Cara Check KWSP Guna IC (Semakan Menggunakan Kad Pengenalan)

Sebenarnya, cara check KWSP guna No IC ini memang boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP. Cuma, bagaimana jika mahu buat semakan nombor ahli KWSP secara online jika anda terlupa?

Bagaimana pula jika ingin semak baki? Adakah cukup sekadar dengan Nombor Kad Pengenalan sahaja?

Ikuti perkongsian seperti di bawah.

1. Kalau terlupa, ada cara nak check KWSP guna IC?

No KWSP tak ingat? Tak ada masalah. Ini selalu berlaku kepada pencarum.

Sebenarnya, tidak sukar untuk check nombor KWSP. Ikuti beberapa langkah yang kami senaraikan di bawah.

2. Cara check KWSP guna IC melalui EPF CMC

Ini adalah cara untuk semak nombor KWSP, andai anda tak ingat langsung.

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
  2. Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
  3. Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
  4. Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk verifikasi
  5. Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh
  6. Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda

 

3. Cara check nombor KWSP melalui kiosk

Untuk buat semakan nombor KWSP, anda tidak perlu beratur. Boleh terus gunakan kiosk.

Jika anda sejenis orang yang malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

 

4. Cara cek nombor KWSP di kaunter EPF

Selain kiosk, anda juga boleh pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan pelbagai transaksi.

Bukan sahaja boleh check nombor KWSP, anda juga boleh mendapatkan statement yang menunjukkan baki terkini.

  1. Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
  2. Bawa Kad Pengenalan
  3. Ambil nombor
  4. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  5. Berurusan di kaunter

 

 

5. Semak KWSP online melalui i-Akaun

Untuk membolehkan anda membuat semakan nombor ahli KWSP menggunakan Kad Pengenalan secara online, tidak ada cara lain kecuali membuat pendaftaran menggunakan i-Akaun.

Sebelum itu, untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
  5. Perlu kemaskini nombor telefon sebelum mendaftar i-Akaun
  6. Pastikan telefon boleh terima SMS

Ini adalah prosedur yang penting kerana anda perlu mendapatkan kata laluan sementara.

  1. Sila hadirkan diri ke mana-mana KWSP yang berhampiran
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan
  3. Tanya mengenai pendaftaran i-Akaun
  4. Nombor akan diberi
  5. Tunggu sehingga di panggil
  6. Siap sedia dengan ID Ahli KWSP atau No IC
  7. Pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil
  8. Sila berurusan di kaunter untuk pendaftaran i-Akaun
  9. Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
  10. Pendaftaran ini belum lagi selesai
  11. Anda perlu layari laman web KWSP untuk langkah seterusnya
  12. Rujuk panduan di bawah untuk mendaftar i-Akaun
  13. Selepas anda dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
  14. Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
  15. Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
  16. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  17. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
  18. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
  19. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
  20. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
  21. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayangmak1234)
  22. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  23. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangMak12345)
  24. Pilih Imej Online.
  25. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
  26. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  27. Ahli boleh terus login ke i-Akaun
  28. Jika semuanya berjalan lancar, anda sudah boleh check KWSP guna No IC secara online.
  29. Tidak perlu lagi susah-susah pergi ke kaunter semata-mata untuk semak nombor akaun dan juga baki.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, jemput baca cara daftar i-Akaun KWSP.

 

Akhir kalam

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang.

Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal.

Semoga bermanfaat.

100 thoughts on “Cara Check KWSP Guna IC (Semakan Menggunakan Kad Pengenalan)”

  1. Salam sejahtera. Saya sudah daftar di i akaun tapi bila nak semak penyata akaun pasword sedia ada tidak boleh digunakan lagi. Minta bantuan untuk aktifkan semula akaun saya. Terima kasih.

    Reply
  2. Salam…sy nk buat i -akaun utk tahu berapa lg balance y sy ada dlm kwsp… nom tlfn masa daftar ahli dh x wujud… mohon reply chat sy melalui emel.. terima kasih….

    Reply
  3. Saya nak daftar i akaun tpx ingat no kwsp. Ni no ic saya 840731025159. Bantu saya sebab i lestari saya bulan april x masuk lg.

    Reply
  4. Saya dh lama tak dapat penyata kwsp saya.saya dah mohon i sinar dan dh lulus cuma sy nk tahu jumlah akauan saya dan no ahli pencarum kwsp sy.

    Reply
  5. Aslkum..sya ni nk cek
    duit kwsp dari bulan 9 bulan 10 bulan 11 bulan 12 tahun 2020.adalagi yg tahun ini bulan 1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan 5 bulan 6.sekarang no:telefon lama, sya telah hilang d temasuk telefon pun hilang.duit yg awal dpt tiap2 bln dpt rm 500,yg kedian bln 9 thun 2020 smpai tahun ini 2021 dari 1 smpailah bln 6 pada tahun ini langsung tak tahu lagi.sekarang ni sya pakai no; yg sya gunakan sskarng.yg lama dah tak guna lagi.tlong etif no: ini p,daf taran kwsp sya yg lama:no;017-2947045. i/c no: 820511-10-5941.

    Reply
  6. Sya nk tahu adakah saya ada akaun KWSP,,dulu toke tempat kerja cakap nk daftar KWSP Sya,,,tapi sy x tahu adakah Sya di daftar atau pon x

    Reply
  7. Saya nak tahu adakah saya ada akaun KWSP,,dulu toke tempat kerja Cakap nak daftar KWSP Sya,,,tapi saya tak tahu adakah saya di daftar ataupon x

    Reply
  8. saya mahu mendaftar nobor telefon yang baru ke kwsp …sebap nobor telefon yang di gunakan itu dulu tidak di gunakan lagi

    Reply

Leave a Comment