Check Owner Kereta (Cara Semak Pemilik Kenderaan Online)

Pasti terdapat ramai di antara kita yang pernah berada di dalam situasi mencari owner kereta. Dalam kes ini, terdapat beberapa kemungkinan mengapa maklumat pemilik kereta diperlukan. Sebagai contoh, kes kemalangan yang melibatkan langgar lari, atau mungkin ada di antara anda yang ingin tukar nama kereta namun pemilik kereta tidak dapat dikenal pasti. Di sini kami hendak menunjukkan beberapa cara untuk check owner kereta dengan mudah.

Izinkan kami berkongsi.

Cara check owner kereta

Syarat utama untuk menyemak maklumat pemilik kereta, anda mesti tahu nombor plate (nombor pendaftaran) kereta yang ingin disemak.

Berikut adalah senarai cara yang boleh anda gunakan bagi menyemak maklumat pemilikan kereta:

1. Semakan melalui MYEG online

Maklumat owner kereta boleh kita perolehi melalui rekod saman mereka yang telah disenaraikan oleh Polis Diraja Malaysia.

  1. Layari laman portal rasmi MYEG.
  2. Klik pada Daftar Akaun sekiranya anda tidak mempunya akaun MYEG.
  3. Kemudian, Login akaun anda.
  4. Klik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) di halaman utama.
  5. Seterusnya, pilih Check & Pay PDRM Summons.
  6. Di paparan sebelah kiri anda terlihat column Search Summons.
  7. Di ruangan Vehicle Plate Type pilih jenis nombor plate kenderaan yang ingin anda semak, sama ada ianya nombor plate keluaran Malaysia ataupun luar negara.
  8. Pilih Malaysia bagi nombor plate keluaran Malaysia dan Non Malaysia bagi nombor plate luar negara.
  9. Di ruangan Vehicle No anda perlu mengisi no plate kenderaan yang ingin anda semak pemiliknya.
  10. Masukkan kod sekuriti di paparan tersedia.
  11. Akhir sekali, klik pada Check Summons.
  12. Maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan owner akan tertera di paparan skrin anda jika mereka mempunyai kesalahan yang direkodkan oleh PDRM.

Sekiranya tiada rekod yang tersimpan di MYEG, anda boleh ke langkah yang seterusnya untuk mengetahui cara semak owner kereta dengan lebih lanjut.

 

2. Check owner no plat kereta melalui MyCarInfo

MyCarInfo merupakan laman web bagi pemeriksaan insurans kenderaan. Bagi mendapatkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan owner kenderaan, anda perlu mendapatkan cover note daripada syarikat insurans. Di dalam cover note ini , terdapat maklumat seperti yang telah disebutkan tadi. Kelayakan untuk mendapatkan cover note ini diberikan kepada pelanggan yang boleh memberikan butiran seperti yang tersenarai di bawah kepada pihak insurans.

  • Nombor polisi insurans
  • Tarikh mula insurans
  • Tarikh tamat insurans

Untuk mendapatkan butiran di atas, kita boleh menggunakan servis MyCarInfo dengan pembayaran sebanyak RM6.00 bagi satu kredit. Sila ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman portal rasmi MyCarInfo.
  2. Daftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo.
  3. Login akaun MyCarInfo anda.
  4. Seterusnya di halaman utama, pergi pada butang Services dan pilih i-Search.
  5. Di paparan skrin pada bahagian bawah akan terlihat jenis pelan yang perlu dipilih.
  6. Pilih pelan Comprehensive dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran.
  7. Klik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX.
  8. Kemudian, masukkan nombor plate yang ingin anda semak, nama anda berserta alamat email.
  9. Maklumat nombor polisi insurans, tarikh mula insurans dan tarikh tamat insurans akan dihantar ke alamat e-email anda.

Setelah butiran ini diterima, anda boleh menghantarkan email kepada syarikat insurans bagi mendapatkan cover note. Dengan cara ini, anda boleh check maklumat owner kereta. Semak alamat email syarikat insurans di laman web rasmi mereka, tertakluk kepada syarikat insurans yang digunakan oleh pemilik kereta terbabit.

Format email yang boleh diguna pakai adalah seperti berikut

Hi,

I need a softcopy of cover note  for my car policy. Can you email me?

Vehicle Reg. No : WWX 808X
Policy Number : XX2XX XXXX
Policy Period : 23 June 2021 - 22 June 2022 

Thanks in Advance,
Regards,

Proses ini akan mengambil masa 1-5 hari bekerja. Jadi, sila tunggu maklumbalas dari pihak insurans untuk menghantar cover note yang mempunyai butiran owner kereta ke email anda.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara check owner kereta ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi.

Semoga bermanfaat.

66 thoughts on “Check Owner Kereta (Cara Semak Pemilik Kenderaan Online)”

  1. Hi,

    I need to confirm this car already change to my name as new owner. Can you email me?

    Vehicle Reg. No : NDR 9835

    Thanks in Advance,
    Regards,

    Reply
  2. Assalamualaikum.. Admin, saya ada membeli sebuah motor lari kedai, jenis,Yamaha Lagenda 110 model kedua terbaru, flat no, BLQ 3546. Mohon Admin check siapa owner sebenar, dan jumlah baki hutang tertunggak. Klau boleh nyatakan dimana kedai motor tersebut berada. Sekian, terima kasih..

    Reply
  3. Tolong chek kereta saga blm-biru plat no JPN 8651 sekrg die sudah tuka cat colour merah. Mahu chek owner sama bayaran tertungak atu sudai abes bayar

    Reply
  4. Sir, tolong check plate number phy7723/ppy 7723 dark purple myvi, hit and run. Not sure is phy 7723 or ppy 7723. So need help to check which is dark purple myvi

    Reply
  5. Can help check car owner WQA 5060 due to hit and run accident
    had report police more than since early of month but still did not have any result update

    Reply

Leave a Comment