Cara Aktifkan VoLTE Digi Online (Melalui Aplikasi MyDigi)

Bagi pelanggan Digi yang mempunyai masalah untuk menggunakan internet sewaktu membuat panggilan telefon, ini bermakna VoLTE anda belum diaktifkan. Di sini kami akan kongsikan cara aktifkan VoLTE Digi di telefon pintar anda.

Sebelum mengaktifkan fungsi ini, pastikan telefon anda support VoLTE.

1. Apa maksud VoLTE Digi?

Voice Over LTE atau lebih dikenali sebagai VoLTE merupakan salah satu fungsi untuk mengekalkan line 4G anda sambil on call dengan line Digi.

Bukan hanya Digi sahaja yang mempunyai VoLTE. Syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom, Maxis, U Mobile dan lain-lain juga mempunyai fungsi VoLTE juga.

 

2. Cara aktifkan VoLTE melalui aplikasi MyDigi

VoLTE akan diaktifkan secara automatik sekiranya model telefon pintar anda menyokong fungsi VoLTE. Bagi penyemakan secara tepat, anda boleh menggunakan aplikasi MyDigi.

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
  4. Di halaman utama, klik pada butang Menu.
  5. Seterusnya, klik Settings.
  6. Pilih My Subcscriptions.
  7. Di pilihan VoLTE, anda boleh mengaktifkan fungsi ini dengan swipe butang di kanan VoLTE sehingga ia berwarna biru.

 

3. Cara aktifkan VoLTE di settings telefon anda

Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MyDigi, anda juga boleh aktifkan menerusi settings di telefon pintar anda.

Bagi pengguna iOS cara untuk mengaktifkan VoLTE adalah seperti berikut:

  1. Tekan pada butang Settings di iOS device yang anda gunakan.
  2. Pilih Mobile Data.
  3. Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Data Options.
  4. Klik pada pilihan Voice & Data di skrin anda.
  5. Kemudian, tick pada pilhan 4G dan aktifkan VoLTE.

Bagi pengguna Android pula, cara untuk mengaktifkan VoLTE adalah seperti berikut:

  1. Tekan pada butang Settings di iOS device yang anda gunakan.
  2. Pilih Connections.
  3. Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Networks.
  4. Kemudian, aktifkan VoLTE anda.

 

4. Berapa caj untuk aktifkan dan penggunaan Digi VoLTE?

Tidak ada caj tambahan yang dikenakan. Sekiranya telefon bimbit anda memang support VoLTE, anda tidak perlu bayar apa-apa.

 

5. Semak kelajuan data internet Digi anda

Sekiranya anda telah mengaktifkan fungsi VoLTE di telefon pintar anda, semak kelajuan internet anda sewaktu anda sedang bercakap di talian untuk memastikan kelajuan internet anda masih di paras yang optimum.

  1. Layari Digi SpeedTest Server di sini: https://st.digi.com.my
  2. Tekan pada butang Go untuk menyemak kelajuan internet anda.
  3. Bacaan kelajuan internet anda akan tertera di paparan skrin.
  4. Bagi bacaan kelajuan internet, lebih tinggi bacaannya, lebih baik kelajuan internet tersebut.
  5. Berbeza dengan ping, lebih tinggi bacaan ping, lebih tinggi kadar gangguan yang ada di sekitar anda yang boleh menyebabkan kelajuan internet ada berkurangan.

 

6. Ada masalah aktifkan VoLTE Digi?

Sekiranya proses pengaktifan VoLTE DIgi anda gagal, pihak Digi akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi di sini atau hubungi 016 221 1800.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara aktifkan VoLTE Digi secara online ini dapat mebantu anda dalam memudahkan lagi urusan untuk menggunakan internet sewaktu bercakap di dalam talian.

Anda juga boleh klik pada pautan ini untuk mengetahui cara check baki Digi prepaid sebelum membuat panggilan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Aktifkan VoLTE Digi Online (Melalui Aplikasi MyDigi)”

Leave a Comment