BIMB Invest Dianugerahkan Pengurus Aset ESG Terbaik 2020


Kuala Lumpur, 1hb Disember 2020: BIMB Invest dianugerahkan Pengurus Aset ESG Terbaik oleh Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2020 (Asset) untuk tahun kedua berturut-turut. BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) adalah anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad,.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan di atas sumbangan dan pencapaiannya yang besar dalam tadbir urus persekitaran, sosial dan korporat (ESG), kelestarian dan pengurusan aset di Asia. BIMB Investment juga memenangi anugerah Dana Ekuiti ESG Terbaik (BIMB-ARABESQUE i Global Dividend Fund 1) dan Dana Sukuk ESG Terbaik (BIMB ESG Sukuk Fund).

Mohamed Ridza Mohamed Abdulla, Pengerusi BIMB Investment berkata, “Kami merasa bangga menerima tiga anugerah ini dengan sokongan dan kepercayaan berterusan daripada para pelabur dan rakan perniagaan kami. Perjalanan kami dalam ESG dan pelaburan lestari bermula pada tahun 2015, dan kami akan terus menyumbang dalam membangunkan ekosistem pelaburan ESG yang mantap dan dinamik di Malaysia dan rantau ini. ”

Anugerah Pengurus Aset ESG Terbaik 2020

Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A merupakan anugerah paling berprestij di dalam industri ini, menjadikan salah satu bidang kewangan global yang berkembang dengan pesat. Pihak Asset memilih institusi kewangan Islam terbaik, serta tawaran yang mencerminkan kemajuan industri pada 2020.

BIMB Investment menguruskan lebih daripada RM1 bilion aset Shariah-ESG. Ia merupakan pengurus aset Shariah-ESG terbesar di Malaysia dengan rangkaian dana Shariah-ESG yang luas untuk solusi Pelaburan Shariah-ESG yang komprehensif kepada pelabur runcit dan institusi di Malaysia dan Singapura. Pelabur dapat membina portfolio pelaburan mereka dengan melabur dalam pelbagai pilihan dana ESG yang merangkumi ekuiti Shariah-ESG global, ekuiti Shariah-ESG asia pasifik, ekuiti Shariah-ESG Malaysia dan Sukuk ESG global.

 

Dana Sukuk ESG global

BIMB Investment telah melancarkan Dana Sukuk ESG global pada tahun 2018 dan telah  berjaya mengumpul saiz dana lebih daripada RM210 juta. Sementara itu, dana ekuiti Shariah-ESG globalnya merupakan salah satu dana ekuiti global terbesar di Malaysia, dengan saiz dana lebih daripada RM850 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, “Kami dengan rendah hati menerima anugerah ini dengan sokongan dan kepercayaan berterusan daripada para pelabur, rakan niaga, Lembaga Pengarah, penguatkuasa dan semua kakitangan di BIMB Investment. Sejak 2015, kami telah menggabungkan pelaburan shariah kami dengan nilai kelestarian dan ESG dan kini menawarkan rangkaian solusi pelaburan Shariah-ESG paling menyeluruh di peringkat global dan domestik, merangkumi pelbagai kelas aset. Kami memanfaatkan teknologi dengan menggabungkan data, pembelajaran mesin dan AI untuk menyediakan solusi kewangan yang telus dalam dunia yang kian berubah. Kami juga mengintegrasikan kriteria ESG dalam strategi pelaburan berdasarkan peraturan untuk memastikan prestasi yang tinggi. Dengan rekod prestasi lebih daripada lima tahun dalam menawarkan ESG dan pelaburan lestari, kami komited untuk menjadikan ESG dan pelaburan lestari tersedia untuk semua dan menjadikan Malaysia sebagai pasaran Kewangan Islam Dunia.”

Tambah beliau, “Pandemik COVID-19 sangat luar biasa kesannya. Selain tekanan terhadap kesihatan dan kemanusiaan, masalah ekonomi dan sosial juga akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Kami percaya ini adalah waktu yang penting untuk isu-isu ESG dan peranan yang lebih besar yang dapat dimainkan oleh pelaburan patuh Shariah, bukan hanya dalam memberikan pulangan yang berterusan tetapi memberi kesan positif kepada dunia secara keseluruhannya. ”

 

Ekuiti ESG Shariah

BIMB Investment telah melancarkan dana Ekuiti ESG Shariah global pertama di Malaysia pada tahun 2015, iaitu BIMB-ARABESQUE i Global Dividend Fund 1 (BiGDF1). Dana ini mengintegrasikan prinsip Shariah dan nilai ESG dengan pendekatan pelaburan kuantitatif yang sistematik dan berdasarkan peraturan yang mengimbangi portfolio dana setiap hari antara ekuiti dan tunai untuk pulangan pelaburan yang disesuaikan dengan risiko. BiGDF1 merupakan salah satu dana ekuiti ESG Shariah global terbesar di Malaysia, dengan saiz dana melebihi RM850 juta.

 

Dana Sukuk ESG

BIMB Investment juga melancarkan Dana Sukuk ESG Pertama di Dunia pada tahun 2018 dan kini merupakan salah satu dana Sukuk ESG Global terbesar di Malaysia dengan saiz dana hampir RM220 juta. BIMB Investment juga menawarkan Dana Ekuiti ESG Shariah Asia Pasifik dan Dana Ekuiti ESG Shariah Malaysia, yang menawarkan solusi pelaburan ESG Shariah yang komprehensif kepada pelabur runcit dan institusi.

Pada awal tahun ini, BIMB Investment melancarkan BEST Invest, sebuah aplikasi pelaburan robo-pintar Shariah-ESG atas talian, yang pertama.

Aplikasi BEST Invest meningkatkan kecekapan dan kemudahan untuk individu meningkatkan kewangan dengan menawarkan struktur yang sistematik, telus dan tersusun untuk individu melalui pelaburan atas talian dengan teknologi kecerdasan robo dan data besar. BEST Invest menyediakan pelbagai kelas aset dana unit amanah Shariah-ESG BIMB Investment yang merangkumi ekuiti global, ekuiti asia pasifik, ekuiti Malaysia, sukuk dan pasaran wang.

Berita BIMB Invest dianugerahkan Pengurus Aset ESG terbaik adalah sangat membanggakan. Ini adalah satu-satunya pengurus yang disokong oleh bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Leave a Comment