefon baharu….

    Reply
  6. Dah daftar tapi tersilap isi no telefon lain .. No telefon xsama dgn no yg dftar akaun bank .. Kene pergi bank utk tukar no telefon .. Kene bwak dokumen ape2 x ? Mintak tolong org lain pergi tukar no telefon boleh ke ..

    Reply
  7. Saya dah tel. Nom. Tuu untuk aktifkan saya punya acc tapi berapa lama saya nk tunggu diaa..asyik kata tunggu sebentar jee..

    Reply
  8. saya baca komen di atas dan saya pun mengalami nasib yang sama. Bila masuk no pin dia tak accept, bila call custemer service memanjang je sibuk. Pergi ke kaunter, kaunter suruh buat online.. kalau macam ni sampai bila pun tak setel masalah.

    Reply
  9. Saya selalu bila buka saja i muamalat terus keluar deactivated. Tak sempat nak masuk password apa pun. Bila call untuk active ok sekejap tp bila nak guna untuk hari berikutnya akan jadi perkara yg sama. Saya dimaklumkan sebab salah password lebih 3 kali. Tp masalahnya tak sempat masuk password lagi dah tak boleh buka. So saya khuatir juga…apa yg saya perlu buat. Boleh kah kalau saya buat password baru. Tolong saya ni dengan pkp susah nak pergi bank nak buat bayaran. Dah 3 bulan saya tak buka online banking. Sebab asyik deactivated saja.

    Reply
  10. Hai. Nak tanya, kenapa saya punya i-muamalat online tak boleh open ye? I mean dia minta update, bila saya nak update dekat play store, dia terus jadi “error”. Bila masukkan username dan password, saya tunggu dekat sejam untuk dia log in tapi stil tak dapat log in. Saya dah try tanya dekat orang bank, dorang minta saya uninstall dan install semula. Once saya nak re-install, saya dah tak boleh install. Internet dan space handphone semua ok. Harap dapat membantu. Thanks.

    Reply
  11. Hai nak tnya..knpa Saya log out bank mualamat lepastu nak masuk tk boleh…dia cakap Saya salah password..sedangkn Saya masuk password yang betul..boleh Bantu Saya Tak nak buat macam Mana?
    Saya tekan reset password pun tk boleh..Saya harapa encik dapat Bantu Saya..terima kasih

    Reply
  12. Selamat petang, saya first time nak register i-muamalat. apabila masuk semua identiti, keluar kat situ (This customer is already registered with others bank card no.). Kenapa ya. saya tak pernah buat lagi sebelum ini. mohon bantuan.

    Reply

Leave a Comment