Cara Buat Anak (Supaya Cepat Hamil, Mengandung Selepas Haid)

Kedatangan zuriat dalam kehidupan pasangan yang sudah berkahwin, amatlah dinantikan. Namun, terdapat pasangan yang berdepan dengan kesukaran untuk memperolehi cahaya mata. Jangan risau, dalam artikel cara buat anak ini, anda akan mengetahui untuk cepat hamil setelah haid.

Dan bagi Muslim, ada beberapa perkara yang boleh dipraktikkan, yang tipsnya adalah menurut ajaran agama Islam.

Jangan cepat putus asa

Jangan terlalu bersedih jika anda sudah melakukan pelbagai cara namun masih belum berhasil. Jangan pernah menyerah!

Selepas haid, teruskan lagi usaha anda bersama pasangan.

Siapa tahu, selepas ini akan hadir rezeki buat anda?

 

Cara buat anak yang betul

Berikut dikongsikan beberapa cara nak buat anak yang betul, supaya cepat hamil setelah haid.

Periksa tempoh kesuburan

Umumnya, sperma mempunyai ketahanan untuk hidup dan bertahan sehingga 5 hari di dalam lendir serviks. Manakala ovum, iaitu sel telur pula hanya dapat bertahan selama tempoh 24 jam setelah ovulasi.

Jadi cara untuk cepat hamil yang utama adalah anda perlu mengetahui waktu subur anda. Tempoh kesuburan ini adalah sesuatu yang penting untuk meningkatkan kemungkinan anda hamil.

 

Lihat waktu subur, guna aplikasi pengiraan ovulasi

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, sudah wujud pelbagai jenis aplikasi yang boleh membantu anda untuk mengira tempoh pengiraan ovulasi. Walaupun ia mungkin tidak tepat 100 peratus. Tetapi ia masih boleh diharapkan.

Untuk memudahkan anda hamil, anda sememangnya perlu mengetahui terlebih dahulu waktu ovulasi anda. Kebiasaannya waktu subur seorang wanita adalah antara 2 hingga 5 hari sebelum terjadinya ovulasi. Dengan mengetahui waktu ovulasi, pastinya ia akan memudahkan anda untuk mengetahui waktu subur dan masa terbaik untuk buat anak.

Katanya, untuk pengiraan yang lebih tepat, ada apps berbayar yang kita perlu beli.

Tengok-tengok dulu, kemudian buatlah keputusan terbaik.

 

Lihat tanda ovulasi

Penggunaan aplikasi pengiraan ovulasi dapat membantu anda untuk mengetahui bila anda akan mengalami ovulasi. Tetapi bagi mengetahui adakah sudah mencapai waktu ovulasi, terdapat beberapa simptom yang boleh anda perhatikan, seperti:

  • Suhu badan – anda boleh memeriksa suhu badan setiap kali selepas bangun tidur pada waktu pagi. Sebaiknya gunakan termometer. Sewaktu dalam ovulasi, kebiasaannya suhu badan akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga anda mengalami haid.
  • Lendir serviks – lendir serviks juga boleh dijadikan pengukur untuk mengetahui waktu ovulasi anda. Ini kerana lendir serviks dipengaruhi oleh hormon yang mengawal kitaran haid.

 

Tingkatkan kekerapan bersama

Sewaktu dalam tempoh subur, digalakkan untuk anda melakukan hubungan badan bersama pasangan pada setiap hari.

Jika anda mungkin sukar atau terdapat masalah untuk anda melakukan hubungan suami isteri setiap hari, anda boleh melakukannya apabila tiba waktu subur.

 

Cara buat anak, pastikan posisi yang betul

Ada yang mengatakan posisi tertentu ketika melakukan hubungan suami isteri mempengaruhi kemungkinan untuk hamil. Jadi anda mungkin boleh mencuba mempelbagaikan posisi semasa bersama.

 

Cuba capai orgasma

Walaupun ada yang mengatakan orgasma bukanlah kunci untuk cepat hamil. Tetapi terdapat penelitian membuktikan wanita yang mencapai orgasma boleh membantu sperma untuk bergerak daripada saluran serviks ke rahim. Ketika orgasma dicapai, ia akan mendorong sperma untuk menuju ke tiub fallopian dan bersatu dengan ovum segera.

 

Cara buat anak, kekal berbaring selepas bersama

Cara buat anak supaya cepat hamil yang perlu anda lakukan adalah untuk terus berbaring selepas melakukan hubungan suami isteri.

Kajian yang dilakukan mencadangkan wanita yang kekal berbaring selepas bersama, akan meningkatkan peluang hamil.

Paling tidak anda boleh untuk terus berbaring sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit selepas hubungan yang membahagiakan ini.

 

Amalkan pemakanan sihat

Antara cara buat anak yang tidak kurang pentingnya adalah aspek penjagaan pemakanan harian. Jika anda menjaga diet pemakanan anda, pastinya akan akan memperolehi manfaat. Keseimbangan diet adalah penting dan anda harus mengetahui kandungan nutrisi dalam setiap makanan.

  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak trans seperti makanan segera.
  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi protein sayur-sayuran (seperti kacang, soya).
  • Kurangkan makanan yang mempunyai protein haiwan (seperti daging).
  • Lebihkan makan makanan yang tinggi serat seperti gandum penuh, bijirin, sayuran dan buah-buahan.
  • Hadkan pengambilan gula dan garam.

 

Tingkatkan aktiviti fizikal

Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pastinya dapat membantu meningkatkan kesuburan secara tidak langsung.

Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah seperti olahraga, yoga, aerobik dan jogging. Bersenamlah secara teratur dan berkala.

 

Kurangkan berat badan

Mengekalkan berat badan ideal boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Indeks berat badan ideal (BMI) adalah sekitar 18.5 sehingga 25.

Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui indeks kesihatan anda.

Jika anda seorang individu wanita yang kurang berat atau terlebih berat, hormon dan ovulasi anda mungkin akan terjejas lalu menyukarkan anda untuk hamil.

Bagi individu lelaki yang terlebih berat juga cenderung menghasilkan sperma yang tidak berkualiti berbanding lelaki yang berat badannya normal.

 

Hindari tekanan

Tekanan boleh menjadi antara punca mengapa anda sukar hamil. Ini kerana ia boleh menjejaskan kitaran ovulasi bagi individu wanita dan menyebabkan masalah ejakulasi bagi individu lelaki.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadikan diri lebih tenang dan kekal relax seperti mendengar muzik, membaca buku, berurut, atau sekadar berborak bersama pasangan. Hindari daripada sebarang tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau pengambilan minuman beralkohol untuk mendapatkan ketenangan kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah lain dan menjejaskan peluang untuk hamil.

 

Rehat secukupnya

Keadaan diri yang tidak cukup rehat boleh menyebabkan tekanan, yang akhirnya boleh menjejaskan kesuburan. Jadi adalah penting untuk anda memastikan diri mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang subur akan kekurangan hormon leptin dalam tubuh badan mereka. Tubuh badan akan menghasilkan hormon leptin apabila anda sedang keletihan. Sebaiknya, cuba untuk tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari pada waktu malam.

Jika susah tidur, boleh gunakan cara cepat tidur yang pernah dikongsikan sebelum ini.

 

Cara buat anak menurut Islam #1: Berwudhu

Yang di atas ialah cara buat anak yang biasa, boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Untuk orang yang beragama Islam, ada beberapa cara yang digalakkan sebelum bersetubuh.

Menurut seorang ulama besar dari Indonesia, Quraish Shihab berkata, “Untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah hasil hubungan suami isteri, ia perlu melibatkan Allah dalam penyatuan tersebut.

Salah satu caranya adalah dengan berwudhu terlebih dahulu, sebagai salah satu cara untuk menyucikan diri. Kemudian berdoalah sebelum melakukan hubungan suami isteri tersebut.

Bacalah doa sebelum bersetubuh.

Ia adalah salah satu cara menjadikan hubungan suami isteri yang dilakukan itu sebagai satu ibadah yang menghasilkan keturunan yang soleh dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

 

Cara buat anak mengikut Islam #2: Solat sunat

Selepas berusaha, sudah tentu anda perlu berdoa agar di permudahkan segalanya. Lakukanlah solat sunat dan mohonlah kepada Allah.

Mohonlah dikurniakan anak yang soleh dan solehah, yang akan menjadi kunci untuk mendekatkan diri anda kepada Pencipta. Lakukan solat sunat tahajud dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh.

 

Cara buat anak dalam Islam #3: Berdoa

Doa cepat mengandung

Berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan untuk membantu mempercepatkan kehamilan.

Doa cepat hamil dari Surah Ali Imran

“Rabbi hablii min-ladunka dzurriyyatan thayyibatan innaka samii’uddu’a.”

Ertinya, “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” ( Ali ‘Imran:38)

Doa cepat hamil dari Surah As Shaff

“Rabbi hablii min ash-shalihiin”

Ertinya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” (As Shaff:100)

 

Suami lemah batin

Agak sukar untuk buat anak jika ada masalah suami lemah batin. Anda boleh rujuk kemusykilan agama dari JAKIM di sini.

Jika suami mengalami mati pucuk atau lemah tenaga batin sedangkan isterinya masih sihat/muda dan mampu memberi layanan nikmat kepada suami maka ketika itu suami WAJIB mencari orang yang pandai sama ada doktor atau mereka yang pakar tradisional untuk memulihkan kembali tenaga batin suami

Sebaliknya jika isterinya tidak kisah dengan kehendak sendiri sama ada diberi atau tidak maka ISLAM memberi hukum SUNAT bagi  suami  berubat sama ada kepada doktor pakar  atau orang yang tahu tentang lemah tenaga batin.

Justeru sebagai ikhtiar panel berpandangan HARUS anda menggunakan sebarang doa yang  dititipkan  untuk tujuan  menguatkan kembali  dan memulihkan tenaga batin suami.

Perkara ini penting demi menjamin kelangsungan kehidupan suami isteri serta mengharapkan bahagia yang berpanjangan.

 

Akhir kalam

Kesabaran itu sangatlah penting.

Soal ajal, jodoh, rezeki semuanya di tentu Tuhan. Sebagai manusia, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk sentiasa berusaha, berdoa dan menyerahkan segalanya kepada aturan Tuhan.

Walaupun ada kajian yang mengatakan anak yang bijak itu mewarisi kepintaran ibu, bukan ayah, kami harap anda tidak percaya bulat-bulat. Pendapat kami, berusahalah. Tak kisah apa-apa jantina sekalipun, yang penting anak sihat.

Kami doakan agar impian anda berdua dimakbulkan..

Apa yang penting, teruskan bersabar dan selamat mencuba tip yang dikongsikan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment