Cara Buat Semakan BSH Bujang 2020 (Permohonan Lulus / Tidak)


Adakah anda salah seorang pemohon BSH 2020 berstatus bujang, yang buat permohonan samada secara online atau isi borang? Jika ya, tentu sekali anda ingin tahu bagaimana cara untuk buat semakan BSH bujang 2020, bagi mengetahui samada permohonan tersebut lulus atau tidak.

Langkau untuk baca:

Permohonan BSH 2020 Secara Online

Cara Isi Borang BSH 2020 Secara Manual

Tarikh Pembayaran BSH 2020

Cara Pembayaran BSH 2020

Semakan BSH Bujang 2020

Tidak kisah samada anda buat permohonan online atau dengan cara isi borang dan hantar ke kaunter LHDN, semakan kelulusan untuk permohonan BSH hanya boleh dilihat secara online.

Pautan ini adalah khas untuk semakan BSH bujang sahaja.

Klik sini: https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

 

Syarat permohonan BSH bujang 2020

Secara ringkas, untuk permohonan Bantuan Sara Hidup, terutama bagi yang berstatus bujang, berikut ialah kriteria dan syarat permohonan BSH bujang 2020.

  1. Pemohon belum berkahwin
  2. Pemohon sudah berkerja tetapi gaji kecil, iaitu berpendapatan rendah
  3. Pemohon ialah orang bujang berumur 40 tahun ke atas dengan pendapatan RM2000 ke bawah sebulan.
  4. Orang Kurang Upaya

 

Orang yang layak buat permohonan BSH 2020

Sebelum buat semakan BSH bujang 2020, anda perlu lihat dulu syarat dan kriteria untuk melayakkan anda buat permohonan Bantuan Sara Hidup.

  • Tidak pernah membuat permohonan BSH sebelum ini.
  • Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contohnya alamat, nombor akaun, status dan lain-lain)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020

 

Orang yang tidak layak terima bantuan BSH 2020

Semakan BSH bujang hanyalah kepada individu yang layak sahaja. Berikut ialah antara individu yang tidak layak terima bantuan BSH, samada bujang atau berkeluarga.

  1. Sudah berkahwin
  2. Bergaji besar
  3. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  4. Tinggal di luar negara
  5. Mempunyai pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  6. Tidak dapat mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  7. Memiliki dua atau lebih perniagaan enterprise iaitu milikan tunggal
  8. Memilik syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  9. Menjadi salah seorang pemegang saham / pengarah syarikat. Tidak layak terima Bantuan Sara Hidup.
  10. Mempunyai kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc. Contohnya Proton.
  11. Mempunyai kenderaan luar negara melebihi 1,400cc. Contohnya Honda.
  12. Mempunyai motosikal melebihi 500cc
  13. Mempunyai rumah atau pemilikan hartanah melebihi RM500,000. Tidak layak terima Bantuan Sara Hidup.

 

Rayuan BSH bujang 2020

Jika permohonan anda gagal, sila buat rayuan.

Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada pihak LHDN.

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang diberi.

Sila patuhi semua syarat dan kriteria yang dikenakan.

 

Akhir kalam

Semakan BSH bujang 2020

Sebelum buat semakan BSH bujang 2020, anda harus jujur semasa buat permohonan Bantuan Sara Hidup.

Jangan hanya kerana RM300, maklumat yang diberikan adalah palsu.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara mengetahui kita layak terima bsh
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment