Cara Buat Lelaki Takut Kehilangan Kita (Dan Terus Jujur & Setia)


Kebanyakan orang perempuan, kalau dah sayang, memang sayang sesungguh-sungguhnya. Berbeza dengan lelaki, tak semuanya begitu. Izinkan kami kongsi cara buat lelaki takut kehilangan kita.

Lelaki pun ada kelemahan

Lelaki tak semuanya kuat. Kalau perempuan tahu, suis atau titik mana yang boleh menjentik emosi dia, senang sahaja untuk menundukkan ego lelaki.

Memanglah ada jenis playboy, tapi tak semua. Kebanyakannya, setia dengan pasangan.

Sebab itu, lelaki ini takut kehilangan. Sebab itu sahaja yang dia ada, tak pandai nak cari-cari lain.

Cara buat lelaki takut kehilangan kita

Cara buat lelaki takut kehilangan

Orang perempuan kena mahir tentang perasaan lelaki. Kena belajar untuk faham isi hati lelaki.

Kena pandai tahu, apa kelemahan dia. Barulah kita boleh minta dia terus jujur dan setia.

 

Lelaki takut kehilangan, kalau kita manja dengan dia

Lelaki sebenarnya lemah dengan perempuan manja.

Kalau kau dah kahwin, manja-manjalah selalu. Kau minta apa sahaja, nescaya dia bagi.

Kalau kau belum kahwin, jangan mengada-ngada nak manja-manja dengan lelaki lain, lebih-lebih lagi suami orang. Lelaki memang kalah dengan perempuan gedik dan bersuara manja.

Bahaya kerana ini adalah antara kelemahan lelaki yang terang lagi nyata.

Kalau dah biasa dimanja, tentu dia tak mahu kehilangan kita.

 

Sekali-sekala, menangis depan lelaki

Lelaki lemah dengan air mata wanita.

Kau kena tahu, lelaki memang menggelabah bila tengok perempuan menangis. Dia tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak pujuk ke, tak pujuk? Nak cakap manis ke, atau buat-buat tak tahu.

Cuma jangan kau asyik menangis untuk cari perhatian dia. Lama-lama dia dapat tahu taktik kau.

 

Mulakan perbualan terlebih dahulu

Ada jenis lelaki yang takut untuk mulakan perbualan.

Ya, inilah ketakutan yang maha hebat. Ramai lelaki yang tak pandai nak memulakan perbualan.

Lebih suka bersembang dengan kawan-kawan sendiri, tapi tak berani cakap depan-depan perempuan yang dia suka.

Bila si perempuan pandai main peranan, dan lelaki semakin rasa selesa, tentu dia takut mahu tinggalkan pasangan.

 

Luahkan perasaan terlebih dahulu

Lelaki takut luahkan perasaan. Lelaki juga akan takut kehilangan seseorang yang dia selesa meluahkan perasaan.

Ada satu lagi kelemahan lelaki, iaitu tak pandai luahkan perasaan. Macam mana nak rasa lebih rapat jika tidak berkongsi dari hati ke hati.

Sebenarnya, dalam hati lelaki, ada macam-macam perasaan yang dia mahu kongsi.

Bila pandai cari titik ego dia, pasti mudah untuk mulakan bicara.

 

Ajak kahwin cepat-cepat

Lelaki takut komitmen. Bimbang tak cukup duit katanya. Bimbang tak boleh sara makan pakai.

Ini satu lagi. Bila sudah berkawan, takut pula mahu mengikat tali pertunangan untuk ke jinjang pelamin. Belum bersedialah, duit belum cukuplah, dan macam-macam lagi alasan.

Kalau tak mahu komitmen, jangan serius berkawan dengan perempuan. Luka hati si perempuan itu nanti, kalau terlalu berharap.

 

Lelaki takut kehilangan, kalau kita hormat mak ayah dia

Kalau kau belum kahwin, kau kena tahu, lelaki memang akan ‘cair‘ kalau kau layan mak ayah dia baik-baik.

Terasa macam nak akad nikah masa itu juga.

Kalau mahu buat lelaki itu takut kehilangan kita, layan dan hormatlah mak ayah dia, macam kita hormat mak ayah kandung kita sendiri.

 

Layan anak-anak dia

Kalau kau berkawan dengan duda, sikap baik kau dengan anak-anak dia akan buat dia suka kau. Hati-hati, jangan sampai terjatuh hati. Kalau sudah jodoh dan rezeki, apa salahnya.

Cuma kau jangan cari pasal kalau berkawan dengan suami orang yang ada anak-anak.

Silap-silap, dia akan jadikan kau bini kedua.

 

Akhir kalam

Tanda lelaki takut kehilangan kekasihnya

Bila kau tahu kelemahan lelaki, jangan pula kau lagi menghenyak dia sampai dia lagi ‘down‘. Kau cubalah ‘support‘ dia.

Hidup ini, perlu saling bantu membantu.

Andaikan macam main layang-layang.

Bila ditarik kuat sangat, dia tak terbang tinggi. Bila dibiarkan tali begitu sahaja, bimbang dia terbang jauh sangat.

Pesanan buat lelaki, jangan hanya fikirkan diri sendiri dan selalu buat perempuan cemburu.

Berpada-padalah.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • Apakah kelemahan lelaki
  • cara buat lelaki takut kehilangan

Leave a Comment