Cara Check BPN 2.0 (Semak Status Bantuan Prihatin Nasional)


Macam mana cara untuk check BPN 2.0 yang baru ini? Jika saya pernah terima bantuan sebelum ini, adakah perlu daftar semula? Jika saya pengguna baru, adakah perlu buat permohonan baru BPN 2.0?

Izinkan kami berkongsi.

Bila boleh check BPN 2.0?

Tarikh check BPN 2.0 adalah sama dengan tarikh permohonan baru iaitu pada hari Khamis, 15 Oktober 2020. Ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh LHDN dalam Soalan Lazim.

 

Jenis semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Ada beberapa jenis semakan BPN 2.0 yang anda perlu lakukan.

Berikut adalah pecahannya mengikut kategori:

Permohonan lama (Penerima BPN 1.0)

  1. Semakan Status Kelulusan BPN 2.0
  2. Semakan Status Pembayaran BPN 2.0

 

Bagi permohonan baru BPN 2.0 (Tidak pernah mohon BPN 1.0)

*Tidak boleh terus check BPN 2.0. Perlu daftar dan mohon dahulu.

  1. Semakan Status Penerimaan Permohonan BPN 2.0
  2. Semakan Status Kelulusan BPN 2.0
  3. Semakan Status Pembayaran BPN 2.0 (Jika Lulus)
  4. Semakan Status Rayuan BPN (Jika Tidak Lulus)

 

Hanya pemohon lama boleh check Bantuan Prihatin Nasional?

Untuk makluman, hanya pemohon BPN 1.0 sahaja yang boleh check BPN 2.0.

Kenapa?

Pemohon lama

Ini kerana pemohon BPN 1.0 boleh terus login Log Masuk dengan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang pernah didaftarkan sebelum ini. Apa yang anda perlu buat hanya kemaskini BPN 2.0 nanti apabila sudah dibuka.

Pemohon baru

Berbeza dengan pemohon baru. Anda perlu membuat pendaftaran BPN 2.0 untuk Log Masuk dan permohonan baru BPN 2.0 terlebih dahulu.

 

#1 Cara cek BPN 2.0 melalui portal

Berikut ialah cara untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0:

  1. Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran untuk login BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Akan keluar Captcha
  4. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  5. Klik butang Semak untuk teruskan proses check BPN 2.0
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  7. Pastikan anda mendapat status LULUS . Maka barulah akan dapat lihat paparan lain iaitu:
    • BPN 1.0
      • Ada butang Maklumat BPN 1.0. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • BPN 2.0
      • Ada butang Maklumat BPN 2.0. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPN Diterima
      • Contohnya RM800.00
      • Jadual Bayaran
        • Ada butang Maklumat Bayaran BPN. Boleh muat turun maklumat tersebut.
      • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
        • Tarikh Kredit
        • No. Pengenalan Akaun Dikredit
        • Fasa
        • Jumlah Dikredit
        • Status Kredit
        • Nama Bank
        • No Akaun
        • Kod Tidak Berjaya
        • Nombor Siri
        • Tarikh Tunai
  8. Untuk mengetahui samada duit BPN 2.0 sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  9. Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Cara paling mudah untuk buat verifikasi ialah dengan menyemak baki duit dalam akaun bank.
  10. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
  11. Sila baca cara dapatkan No Baucer BPN 2.0 untuk buat penunaian di BSN.
  12. Tekan Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  13. Tekan Papar Borang untuk paparkan keseluruhan Semakan Status ini

 

#2 Cara check BPN 2.0 dalam akaun bank

Kalau portal BPN terlalu sibuk dan tak boleh masuk untuk check BPN 2.0, kami sarankan anda terus semak baki duit akaun bank.

Sila buat semakan pembayaran BPN 2.0 melalui bank. Mudah sahaja, kalau sudah bertambah jumlah baki dalam akaun, itu bermakna duit Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sudah masuk.

Kami kongsikan cara untuk semak baki akaun melalui beberapa bank di bawah:

 

Akhir kalam

Jangan marah-marah jika masih lagi tak dapat check BPN 2.0 di portal rasmi LHDN. Mungkin terlalu ramai yang sedang cuba masuk dalam sistem. Bertenang dan bersabarlah dahulu.

Pihak LHDN pasti sedang bertungkus-lumus memproses semua permohonan dan juga buat semakan untuk kemaskini terbaru.

Apa-apa pun, kami doakan agar urusan semakan BPN 2.0 dan pembayaran berjalan lancar. Tidak mahu dengar lagi kes yang Lulus BPN tetapi duit tak masuk.

Semoga bermanfaat.

 

Carian dari Google:

  • bpn CHECK

3 thoughts on “Cara Check BPN 2.0 (Semak Status Bantuan Prihatin Nasional)”

Leave a Comment