BPN 2.0 Bujang: Bantuan Kewangan B40 dan M40 #kitaprihatin


Artikel ini adalah rangkuman panduan untuk BPN 2.0 bujang, iaitu golongan B40 dan M40 yang berkelayakan. Ini adalah termasuk proses permohonan, kemaskini, semakan dan rayuan.

Maklumat BPN 2.0 Bujang B40

  • Bagi golongan Bujang B40, bantuan BPN 2.0 adalah sebanyak RM500
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 untuk Bujang B40 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang B40 yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,000 ke bawah.

 

Maklumat BPN 2.0 Bujang M40

  • Bagi golongan Bujang M40 pula, bantuan BPN 2.0 ialah RM300 sahaja
  • Bayaran Fasa Pertama bagi BPN 2.0 untuk Bujang M40 adalah sebanyak RM200. Pembayaran ini akan dikreditkan pada bulan Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua bagi BPN 2.0 untuk Bujang M40 pula adalah sebanyak RM100. Pembayaran ini akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

Berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, M40 yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,001 hingga RM4,000 sahaja. Jadi, memang logik ada perbezaan jumlah bantuan sebanyak RM200.

Proses keseluruhan BPN 2.0 Bujang

Tidak ada beza proses permohonan bantuan BPN 2.0 Bujang dengan Isi Rumah. Secara ringkasnya, semuanya adalah sama kecuali jumlah amaun yang diterima.

#1 Permohonan baru:

Ini adalah bagi BPN 2.0 Bujang yang tidak pernah mohon BPN 1.0 sebelum ini. Seperkara lagi, anda juga tidak pernah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Oleh kerana data anda belum lagi ada dalam simpanan kerajaan, anda perlu buat permohonan baru.

Daftar > Login > Permohonan > Kemaskini > Semakan > Rayuan > Pembayaran

 

#2 Permohonan lama:

Ini adalah bagi BPN 2.0 Bujang yang memang sudah dapat bantuan BPN 1.0. Oleh kerana maklumat dan data peribadi ada sudah ada dalam simpanan kerajaan, anda tidak perlu mohon lagi. Hanya perlu login dan buat kemaskini jika ada perubahan maklumat diri.

Login > Kemaskini > Semakan > Rayuan > Pembayaran

 

Cara daftar BPN 2.0 Bujang

Ikuti langkah untuk mendaftar BPN 2.0 Bujang seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Akan ada paparan Captcha
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang Semak
  8. Jika betul anda adalah pemohon baru, paparan status semakan anda adalah Tiada Rekod
  9. Tekan butang Permohonan Baru
  10. Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
  11. Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
  12. Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
    • Kahwin
    • Ibu Bapa Tunggal  Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak
    • Bujang
  13. Klik Teruskan
  14. Soalan seterusnya ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  15. Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Shah Alam
  16. Klik Teruskan
  17. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
  18. Isikan Nama Penuh anda
  19. Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia akan diisi secara automatik
  20. Pilih Kata Kunci Keselamatan
  21. Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda isi huruf dan nombor sahaja
  22. Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
  23. Antara soalannya ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran adan?
    • Apakah makanan kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  24. Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
  25. Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
  26. Klik Teruskan
  27. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
  28. Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
  29. Klik Teruskan
  30. Isikan Kata Laluan
  31. Isikan Pengesahan Kata Laluan
  32. Klik Daftar
  33. Pendaftaran BPN anda kini sudah berjaya
  34. Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.

 

Cara login BPN 2.0 Bujang

Ikuti langkah untuk Log Masuk BPN 2.0 Bujang seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Pergi ke bahagian Semakan Status
  3. Isikan Nombor MyKad
  4. Tekan butang Carian
  5. Akan ada paparan Captcha
  6. Isikan aksara Captcha seperti yang dipaparkan
  7. Tekan butang Semak
  8. Oleh kerana anda sudah mendaftar, maka anda akan dapat melihat tiga (3) status ini:
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Tiada Rekod
  9. Jika anda sudah daftar dan sudah buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat paparan Status Lulus / Tidak Lulus
  10. Jika anda sudah daftar tetapi masih lagi belum buat permohonan BPN, anda akan dapat lihat status Tiada Rekod.
  11. Maka, sila buat permohonan baru BPN 2.0

 

Cara mohon BPN 2.0 Bujang

Ikuti langkah untuk buat pemohonan BPN 2.0 Bujang seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk
  3. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Pengesahan
  4. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • No Telefon Rumah
    • Pekerjaan
    • Status Perkahwinan
  5. Abaikan bahagian Maklumat Pasangan . Ini hanya untuk golongan Isi Rumah yang sudah berkahwin.
  6. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  7. Abaikan bahagian  Maklumat Anak
  8. Klik Teruskan
  9. Anda kini berada di bahagian Pengesahan
  10. Akan ada paparan mesej
  • Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  1. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  2. Klik Sahkan Captcha
  3. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut yang menunjukkan anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  4. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  5. Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  6. Kami andaikan anda sudah daftar BPN 2.0 Bujang seperti yang dikongsikan di atas
  7. Maka, klik Tidak
  8. Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
  9. Permonon BPN 2.0 sudah selesai

 

Cara kemaskini BPN 2.0 Bujang

Berikut ialah langkah untuk kemaskini BPN 2.0 Bujang:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, tekan butang Kemaskini
  9. Jika ada perubahan, sila buat kemaskini untuk:
    • Nombor Akaun Bank terkini
    • Nombor Telefon terkini

 

Panduan buat semakan BPN

Berikut ialah panduan ringkas untuk buat semakan BPN 2.0 Bujang:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  7. Jika anda berstatus Lulus, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
  8. Jika Lulus, sila ambil perhatian pada bahagian Status Kredit.
  9. Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank
  10. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank

 

Panduan buat rayuan BPN

Berikut ialah panduang ringkas untuk buat rayuan BPN Bujang:

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Lulus
    • Tidak Lulus
  7. Anda hanya boleh buat rayuan jika mendapat status Tidak Lulus
  8. Klik butang Permohonan Rayuan
  9. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  10. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

 

Akhir kalam

Ini adalah panduan lengkap BPN 2.0 Bujang yang anda pernah baca. Jika ada lagi mana-mana bahagian yang tidak lengkap, mohon maklumkan kepada kami.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bpn 2 0 bujang
  • BPN 2 0 fasa pertama

Leave a Comment