BPN 2.0 Baucer Bila Dapat? (Tarikh Pembayaran Tunai di Kaunter BSN)


Situasinya begini. Anda tahu anda lulus BPN. Tapi akibat akaun bank tidak aktif atau tersilap isi nombor akaun bank, duit BPN tidak masuk dalam akaun bank yang sepatutnya. Anda dapat status GAGAL KREDIT. Jadi, bagaimana mahu buat semakan no baucer BPN untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Izinkan kami berkongsi.

No baucer BPN 2.0 bila dapat?

Sila Log Masuk ke dalam portal Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu untuk semak samada anda mempunyai No Baucar BPN 2.0 atau tidak.

Untuk penerangan lebih terperinci, sila baca cara dapatkan no baucer BPN 2.0.

  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my
  2. Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Pastikan tidak masukkan dash atau sempang (-)
  5. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 890505-14-5555, masukkan 890505145555 sahaja
  6. Tekan butang Cari
  7. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  8. Anda akan lihat maklumat berikut:
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Bayaran
    • Status Kredit
    • Tarikh Tunai
    • Nama Tunai Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Kod Tidak Berjaya
    • No Baucar
  9. Pastikan Status Kredit ialah GAGAL KREDIT
  10. Kalau Status Kredit anda ialah BERJAYA KREDIT, anda tidak akan terima No Baucer BPN 2.0 kerana duit BPN akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
  11. Seterusnya, sila beri perhatian pada tulisan di bawah sekali iaitu No Baucar BPN
  12. Sila dapatkan No Baucer BPN seperti yang terpapar di situ
  13. Jika No Baucer BPN masih belum keluar, sila semak di lain hari

 

Tarikh pembayaran baucer BPN 2.0

Berdasarkan soalan lazim dari LHDN, mana-mana penerima yang tidak ada akaun bank, bayaran BPN 2.0 akan dibuat secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan (BSN).

Tarikh bayaran BPN 2.0 bermula 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Tidak perlu terburu-buru pergi ke kaunter BSN pada 26 Oktober 2020 kerana pasti ramai yang akan menyerbu kaunter BSN pada tarikh tersebut.

Kami sarankan agar anda pergi membuat penunaian pada pertengahan bulan November 2020 bagi mengelakkan kesesakan.

 

Baucer BPN 2.0 bagi pedalaman Sabah dan Sarawak, bila dapat?

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank, tarikh adalah tidak sama.

Anda tidak akan menerima duit bantuan pada 26 Oktober 2020. Bayaran kepada anda akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2021 nanti.

Ini bermakna, bayaran yang sepatutnya diterima pada Oktober 2020 akan dilewatkan dan dibayar sekaligus untuk bayaran Januari 2020.

 

Contoh semakan no baucar BPN 2.0 (atau voucher)

Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer BPN.

Cuma dalam contoh di bawah ini, Status Kredit ialah BERJAYA KREDIT.

Jika ada masalah, anda akan dapat lihat GAGAL KREDIT.

Seterusnya, jika GAGAL KREDIT, anda akan nampak No Baucar.

Semakan no baucar BPN

 

Akhir kalam

DIharapkan agar perkongsian tarikh bila dapat BPN 2.0 baucer ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat penunaian di BSN.

Yang sudah bersedia dengan nombor baucer, kami harap anda bertenang dan bersabar menunggu tarikh 26 Oktober 2020 nanti.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bpn 2 0 vaucher

13 thoughts on “BPN 2.0 Baucer Bila Dapat? (Tarikh Pembayaran Tunai di Kaunter BSN)”

  1. LHDN staff..ngulat sume…tgh korex…pokol…dah lebih 8hari dr tarikh 19hb oct..smp 27hb oct masih x terima…..call sume cawangan dr .ibupejabat.pusat putrajaya

    X dpt dihubungi..24jam..sibuk.. smp.
    La ni..masih xde jawapan…smp branch di..celah2 longkang wangsa maju pn.x dpt hubungi….method lain dgn email pula..tros di blok..?!!!!sy bingung…ap .masalahny.. rm 350..mcm nk bg.rm3 juta……pemimpin sume sama .beloiii..tu rakyat pn .sama beloi..yg pedih kami .yg mmg dr lahir…miskin..da kerja ..pn tetap miskin…gaji sejam rm8….
    Di negara .jiran2 kta..tukang sapu sampah.rumah smp..gaji sejam rm40…..tahun 2020..angka rm40 sejam mmg sepatutny tp kta.2020 kutip smph gaji sejam rm5 ke 6.50.wow .mmg pemimpin kta.. xmkn rasuah..paling benci rasuah..
    …sial .nasib kami..di dunia ni no…tapi … la ni hepy la..kami hepi kekal abadi..simpan la duit BPN 2.0 ke 0.5 ke..25 g ke.12.5 ke..aku nye wang tak dituntut..aku da submit..dah nk .masuk 2 thn…….rm 200 je kot tp apply dr offc d3pa kt menara maybank .floor 42 ke ntah lupa..2018 pastiny
    ..setahun xde pe crita…pegi kaunter….suh pi bank branch plak. .smp bank..bank ckp putar xde amount ni la acc bank bukak kt cawangan da tutup ..pastu.da tutup kira burn la..ckp tak..ade lagi..tp kena .ni la itu.la..penipi besar depa ni.dr atas skali..da brief da sume kena.lgi pariah ..
    Sbb kering pn teleng leher depa .xpe..hatii kering( nampak mcam pusinng tp depa .buatkerja..x amik hak org …nii adoi..rosak nama ISLAM ny finance way of life….haram. la kalian seluruhny..kekal di Jhahannamm…abadi.

    ..
    .

    Reply
  2. Megapa banyak yg bg keliru mengatakan tungu no siri vaucer baru p bsn tu semua terlebih bijak bistari sedangkan x perlu pun begitu terus aje pergi terus aje ke bsn,b bsn yg sudah ada no siri vaucer.. yg penting sekali dah lulus dan jikalau sebelum sebelum ini pergi tunaikan d bank bsn maka begitulah utk kali ini sama aje jgn dengar ckp org yg bijak terlebih pandai..

    Reply
    • adakah anda juga menggunakan nombor siri baucer?jika begitu tidak payahlah saya membuang masa menunggu tarikh dalam kadaan perlu ni..tq atas pkongsian

      Reply
  3. Assalamualaikum..Tumpang tanya,bagi penerima BPN yang sudah ada Nombor Boucer, Adakah sudah dibolehkan untuk membuat tebusan di Cawangan BSN ? Tetapi bagaimana dengan tarikh penebusan BPN,bila kah ?

    Reply
    • Jika saya sudah menerima nombor baucer pbn bolehkah saya terus menebusnya di cawangan BSN atau perlukah lagi saya menunggu tarikh ditetapkan?

      Reply

Leave a Comment