BTR Bujang 2023 (Maklumat Lengkap & Terkini)


BTR Bujang 2023 adalah bantuan yang dinanti-nantikan oleh golongan bujang di seluruh Malaysia yang menepati syarat dan kelayakan Bantuan Tunai Rakyat.

Dalam artikel ini, kami akan gabungkan kesemua persoalan dan maklumat berkenaan BTR Bujang 2023 yang berkenaan sahaja. Sekiranya masih lagi belum lengkap, ia adalah kerana maklumat rasmi masih lagi belum diterima. Kami akan terus dikemaskini untuk rujukan anda.

Kenapa Perlu BTR Bujang?

Bantuan Tunai Rakyat merupakan bantuan yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan ekonomi semasa pasca pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini disalurkan kepada individu yang layak dalam pelbagai kategori, termasuk kategori bujang. Jangan ingat orang yang sudah berkahwin sahaja perlu dibantu. Golongan bujang juga memerlukan bantuan seperti ini untuk kelangsungan hidup.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan golongan ini perlu dibantu oleh kerajaan.

Pertama, golongan bujang selalunya lebih rendah pendapatannya berbanding dengan golongan yang berkahwin atau berkeluarga. Ini kerana, mereka tidak mempunyai pasangan yang boleh membantu membawa beban ekonomi. Oleh itu, golongan ini lebih berisiko untuk terjejas oleh kesan ekonomi yang suram.

Kedua, golongan bujang selalunya tidak mempunyai pelan jangka panjang dalam hal kewangan. Mereka cenderung untuk fokus pada keperluan semasa sahaja dan kurang berfikiran jauh dalam menyediakan dana untuk masa depan. Oleh itu, wajar untuk disimpulkan bahawa golongan ini lebih berisiko untuk terjejas oleh kesan ekonomi jangka pendek ekonomi yang tidak begitu stabil.

Ketiga, golongan bujang lebih berisiko dalam konteks ekonomi dan kekeluargaaan daripada golongan yang berkahwin atau berkeluarga. Mereka tidak mempunyai pasangan atau anak yang boleh memberikan sokongan emosi dan kewangan. Jadi golongan ini lebih berisiko untuk terjejas oleh kesan sosial dan ekonomi yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 dan juga PKP.

Kami menyokong penuh agar kerajaan terus memberikan bantuan kewangan kepada golongan bujang untuk membantu mereka mengatasi kesan ekonomi, sosial dan emosi.

Ini akan membantu golongan ini untuk mengatasi masalah kewangan sementara dan membolehkan mereka untuk fokus pada perubahan jangka panjang dalam hal ekonomi dan sosial.

 

BTR Bujang, Umur Berapa Layak Mohon?

Seperti yang anda tahu, FAQ untuk BTR masih lagi belum keluar. Namun, merujuk kepada BKM sebelum ini, umur yang melayakkan golong bujang memohon adalah seperti berikut:

  • Umur 21-59 tahun untuk bujang biasa (bukan Warga Emas)
  • Umur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)

 

Syarat BTR Bujang 2023

Ini juga berdasarkan FAQ BKM sebelum ini. Syarat BTR bujang dijangka tidak banyak berubah.

Antaranya:

1. Bujang Warga Emas / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Bujang Bukan Warga Emas
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Untuk BTR, kami akan kemaskini sejurus menerima maklumat.

 

Berapa Amaun Bantuan BTR Bujang 2023?

Kategori bujang akan menerima bantuan BTR berjumlah RM100.

Namun, tidak dinyatakan samada ini adalah RM100 untuk keseluruhan atau mengikut Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Tunggu kemaskini daripada kami.

 

Daftar BTR Bujang 2023

Bagi yang layak, mungkin ini kali pertama anda buat permohonan. Secara asasnya, tidak ada beza cara daftar BTR bujang dengan kategori sudah berkahwin.

Sila ambil maklum bahawa proses daftar BTR bujang ini masih lagi belum rasmi. Namun, kami yakin bahawa cara pendaftarannya sama sahaja seperti seblum ini:

  1. Layari portal rasmi BTR di sini: btr.hasil.gov.my
    • Elakkan typo, jangan tersilap dengan taip BRT dengan melayari https://brt.hasil.gov.my pula
    • Ini adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR), bukannya Bantuan Rakyat Tunai (BRT).
  2. Anda akan tiba ke laman utama BTR
  3. Masukkan No MyKad
  4. Tekan butang Semak
  5. Kalau anda masih belum buat pendaftaran BTR, akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  6. Klik Daftar Akaun
  7. Akan terpapar beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  8. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  9. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  10. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  11. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BTR
  12. Di bahagian PENDAFTARAN BTR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  13. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BTR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  14. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  15. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  16. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  17. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  18. Tekan butang Teruskan
  19. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  20. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  21. Seterusnya, tekan butang Daftar
  22. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BTR”
  23. Pendaftaran BTR anda kini sudah berjaya
  24. Selesai

Sila Log Masuk BTR untuk mula buat permohonan atau kemaskini BTR dengan maklumat terkini.

 

Permohonan BTR Bujang 2023

Langkah-langkah bagi permohonan baru BTR Bujang akan dikemaskini apabila kami menerima maklumat terbaru.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BTR Bujang 2023 ini cukup lengkap dan menjawab pelbagai persoalan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment