Cara Bayar Bil Air Online di Selangor / KL (crisportal.airselangor.com)


Bagi warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pembayaran bil air kini menjadi semakin mudah. Dulu ramai yang guna online banking Maybank2u, CIMB dan bank-bank lain. Kini, anda boleh bayar terus menerusi laman web Air Selangor. Izinkan kami kongsi cara bayar bil air online melalui crisportal.airselangor.com

Cara bayar bil air online (Air Selangor)

#1 Login crisportal.airselangor.com

Anda hanya boleh login jika sudah mendaftar. Jika masih lagi belum buat pendaftaran, sila rujuk panduan untuk daftar Air Selangor di bahagian seterusnya.

Berikut ialah cara untuk log masuk bagi pembayaran bil secara online.

  1. Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
  2. Jika mahu, tukar dari English ke Bahasa Melayu melalui menu di bahagian atas
  3. Masukkan Emel
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk ke dalam sistem

 

#2 Pembayaran bil air secara online melalui crisportal.airselangor.com

Pastikan anda sudah berjaya login seperti panduan di atas.

  1. Layari laman web rasmi Air Selangor di sini: https://crisportal.airselangor.com
  2. Masukkan Emel
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda sekarang berada di bahagian Dashboard
  6. Klik Bil & Pembayaran di sebelah kiri
  7. Jika ada dua lokasi atau lebih, pastikan anda memilih lokasi yang ingin di bayar
  8. Contohnya, jika pilih untuk bayarkan bil air untuk ibu bapa di kampung, sila pilih alamat kampung
  9. Tekan butang Bayar
  10.  Masukkan jumlah amauan yang ingin dibayar di ruangan Jumlah Yang Dibayar
  11. Masukkan email untuk terima resit di ruangan Resit Dihantar Kepada
  12. Pilih bank
  13. Tekan butang Teruskan
  14. Sila ikuti arahan dari bank untuk meneruskan proses pembayaran
  15. Selesai

 

#3 Cara daftar Air Selangor online

Sebelum boleh login dan buat bayaran bil air online, kami sarankan anda baca panduan untuk register akaun Air Selangor terlebih dahulu.

  1. Layari portal rasmi Air Selangor di bawah laman web https://crisportal.airselangor.com.
  2. Pada kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.
  3. Pada laman seterusnya, untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas, anda perlu ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi.
  4. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
  5. Kemudian, pada ruangan untuk Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  6. Pada ruangan untuk Mobile Phone Number, terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda.
  7. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  8. Pada ruangan untuk IC/Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
  9. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  10. Tekan butang Register. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  11. Tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas
  12. Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit.
  13. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm. Sekiranya tiada SMS yang diterima, tekan linkDidn’t receive any SMS? Resend.
  14. Pendaftaran anda berjaya. Untuk login, pada skrin hadapan di kotak Login, masukkan emel anda pada ruangan untuk Email Address.
  15. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan untuk Password. Kemudian, tekan butang Login. Anda akan dapat login ke akaun anda.

 

Apa beza cara daftar Syabas dan Air Selangor?

Kerapa kali pengguna keliru dengan dua entiti ini. Syabas atau Air Selangor?

Sebelum ini, dalam bil air ada logo Syabas. Sekarang, logo Air Selangor pula. Apa bezanya?

Untuk makluman, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air yang melaksanakan aktiviti rawatan dan agihan bekalan air secara holistik kepada pengguna-pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Nama lamanya ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Oleh kerana kita sudah biasa panggil Syabas, walaupun telah ditukar nama, kita tetap panggil Syabas. Bukan Air Selangor. Jadi, kalau daftar Syabas, anda sebenarnya juga daftar Air Selangor.

Semoga penerangan ini jelas. Jika mahu maklumat lebih lanjut, boleh rujuk Wikipedia.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara bayar bil air online ini dapat memudahkan hidup anda. Berikut ialah panduan lain untuk bayar bil elektrik secara online, bayar bil air online dan juga cara bayar Unifi guna Maybank2u.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Bayar Bil Air Online di Selangor / KL (crisportal.airselangor.com)

Leave a Comment