Jika anda memilih untuk tidak buat permohonan atau kemaskini BSH secara online, dan lebih selesa untuk menulis secara manual, boleh sahaja guna isi borang biasa dan baca cara mohon BSH 2020 seperti di bawah.
Langkau artikel ini untuk baca cara mohon Bantuan Sara Hidup secara online.
Kandungan
Cara mohon BSH 2020
Izinkan kami berkongsi contoh borang BSH 2019, yang lebih kurang sama sahaja dengan borang BSH 2020.
Boleh download dalam format PDF di sini: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-01(Permohonan(BSH)2019).pdf
Sedikit tentang cara mohon BSH 2020
- Artikel ini bertujuan membantu pemohon mengisi Borang Permohonan BSH 2020, berdasarkan penerangan dari BSH 2019
- Borang permohonan ini boleh dimuat turun di Portal Rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini: https://bsh.hasil.gov.my.
- Penghantaran borang BSH 2020 secara faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.
- Boleh download contoh penerangan permohonan BSH 2019 yang rasmi di sini
- Semua maklumat perlu diisi dalam Bahasa Melayu, bukan Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa
- Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam atau biru sahaja
Cara isi borang BSH 2020
Selagi lagi kami ingatkan. Cara mohon BSH ini adalah dengan cara mengisi borang, dan bukannya online.
Jadi, kami tulis panduan isi borang BSH 2020 ini berdasarkan penerangan BSH 2019.
Kategori
- Lihat di bahagian kiri borang, berdekatan dengan lambang Malaysia, atau jata negara.
- Isikan kotak berdasarkan status perkahwinan pemohon pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
- Ada 3 pilihan:
- ‘1’ jika status Kahwin
- ‘2’ jika status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan mempunyai anak
- ‘3’ untuk Individu Berumur 60 tahun ke atas.
- Masukkan 1 jika status anda pada tahun ini ialah sudah berkahwin
- Masukkan 2 jika status anda pada tahun ini ialah ibu tunggal, bapa tunggal, balu, janda ataupun duda. Kesemua pilihan tadi ialah untuk yang mempunyai anak sahaja.
- Masukkan 3 jika anda berumur 60 tahun dan ke atas
Bahagian-bahagian dalam borang BSH 2020
Sebelum ini, izinkan kami berkongsi sedikit-sebanyak tentang bahagian-bahagian dalam borang permohonan BSH 2020 ini.
Untuk makluman, borang permohonan BSH 2020 mempunyai enam bahagian yang terdiri daripada:
- Bahagian A: Berkenaan Maklumat Pemohon
- Bahagian B: Maklumat Pasangan
- Bahagian C: Maklumat Anak
- Bahagian D: Maklumat Bank Pemohon (Akaun Persendirian)
- Bahagian E: Maklumat Waris
- Bahagian F: Perakuan Pemohon
Penerangan lebih lanjut seperti di bawah.
Bahagian A (Maklumat Pemohon)
Cara mohon BSH tidak susah. Yang pertama, perlu memasukkan maklumat pemohon.
Nama
- Isikan nama seperti di dalam MyKAD.
- Ruangan ini perlu diisi dan jangan dibiarkan kosong.
Nombor kad pengenalan (MyKAD)
- Isikan nombor kad pengenalan seperti di MyKAD.
- Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh ditinggalkan.
Umur
- Isikan umur pada tahun 2020.
- Bukan umur pada tahun lepas
- Jika anda lahir pada 31 Disember sekalipun, dan belum lagi masuk umur mengikut tarikh lahir, sila masukkan umur pada tahun ini.
- Ruangan ini wajib diisi dan tidak boleh dibiarkan kosong.
Jantina
- Isikan ‘1’ untuk lelaki
- Isikan ‘2’ untuk perempuan.
- Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh dikosongkan.
Nombor Telefon Rumah
- Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini hanya untuk kegunaan rasmi BSH sahaja.
- Jika anda tiada telefon tetap di rumah, kosongkan sahaja.
- Sila isikan nombor telefon bimbit dalam ruangan yang seterusnya.
Nombor Telefon Bimbit
- Nombor telefon bimbit ini hanya untuk kegunaan penyaluran maklumat kepada pemohon BSH sahaja.
- Nombor telefon bimbit wajib diisi semasa pengemukaan secara dalam talian.
- Nombor telefon bimbit yang didaftarkan akan digunakan semasa proses semakan dan kemas kini permohonan BSH 2020 secara dalam talian.
- Pastikan nombor telefon bimbit yang diisi adalah milik pemohon sendiri dan aktif serta masih boleh dihubungi.
- Jangan sesekali meletakkan nombor telefon yang tidak aktif kerana anda akan mengalami kesukaran untuk menerima nombor TAC.
- Transaction Authorization Code (TAC), iaitu sama seperti yang anda terima dari Maybank2u untuk membuat urusan bayaran bil atau pindahan wang, akan dihantar ke nombor handphone yang didaftarkan.
- Jika nombor handphone yang diisi adalah milik individu berlainan, individu berkenaan dan pemohon akan dipertanggungjawabkan ke atas semua maklumat permohonan BSH.
- Bukan itu sahaja, jika nombor telefon bimbit anda tidak sah, anda juga mungkin mengalami masalah untuk menyemak dan kemaskini permohonan.
Pendapatan Kasar Bulanan
- Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda
- Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
- Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain
- Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank anda
- Pilih ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
- Pilih ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
- Pilih ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
- Pilih ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000
Alamat Surat Menyurat
- Masukkan alamat terkini anda
- Pastikan maklumat tentang alamat adalah lengkap dan betul
- Ini adalah untuk memastikan penyerahan surat makluman sampai kepada pemohon.
Bahagian B (Maklumat Pasangan)
Cara mohon BSH yang seterusnya, masukkan maklumat pasangan.
Status Perkahwinan dengan Pasangan
- Pastikan status perkahwinan pemohon yang diisi adalah pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
- Isi ‘1’ jika status pemohon ialah Kahwin
- Jika isi ‘1’, pemohon perlu mengisi ruangan B2 sehingga B8 dan B11 untuk memasukkan maklumat pasangan.
- Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak kandung
- Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung, pemohon dikehendaki untuk mengisi ruangan B9 dan B10.
- Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak tidak sah taraf
- Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak tak sah taraf, pemohon tidak perlu mengisi Bahagian B
- Isi ‘3’ jika pemohon adalah warga emas yang hidup sebatang kara
- Jika pemohon berumur 60 tahun ke atas, pemohon perlu mengisi ruangan B1 sahaja.
Nama Pasangan
- Isikan nama penuh pasangan
- Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
- Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan lain seperti MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan.
No. MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan
- Isikan nombor pengenalan pasangan
- Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nombor kad pengenalan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
- Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nombor kad MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi.
No. KP Lama / Sijil Lahir Pasangan
- Isikan Nombor KP Lama / Sijil Lahir seperti di KP Lama / Sijil Lahir jika tidak mempunyai dokumen pengenalan B3.
- Bagi yang tidak mempunyai kad pengenalan lama, masukkan nombor surat beranak
No. Pasport Pasangan
- Isikan Nombor Pasport pasangan seperti di Pasport
- Hanya perlu masukkan jika pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan B3 dan B4.
Jantina Pasangan
- Isikan ‘1’ untuk Lelaki
- Isikan ‘2’ untuk Perempuan
- Hati-hati dalam mengisi bahagian ini
- Jika pemohon ialah suami, isikan ‘2’ untuk isteri
- Jika pemohon ialah isteri, iskan ‘1’ untuk suami
Negara Asal Pasangan
- Hanya untuk pemohon yang mempunyai pasangan bukan warganegara Malaysia
- Jika B5 diisi, isikan Negara Asal pasangan yang Bukan Warganegara Malaysia.
Tarikh Perkahwinan dengan Pasangan
- Isikan tarikh perkahwinan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
- Tarikh perkahwinan adalah merujuk kepada tarikh perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri.
Status Perceraian / Kematian Pasangan
- Isikan ‘1’ untuk Perceraian
- Isikan ‘2’ untuk Kematian Pasangan.
Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan
- Isikan tarikh perceraian dengan pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
- Isikan tarikh kematian pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
- Tarikh perceraian adalah merujuk kepada tarikh perceraian yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
- Tarikh Kematian Pasangan pula adalah merujuk kepada tarikh Kematian Pasangan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara.
Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan
- Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan pasangan anda
- Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
- Gaji kasar ialah jumlah earnings yang pasangan terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain
- Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank pasangan
- Tulis ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
- Tulis ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
- Tulis ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
- Tulis ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000
Bahagian C (Maklumat Anak)
Cara mohon BSH yang seterusnya, masukkan maklumat anak.
Nama Anak
- Isikan nama seperti dokumen pengenalan MyKAD, jika sudah berusia 12 tahun dan ke atas
- Isikan nama seperti dokumen pengenalan MyKID, jika berusia 12 tahun ke bawah
No. MyKAD / MyKID Anak
- Isikan nombor kad pengenalan seperti dokumen pengenalan MyKAD, jika sudah berusia 12 tahun dan ke atas
- Isikan nombor MyKID seperti dokumen pengenalan MyKID, jika berusia 12 tahun ke bawah
- Jika pemohon kemukakan Sijil Lahir, Nombor MyKID yang perlu didaftarkan seperti gambar di bawah
Umur Anak
- Isikan umur anak pada tahun ini
- Iaitu tahun 2020, bukan tahun sebelumnya
Status Anak
- Isikan ‘1’ untuk Anak Kandung
- Isikan ‘2’ untuk Anak Angkat.
- Pemohon perlu kemukakan Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat bagi pembuktian hubungan pertalian.
Bahagian D (Maklumat Akaun Bank)
Untuk mohon BSH, anda perlu memasukkan maklumat akaun bank bagi menerima duit bantuan.
Nama Bank
- Masukkan nama bank untuk menerima duit BSH
- Jika anda ada akaun dengan BSH, ia lebih digalakkan
- Jika pemohon dan pasangan adalah warganegara, isikan nama dan nombor akaun bank isteri
- Walau bagaimanapun, jika pasangan adalah bukan warganegara / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / Warga Emas Sebatang Kara, isikan nama dan nombor akaun bank pemohon
- Berikut ialah senarai bank yang mempunyai fasiliti untuk proses pengkreditan terus ke dalam akaun pemohon:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Hong Leong Bank
- Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
- Maybank
- OCBC Bank
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
No Akaun Bank
- Masukkan nombor akaun bank anda
- Pastikan semak berkali-kali bagi memastikan nombor akaun tidak salah
- Diingatkan sekali lagi, jika pemohon dan pasangan adalah warganegara, isikan nama dan nombor akaun bank isteri
- Walau bagaimanapun, jika pasangan adalah bukan warganegara / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / Warga Emas Sebatang Kara, isikan nama dan nombor akaun bank pemohon
Maklumat tambahan
- Ruangan ini tidak mandatori, maka tidak wajib diisi
- Jika anda mempunyai akaun bank, itu lebih
- Ini kerana duit BSH 2020 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank
- Walau bagaimanapun, jika tiada akaun bank dan tidak pernah membuka akaun bank, akaun bank anda akan dibuka secara automatik dengan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Jika tiada maklumat akaun bank,
- Seperkara lagi, jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, pembayaran BSH akan tetap disalurkan ke akaun bank pemohon atau pasangan yang akan dibuka oleh Bank Simpanan Nasional
- Pembukaan akaun bank BSN adalah berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui
Bahagian E (Maklumat Waris)
Cara mohon BSH yang seterusnya, masukkan maklumat waris.
Hubungan dengan Waris
- Isikan sama ada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak
- Juga boleh letak Adik-beradik / Cucu.
Nama Waris
- Isikan nama seperti dokumen rasmi pengenalan
- Pastikan sama seperti dalam dokumen rasmi
- Jika ada bin atau binti, perlu dimasukkan sekali
No. MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir / Pasport Waris
- Isikan Nombor MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir
- Jika tiada, perlu isikan nombor Pasport seperti di Nombor MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir / Pasport.
No Telefon Waris
- Pastikan Nombor Telefon yang diisi adalah milik waris yang didaftarkan, aktif serta masih boleh dihubungi.
- Nombor Telefon ini hanya untuk kegunaan urusan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH sahaja.
Bahagian F (Maklumat Perakuan)
Sekiranya anda mohon BSH, anda diwajibkan untuk membuat perakuan bahawa segala maklumat yang diberi adalah benar dan bukan paslu.
Jika anda didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Perakuan oleh Pemohon
- Isi nama dan nombor MyKAD (seperti di MyKAD)
- Isikan tarikh borang permohonan BSH 2020 dihantar
- Turunkan tandangan
- Jika tidak sign, pemohon boleh sahkan dengan menggunakan cap jari
Untuk Kegunaan Pejabat
- Jangan buat apa-apa
- Kosongkan ruangan ini
- Ruangan ini akan diisi oleh Pegawai LHDN sahaja.
Akaun Penerimaan Permohonan BSH
Keratan ini akan diserahkan kepada pemohon yang menghantar atau mengemukakan Borang Permohonan BSH ke kaunter LHDN. Jadi, untuk mengesahkan bahawa permohonan BSH telah dihantar, anda perlu mengisi maklumat berikut:
Nama Pemohon
- Isikan nama penuh seperti dalam MyKAD
- Jika tiada MyKAD, isikan nama penuh seperti dalam dokumen pengenalan diri yang lain
No MyKAD Pemohon
- Isikan nombor kad pengenalan penuh seperti dalam MyKAD
- Jika tiada MyKAD, isikan nombor dokumen pengenalan diri yang lain
Nama Pegawai Penerima
- Abaikan ruangan ini
- Ruangan ini akan diisi oleh pegawai LHDN
- Sekiranya ada apa-apa masalah dengan permohonan ini, mudah untuk anda rujuk semula dengan pegawai tersebut
Tarikh & Cap Terima Cawangan
- Abaikan ruangan ini juga
- Ruangan ini akan diisi dan dicop oleh pegawai LHDN
- Jika ada apa-apa masalah dengan permohonan ini, anda boleh rujuk semula dengan pegawai tersebut
Akhir kalam
Cara mohon BSH 2020 sudah diberi.
Sila isi borang BSH 2020 elok-elok untuk mengelakkan permohonan baru ditolak.
Sebarang maklumat yang salah, berkemungkinan akan menyebabkan anda tidak dapat terima bantuan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- borang bsh 2020
- borang kemaskini bsh 202
- https://bsh hasil gov my/Download/Borang/2020/BK-01(BorangPermohonanBSH2020) pdf
- https://bsh hasil gov my/Download/PANDUANPENGGUNA _PERMOHONAN_BSH2020 pdf
- bsh untuk pesara
Kenapa susah sangat nak mohon bantuan prihatin nasional ni? Nak isi borang pun tidak boleh.
Saya tak boleh login bsh
boleh mohon 1 april ke atas Tuan…. harap bersabar….
assalamualaikum encik saya nak daftar pemohonan rayuan Bpn
adakah permohonan BSH bujang masih dibuka?. jika sudah tutup adakah masih boleh memohon atau tidak?
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu, layak ke kalau tahun ini sudah 21tahun tapi tak sampai tarikh lahir lg. Cthnya. Tarikh lahir bulan 8 . Layak ke dapat ye ? Terima kasih
sampai sekarang saya sedang cuba bagaimana mahu mengisinyaa
Bagaimana cara mohon dan layakkah orang bujang 21 tahun keatas ..bekerja sebagai pembantu kedai makan tidak pernah mohon BSH.
Kepada : Tuan /Puan
Saya sebagai waris abang saya ingin membuat rayuan untuk permohonan BSH 2020. oleh kerana online permohanan BSH 2020 bahawa memberitahu tarikh 1 Feb hingga 15 Mac 2020 , jika sudah tutup adakah masih boleh memohon atau tidak?,bolehkah buat semula daftar baru BSH 2020 secara online? Tahun 2019 saya pun ada tolong abang secara online kemaskini bsh 2019 tapi tak dapat berjaya masuk kedalam bsh dan tidak dapat wang yang pihak pegawai bagi .Kami pun ada pergi cawangan LHDN Sungai Besar dan Teluk Intan tanya , pihak pegawai ada tolong kami semak pun hairan hanya suruh kami tunggu dan buatan semula bsh 2020…apa masalah dalam kemaskini BSH 2019 kerana BRIM tahun tahun abang saya ada dapt hanya 2019 …boleh pihak pegawai tolong semak
Terima kasih banyak banyak
Salam . Encik . Saya ta pernah mohon bantuan ini sebelum ini .. pertama kali . Kenapa tiap kali buka laman web bsh.hasil.gov.my ta bole ? Means tade permohonan baru .
Maaf bertanye borang ni boleh digunakan untuk bpn sekali ke, atau ada borang lain, sebab saya baru nak mendaftar kali pertama…
Borang nak hantar ke mane yea..klu walk in time nie buka ke?ke boleh melalui pos sahaja?kalau blh pos nak hantar ke alamat?
macam mana nak daftar ni…buka laman web pun tak boleh
Salam….mcmmn nk isi borang online permohonan sara hidup ni?blh tlg x?
Sy nak tanya kwn sy Tak pernah Dpt bantuan bsh..masih blh memohon lg ke.
Sebelum ni saya dah lulus.. Tp kena daftar lg ker.. Mkin myusahkan.. Knpa xbuat on9 je.
Saya telah berulang kali sudah mengisi borang baik online mau pun isi borang dari pejabat Daerah dan juga LHDN, tetapi tidak pernah lulus juga, kerana disebabkan saya termasuk dalam tanggungan bekas istri saya, sedangkan istri saya telah lama pergi meninggal kan saya,sejak Tahun 2013 lagi sehinggah lah sekarang, tanpa diketahui dimana keberadaan nya sekarang, oleh yang demikian saya merayu supaya Nama saya Asirin Kuku @ Assirin, dengan nombor IC Card no.680210_12_6237,untuk memudahkan supaya permohonan saya dilulus kan, kerana saya ini sebenarnya seorang pesakit koronek masalah buah pinggang class 4 dan dialysis 3 X seminggu,dan juga saya saya punya masalah sendih pengkal paha sebelah kiri saya yang telah rosak hangus tulang rawannya maka oleh yang demikian saya termasuk dalam katigori OKU kehilangan upaya untuk berkerja untuk mencari sumber pendapatan,untuk kos perbelanjaan ulang alik ke Hospital dengan tujuan dialysis dan juga perbelanjaan untuk jumpa Docktor pakar di hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, serta perbelanjaan seharian