Cara Check Saman Polis Online (Melalui mybayar.rmp.gov.my)

Cara Check Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)

Selain boleh buat semakan saman polis guna no plat , anda juga boleh ikuti cara check saman polis online melalui portal terbaru PDRM di mybayar.rmp.gov.my.

Cara check saman online di MyBayar

Berikut ialah cara untuk membuat semakan saman secara online. Namun, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.

Kami akan kongsikan satu persatu untuk semak saman polis terperinci.

#1 Cara check saman PDRM di mybayar.rmp.gov.my

Pastikan anda sudah mendaftar dan berjaya login. Jika belum buat pendaftaran, sila lihat panduan di bahagian bawah.


  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem My Bayar Saman
  6. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  7. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  8. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  9. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  10. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
  11. Teruskan sehingga selesai
  12. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  13. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

 

#2 Register MyBayar PDRM untuk bayar saman

Sila buat pendaftaran seperti di bawah untuk bayar saman secara online.

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  3. Tekan butang DAFTAR
  4. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  5. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  6. Tekan butang SETERUSNYA
  7. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  8. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  9. Sahkan Kata Laluan
  10. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

 

#2 Login MyBayar di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang LOG MASUK
  5. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

 

Akhir kalam


Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar Saman ini.

Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk check saman polis sebelum ini, kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi. Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.

Kami juga berharap agar perkongsian mengenai cara bayar saman PDRM online ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran anda.

Syabas PDRM!


Artikel Berkaitan

Cara Check Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)

1 thought on “Cara Check Saman Polis Online 2021 (Melalui mybayar.rmp.gov.my)”

  1. saya terlupa id dn pasword,macamana ya try2 forgot tu pun tak lepas2,so bila jd macam tu saya nk hubungi siapa utk daftar semula

    Reply

Leave a Comment