Jika anda salah seorang penerima BSH 2020, semasa buat semakan BSH secara online, tentu anda akan nampak paparan yang menunjukkan Bantuan Sara Hidup dalam proses pengkreditan. Sangat janggal bunyinya bukan? Agak sukar difahami.
Apa maksud status ini?
Pengkreditan terus, duit masuk terus ke akaun bank
Sebelum itu, izinkan kami berkongsi
Secara ringkasnya, cara pembayaran BSH terbahagi kepada dua, iaitu pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Hanya pemohon yang layak sahaja akan menerima duit BSH melalui bank yang didaftar semasa permohonan.
- Pastikan nombor akaun betul
- Buat semakan hanya apabila tarikh pembayaran BSH 2020 diumumkan
- Kerajaan Malaysia akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing
Dalam artikel ini, kami kongsikan berkenaan pengkreditan terus.
Jemput baca artikel penuh berkenaan cara pembayaran BSH 2020.
Maksud BSH dalam proses pengkreditan
Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, BSH dalam proses pengkreditan itu bermakna duit BSH anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam bank pilihan anda.
Pengkreditan terus di sini bermakna duit BSH akan terus masuk ke akaun anda.
Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant Transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Ia mengambil masa.
Lebih-lebih lagi untuk jutaan penerima BSH.
Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu duit BSH anda.
Senarai bank yang buat proses pengkreditan terus
Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.
Bank-bank yang boleh proses pembayaran BSH 2020 adalah seperti berikut:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Hong Leong Bank
- Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
- Maybank (Klik untuk baca cara buat Maybank2u untuk buat proses pengkreditan terus BSH 2020)
- OCBC Bank
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
Akhir kalam
Usah bimbang bila anda buat semakan BSH 2020, duit masih lagi belum masuk. Jika anda nampak paparan BSH dalam proses pengkreditan, duit BSH akan tetap masuk.
Cuma ia akan mengambil sedikit masa.
Sudah, jangan risau-risau.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat melegakan anda.
Bagi mana-mana individu yang Tidak Lulus permohonan Bantuan Sara Hidup, sila baca cara buat rayuan BSH. Mudah-mudahan, segala urusan dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- bsh hanya bole dapat untuk seorang
Saye FINLEY JOHNSON
Saye hari hari ade check dalam bsh….permohonan dalam proses????…..lame lagi ke nak proses…..
Saye FINLEY JOHNSON
Saye hari hari ade check dalam bsh….permohonan dalam proses????…..lame lagi ke nak proses……..my number~0138707144~5482429
Call and whatsaap
Saya nak tnya. Saya check. Dia tulis DALAM PROSES mksdnya lulus dan akan dikreditkn dlm masa terdekt la yer.
Dah lama saya isi borang,bila saya check,dalam proses.dah lama dalam proses.
Yang terbaru saya check,tiada rekod permohonan.sedangkan dh lama saya isi borang.tolong perjelaskan..
Saya sudah kemaskini my bsh,dia kate dalam proses pengkreditan,tp bila saya chek .. Sila kemas kini dan dan buat permohonan baru…kenapa ya …
Dalam proses tu mcm mne dpt tk.
Brape hari kah duit BSH masuk kedlm akaun bila status pemohon ‘dlm proses pengkreditan’???
Masi dalam peroses.. Knpa sebelum ni ok je..fasa1 fasa2.