Cara Beli No PIN UPU 2020 (Guna ATM, Di Kaunter BSN & Online)


Untuk pelajar lepasan SPM yang mahu sambung pelajaran di universiti atau lain-lain tempat pengajian tinggi, sila baca cara beli no PIN UPU terlebih dahulu.

Anada mesti dapatkan Nombor ID yang unik atau Nombor Pin daripada mana-mana kaunter BSN, ATM atau melalui SMS.

Simpan elok-elok Nombor ID Unik ini kerana anda perlu memasukkannya semasa mengisi borang permohonan UPU secara online.

Bagaimana cara beli no PIN UPU secara online?

Berdasarkan carian dan pembacaan kami, tidak ada cara untuk beli nombor PIN UPU secara online di MyBSN.

Cara pembelian adalah tertakluk kepada dua kumpulan iaitu:

  • Yang mempunyai akaun BSN dan juga kad ATM
  • Yang tidak mempunyai akaun BSN dan tiada kad ATM

 

Cara beli no PIN UPU dengan kad ATM BSN

Untuk memudahkan urusan, kami sarankan agar buka sahaja akaun Bank Simpanan Nasional. Klik sini untuk baca cara daftar BSN dan dapatkan kad ATM. Tambahan lagi, boleh terus gunakan online banking.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN atau mesin ATM yang berdekatan
  2. Masukkan kad BSN anda
  3. Masukkan nombor PIN bagi kad ATM tersebut
  4. Pilih Pembelian Nombor ID (Pin) untuk UPU
  5. Pilih Program Kursus
  6. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  7. Sila simpan resit untuk simpanan dan rujukan akan datang
  8. Permohonan pembelian berjaya

 

Cara beli no PIN UPU di kaunter BSN (tanpa kat ATM)

Cara membeli nombor PIN UPU di kaunter BSN

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda
  2. Minta borang DEPOSIT/BAYARAN TUNTUTAN
  3. Jika kurang pasti, tanya dahulu di kaunter pertanyaan
  4. Isikan Nama
  5. Isikan Nombor Kad Pengenalan
  6. Tandakan tick pada Tunai
  7. Tuliskan amaun yang perlu dibayar dalam bentuk nombor
  8. Tuliskan amaun yang perlu dibayar dalam bentuk tulisan
  9. Untuk jumlah amaun, rujuk di laman web rasmi BSN untuk kadar tahun 2020
  10. Anda juga boleh rujuk amaun yang perlu di bayar di bahagian bawah artikel ini
  11. Untuk Rujukan, masukkan nama singkatan universiti dan juga kursus yang dipilih
  12. Selesai isi, ambil nombor
  13. Setelah dipanggil, pergi ke kaunter BSN untuk urusan beli no PIN UPU
  14. Bayar amaun dalam bentuk tunai
  15. Dapat resit untuk simpanan dan rujukan

 

Senarai nombor PIN dan program / kursus

INSTITUSI JENIS NOMBOR PIN JENIS APLIKASI NO. TEL/PAUTAN LAMAN
IPTA/UPU NOMBOR UNIK ID LEPASAN SPM/SETARAF
LEPASAN STPM/SETARAF
SARJANA MUDA POLITEKNIK
PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
http://upu.mohe.gov.my
Hotline : 03-88708200
MATRIKULASI NPI Kursus Matrikulasi KPM http://www.moe.gov.my
Phone No : 03-88844100
POLITEKNIK NOMBOR UNIK ID Politeknik http://www.politeknik.edu.my
Phone No : 03-8891 9240 /
9255/9256/9257/9258/9259/9263/9340
Fax : 03-8891 9323
UiTM Slip No. Diploma & Asasi Undang-Undang UiTM
Pengajian Luar Kampus/Setara Sepenuh Masa Professional
Sarjana/Kedoktoran Kerja Kursus
Sarjana/Kedoktoran Penyelidikan
Penerapan Pra Diploma ke Diploma
Penerapan Diploma UiTM ke Sarjana Muda
International Student Kerja Kursus
International Student Penyelidikan
Ijazah Sarjana Muda
http://online.uitm.edu.my
Phone No : 03-55443164 / 3165 / 3166
/ 3174 / 3175http://online.uitm.edu.my/ined/kkb/
Phone No : 03-55225397/5398/5400http://online.uitm.edu.my/ined/
Phone No : 03-55225332 / 5337 (PLK)
Phone No : 03 – 55225314 / 5498 (EPJJ)
UiTM – JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NOMBOR ePerjawatan eTPM Permohonan Jawatan Pentadbiran UiTM

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar UiTM

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/
http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/
Phone No : 03-5544 3077 (PERJAWATAN)
Phone No : 03-5544 3106 (BIASISWA)
PPUM – PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA ID PPUM Program Diploma Kejururawatan http://spp.ummc.edu.my
http://www.ummc.edu.my
Phone No : 03-79492099 / 03-79493210
UNISEL NOMBOR PIN Kursus di Universiti Industri Selangor http://www.unisel.edu.my
Phone No. 03-5522 3400
PTPTN NOMBOR PIN Pinjaman PTPTN secara online http://epinjaman.ptptn.gov.my
Phone No. 03-20927788
UPSI – UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS BITARA ID Ijazah Pengajian Sarjana Muda
Pengajian Sarjana/PhD
Penjualan Modul PJJ UPSI
Penjualan Modul PJJ UPSI (USM)
Diploma
Khas
http://postgrad.upsi.edu.my
Phone No. 05-450 6929 / 6932 / 6313
MPM – MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PIN MEC Yuran Pendaftaran STPM 1MP
Yuran Pendaftaran STPM 2MP
Yuran Pendaftaran STPM 3MP
Yuran Pendaftaran STPM 4MP
Yuran Pendaftaran STPM 5MP
Sijil Kecepakapan Bahasa Melayu Warga Asing
Tukar/Tumpang Pusat Peperiksaan STPM
Yuran MUET
Semak Semula STPM Penggal 1Kertas
Semak Semula STPM Penggal 2Kertas
Semak Semula STPM Penggal 3Kertas
Semak Semula STPM Penggal 4Kertas
Semak Semula STPM Penggal 5Kertas
Ulangan Penggal STPM 1 Kertas
Ulangan Penggal STPM 2 Kertas
Ulangan Penggal STPM 3 Kertas
Ulangan Penggal STPM 4 Kertas
Ulangan Penggal STPM 5 Kertas
http://www.mesp.gov.my/online
Phone No. 03-6136 9663 / 03-6130 2648
USM –
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PIN USM Senibina USMKPT (PPD) Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/
PIN USM Saluran Alternatif Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/alternatif
PIN USM Diploma Kejururawatan Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/jururawat
PIN USM Program Antarabangsa Doktor Perubatan USMKLE Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/
PIN USM Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ) Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/ppjj
PIN USM Off Shore PPJJ [email protected] Setar Tel : 604-653 3073
Fax : 604-653 328
https://pohon.usm.my/ppjj

 

Harga nombor PIN dan tarikh tamat pembelian

ORGANISASI KURSUS / PROGRAM HARGA NO PIN +CAJ
(RM)
TARIKH PEMBELIAN
MULA TAMAT
UPU – Program Lepasan SPM/Setaraf 15.60 24-FEB-2020 30-MAR-2020
– Program Lepasan STPM/Setaraf 15.60 24-FEB-2020 06-APR-2020
UiTM – Program 1 (Diploma & Asasi Undang-undang UiTM) 10.00
– Program 2 (Pengajian Luar Kampus /
Setara Sepenuh Masa)
12.00
– Program 3 (Profesional) 17.00 02-MAR-2020 30-MAR-2020
– Program 4
(Prog. Sarjana / Kedoktoran Kerja
Kursus)
50.00 01-FEB-2020 31-JUL-2020
– Program 5 (Prog. Sarjana /
Kedoktoran Penyelidikan)
50.00 01-FEB-2020 31-JUL-2020
– Program 6 (Penerapan Pra Diploma ke Diploma) 10.00 02-MAR-2020 30-MAR-2020
– Program 7  (Penerapan Asasi Undang-undang UiTM & Penerapan Diploma UiTM ke Sarjana Muda ) 10.00 02-MAR-2020 30-MAR-2020
– Program 8
(International Student Kerja Kursus )
151.00
– Program 9
(Research International Student)
151.00
– Program 10 (Ijazah Sarjana Muda) 17.00
UiTM – JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA – ePerjawatan (Permohonan Perjawatan UiTM) 11.00 16-FEB-2020 02-MAR-2020
– eTPM (Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar UiTM) 21.00
BAHAGIAN MATRIKULASI – Program Matrikulasi KPM 10.00
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA – PPUM (Kejururawatan) 10.00 02-MAR-2020 31-MAR-2020
UPSI – Ijazah Sarjana Muda 26.00
– Pengajian Sarjana / PhD 51.00 02-JAN-2020 31-DEC-2020
– Joint Degree UPSI-USM 71.00 02-JAN-2020 31-DEC-2020
– Penjualan Modul PJJ UPSI (USM) 41.00
– Diploma 26.00
– Khas 26.00
– Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 51.00 10-FEB-2020 29-FEB-2020
UPSIHOLDINGS
– Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak 51.00
– Sarjana Muda Pendidikan 51.00
– Sarjana Pendidikan 51.00
MPM – Yuran Pendaftaran STPM 1MP 211.00 02-MAR-2020 02-APR-2020
– Yuran Pendaftaran STPM 2MP 301.00 02-MAR-2020 02-APR-2020
– Yuran Pendaftaran STPM 3MP 391.00 02-MAR-2020 02-APR-2020
– Yuran Pendaftaran STPM 4MP 481.00 02-MAR-2020 02-APR-2020
– Yuran Pendaftaran STPM 5MP 571.00 02-MAR-2020 02-APR-2020
– Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Warga Asing 201.00
– Tukar/Tumpang Pusat Peperiksaan STPM 51.00
– Yuran MUET Sesi 2 Tahun 2020 101.00 04-FEB-2020 24-MAR-2020
– Semak Semula Keputusan MUET SESI 3 2019 71.00
– Semak semula STPM Semester 1 Kertas 51.00 03-MAR-2020 09-MAR-2020
– Semak semula STPM Semester 2 Kertas 101.00 03-MAR-2020 09-MAR-2020
– Semak semula STPM Semester 3 Kertas 151.00 03-MAR-2020 09-MAR-2020
– Semak semula STPM Semester 4 Kertas 201.00 03-MAR-2020 09-MAR-2020
– Semak semula STPM Semester 5 Kertas 251.00 03-MAR-2020 09-MAR-2020
– Ulangan Semester STPM 1 Kertas 51.00
– Ulangan Semester STPM 2 Kertas 101.00
– Ulangan Semester STPM 3 Kertas 151.00
– Ulangan Semester STPM 4 Kertas 201.00
– Ulangan Semester STPM 5 Kertas 251.00
USM – Program Pesisir 60.00 20-JAN-2020 12-OCT-2020
– Saluran Alternatif 60.00 20-JAN-2020 13-APR-2020
– Diploma Kejururawatan 60.00 10-FEB-2020 13-APR-2020
– Program Antarabangsa Doktor
Perubatan USM – KLE
60.00
– Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 60.00 20-JAN-2020 13-APR-2020
– Off Shore PPJJ [email protected] Setar 60.00 20-JAN-2020 12-OCT-2020
– Diploma Lanjutan 60.00 20-JAN-2020 12-OCT-2020
PTPTN – Permohonan Pinjaman PTPTN 5.00 19-MAY-2009  31-DEC-2020

 

 

Akhir kalamCara membeli nombor PIN UPU secara online

Andai kata anda telah buat permohonan UPU, tetapi terlupa nombor PIN dan juga telah hilang resit untuk dirujuk semula, sila hubungi UPU hotline di nombor 03-88706767 atau 03-88706777.

Sekiranya pihak UPU juga tidak dapat mengakses, anda perlu beli nombor pin baru UPU.

Perlu juga diingatkan bahawa no pin mempunyai tarikh luput. Sila pastikan anda tidak terlepas tarikh yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

 

 

Carian dari Google:

  • cara beli no pin ulang stpm
  • cara beli nombor pin master uitm
  • cara beli pin upu 2020 online
  • cara pertanyaan membeli pin upu
  • Nombor pin o
  • pembelian nombor pin UPU melalui Internet
  • Pembelian pin upu secara online bankin
  • resit kad atm pin

2 thoughts on “Cara Beli No PIN UPU 2020 (Guna ATM, Di Kaunter BSN & Online)”

Leave a Comment