Bantuan Duit Segera 2022 (Yang Urgent, Terdesak Perlukan Wang)


Jika ada tersepit sekarang ini dan mahukan cash, sila baca cara dapatkan bantuan duit segera atau buat pinjaman wang seperti di bawah ini. Nama syarikat atau mana-mana agensi yang menyediakan pinjaman segera sengaja tidak disebut di dalam artikel ini bagi mengelak kemungkinan implikasi perundangan.

Pinjaman duit segera

Cara buat pinjaman duit segera adalah antara frasa yang sering mendapat perhatian hampir semua orang. Ini kerana hampir semua orang memerlukan dana segera, lebih-lebih lagi dalam waktu kecemasan.

Keperluan tidak dijangka yang muncul tiba-tiba boleh menyebabkan simpanan, jika pun ada, tidak cukup untuk kes terdesak sama ada untuk urusan sendiri atau keluarga.

Dalam kes beginilah, jika ada cara-cara yang munasabah, seseorang mungkin perlu mengambil keputusan membuat pinjaman segera. Pinjaman itu, jika boleh, ialah dalam masa kurang 24 jam bagi menyelesaikan kekusutan kewangan yang dihadapi.

Soalnya, adakah ruang dan peluang untuk kita mendapatkan pinjaman segera dalam tempoh mungkin kurang daripada 24 jam?

Artikel ini akan menyenaraikan beberapa kemungkinan dan cara-cara selamat untuk seseorang memperolehi pinjaman segera.

Cara dapatkan bantuan duit segera

Berikut ialah antara cara-cara yang ada bagi seseorang untuk mendapatkan bantuan atau pinjaman kewangan dalam masa segera bagi mengatasi ‘kecemasan kewangan’ yang terlalu mendesak.

Cara-cara berkenaan boleh dibahagikan kepada dua cara, iaitu cara bukan institusi dan cara institusi.

Cara bukan institusi ialah mendapatkan pinjaman segera dari ahli keluarga, sahabat dan ‘along’, manakala cara institusi mendapatkan bantuan kewangan dari institusi kewangan, bank atau syarikat pemberi pinjaman berlesen

Bantuan duit segera bukan institusi

#1 Jangan pinjam along

Daripada cara-cara di atas, artikel ini akan mengabaikan dua cara tertentu, iaitu membuat pinjaman dari ‘along’ dan syarikat kewangan berlesen kerana cara-cara ini belum tentu selamat, tidak bijak dan mungkin memudaratkan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.

Sesiapa sahaja tidak patut terpedaya dengan istilah ‘berlesen’. Anda perlu berhati-hati dan mengelak melakukan pinjaman seperti ini.

Along, misalnya, sudah banyak pengalaman pahit dilalui peminjam seperti dilaporkan di pelbagai media. Justeru, jangan terlalu mudah dan cepat membuat pinjaman dengan along.

Biasanya ada beberapa elemen buruk daripada pinjaman dengan along, termasuklah kadar faedah terlalu tinggi. Justeru, elakkan pinjaman along segera!

#2 Buat pinjaman duit segera dari keluarga dan kawan

Seperti dinyatakan di atas, cara bukan institusi ialah mendapatkan pinjaman segera dari ahli keluarga dan sahabat, tetapi tidak kepada along.

Sudah tentu, walaupun keluarga atau sahabat, biasanya mereka hanya sanggup memberikan anda pinjaman kewangan jika percaya anda mampu dan jujur untuk membayar balik pinjaman terbabit.

Biasanya pinjaman dengan keluarga atau sahabat tidak akan membabitkan amaun terlalu besar berbanding pinjaman dengan institusi.

Dan, perlu diingatkan bahawa meminjam dengan keluarga dan sahabat juga ada risiko. Antara risikonya ialah perhubungan dengan keluarga atau sahabat mungkin akan rosak jika anda gagal menunaikan janji melunaskan semula hutang berkenaan dalam tempoh dijanjikan.

Satu lagi risiko jika membuat pinjaman dengan bukan institusi, iaitu keluarga dan sahabat, ialah pemberi pinjaman mungkin akan “mengejar” anda lebih awal, tidak seperti tempoh yang dijanjikan.

Ini kerana biasanya tempoh bayaran balik seperti dijanjikan bukan dalam bentuk bertulis, iaitu hanya persefahaman secara lisan.

Ini sangat berbeza jika anda meminjam dengan institusi kerana institusi biasanya hanya menuntut bayaran semula daripada peminjam mengikut tempoh yang sudah dipersetujui dan disebut di dalam perjanjian bertulis.

 

Pinjaman wang segera institusi

Antara pinjaman institusi seperti bank dan syarikat tertentu ialah dalam bentuk kad kredit atau pinjaman kewangan. Pinjaman segera yang sah ini mestilah dari institusi yang sah di sisi undang-undang.

#1 Pinjaman duit segera melalui kad kredit

Biasanya kad kredit, terutama jika tidak membabitkan amaun terlalu besar, adalah antara pilihan terbaik yang ada untuk mengatasi keperluan kewangan seseorang dalam tempoh terdesak.

Bagaimanapun, sudah tentu bank atau institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kad kredit ini mengenakan sedikit caj.

Dan, jika rekod bayaran balik anda bagus, bank atau institusi kewangan berkenaan mungkin bersedia menawarkan anda sejumlah pinjaman segera untuk amaun lebih tinggi berbanding amaun kad kredit jika anda membuat permohonan.

#2 Pinjaman duit segera 24 jam dari bank

Anda juga berpeluang mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank-bank tempatan yang menawarkan pinjaman lulus segera dalam tempoh 24 jam.

Jika syarat mencukupi, anda mungkin berpeluang memperolehi amaun pinjaman segera dari bank-bank ini sehinga mencecah RM150,000. Apa yang anda perlukan buat ialah mengunjungi cawangan bank berdekatan untuk bertanya dan memohon.

Sebelum itu, ada baiknya anda membaca maklumat terperinci di laman web bank-bank berkenaan untuk maklumat awal.

Akhir kalam

Jika kena dengan cara-caranya dan syarat-syaratnya, anda berpeluang keluar dari kemelut kewangan dengan mendapatkan pinjaman duit segera sama ada dari bukan institusi atau institusi berkaitan.

Jika anda seorang individu yang tersepit dalam kancah kewangan dan hanya cuma perlukan pinjaman RM500, ketepikan dulu. Cubalah berhubung dengan AKPK. Mereka boleh bantu anda melangsaikan hutang-hutang, bukannya memberikan pinjaman.

Jika anda seorang peniaga dan perlu bantuan kewangan segera, elakkanlah dari berhubungan dengan peminjam wang yang tidak berdaftar. Boleh mohon pinjaman perniagaan MARA yang prosesnya mungkin sukar dan panjang, tetapi berbaloi.

Semoga bermanfaat.

160 thoughts on “Bantuan Duit Segera 2022 (Yang Urgent, Terdesak Perlukan Wang)”

  1. Assalamualaikum
    Saya Mohon nk pinjam sebanyak 2k sahaja
    Kalau ada yang sudi membantu
    Alhamdulillah saya akan bayar balik dalam tempoh tahun ini juga InshaAllah
    Dengan nama Allah saya bejanji dan bersumpah saya akan bayar Semua
    Moga ada yang sudi membantu 🤲

  2. Assalamualaikum saya terdesak perlukan rm3000 untuk selesai hutang ah long….boleh x sesiapa bantu saya bunga akan naik lagi klu saya makin lambat bayar apa yang harus saya lakukan mohon bantuannya siapa2

  3. Assalamualaikum..saya mohon jasa baik..sesiapa yg terbaca post saya ni..saya ingin minta bantuan pinjamkan saya rm3000 untuk menjamin suami saya di mahkamah kerana kes aniaya..saya kini hamil 5 bulan dan ank2 masih kecil2..jika tidak boleh jamin..suami mungkin dipenjarakan selama 5 tahun..dan saya tidak bekerja..hanya harap suami sahaja..

  4. Tolong dulu saya terdesak rumah saya terbakar nenek Sya masuk hospital tlong pinjam kn Sya biar 3000 sje Sya nk mnta tolong Sya pinjm bkn nk mnta duit ..nnty Sya masuk kerja Sya bayar balik… Ini no whatsapp saya 0136021597

  5. Haiii selamat petang.. Sya perlu bantuan.. Dlm rm3000 sebab terjebak dengn pinjaman duit dekat ahlong.. Makin hari makin tinggi cas nya… Mohon jasa baik kamu org

  6. Tolong saya terdesak ni rumah sewa belum bayar lagi +air dan bil api.nanti saya kerja saya bayar balik ,tolong pinjamkan saya 3k ,ni nombor whatsapp saya 01137376453

  7. salam saya memerlukan wang rm500 utk dipinjam..saya akan bayar bulanan..tlg pm sy siapa yg sudi membantu 01172773385

Leave a Comment