Cara Bayar Unifi Guna Maybank2u dan M2U MY (iOS & Android)

Cara Bayar Unifi Guna Maybank2u dan M2U MY (iOS & Android)

Selain menggunakan aplikasi percuma myUnifi untuk membayar bil Unifi anda, anda juga boleh menggunakan laman web Maybank2U.com.my. Jadi, izinkan kami berkongsi cara bayar Unifi guna Maybank2u yang lebih mudah.

Persediaan

Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u sebelum membuat pembayaran bil ini dan mempunyai nombor akaun TM yang ingin dibayar. Rujuk cara daftar Maybank2u online banking terlebih dahulu.

Cara bayar Unifi guna Maybank2u

#1 Bayar menggunakan Maybank2u versi baru

Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan Maybank2u:


  1. Layari laman web Maybank2u.com di https://www.maybank2u.com.my
  2. Seterusnya, login ke akaun anda
  3. Masukkan username di ruangan My Username
  4. Tekan butang Login
  5. Jika gambar dan security phrase adalah betul, tekan butang YES
  6. Masukan password di ruangan My Password
  7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya log masuk Maybank2u
  8. Pergi ke bahagian Pay & Transfer
  9. Klik New Payment di menu atas
  10. Cari Telekom Malaysia (TM)
  11. Tak perlu cari UniFi sebab tak akan jumpa
  12. Masukkan nombor akaun Unifi yang ingin dibayar ke dalam ruangan
  13. Tekan butang Confirm
  14. Nama yang didaftarkan atas akaun tersebut akan muncul pada bahagian Registered Bill Name
  15. Pastikan nama akaun yang ingin dibayar betul.
  16. Masukkan nilai amaun yang ingin dibayar
  17. Klik butang Pay
  18. Masukkan nombor TAC yang diterima di telefon bimbit yang berdaftar.
  19. Jika berjaya, akan butiran transaksi akan dipaparkan
  20. Unifi juga akan memaklumkan pembayaran berjaya dengan menghantar mesej pengesahan bayaran.

 

#2 Pembayaran Unifi menggunakan M2U MY app

Berikut pula ialah cara untuk membuat pembayaran bil Unifi menggunakan aplikasi M2U MY:

  1. Pastikan anda sudah download dan install aplikasi Maybank2u MY:
  2. Login aplikasi M2U MY
  3. Pergi ke bahagian PAY
  4. Anda akan diminta untuk login
  5. Pastikan username anda betul
  6. Masukkan password
  7. Tekan butang PROCEED
  8. Pilih akaun di bahagian PAY FROM, contohnya Savings Account-i
  9. Klik butang + pada NEW PAYEE
  10. Cari Telekom Malaysia (TM)
  11. Masukkan nombor akaun Unifi di bahagian Bill Account Number
  12. Tekan CONTINUE
  13. Masukkan nilai amaun yang dikehendaki
  14. Teruskan sehingga pembayaran selesai

 

Akhir kata

Maka selesailah urusan bayaran bil Unifi anda melalui Maybank2u. Selepas ini, bolehlah bayar bil-bil utiliti yang lain seperti bayar bil air  online dan juga bayar bil Astro menggunakan Maybank2u.


Paling penting, pastikan anda membayar bil anda setiap bulan agar internet anda tidak dipotong.

Diharapkan agar perkongsian cara bayar bil Unifi guna Maybank2u ini memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Bayar Unifi Guna Maybank2u dan M2U MY (iOS & Android)

Leave a Comment