Bantuan Warga Emas 2023 (Boleh Mohon Atau Tidak?)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa hebahan mengenai ‘Bantuan Warga Emas RM500 Bagi Tahun 2023’ yang sedang tersebar di media sosial saat ini adalah palsu. JKM mengingatkan rakyat Malaysia agar mengambil maklumat yang tepat mengenai sebarang bantuan yang ditawarkan oleh JKM. Berita ini dikongsikan oleh Kosmo pada 29 Disember 2022 yang lalu.

JKM menegaskan bahawa hanya maklumat yang dipaparkan di laman portal rasmi JKM yang boleh dipercayai dan dijadikan panduan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, rakyat Malaysia boleh mengunjungi laman web rasmi JKM di www.jkm.gov.my.

Seperti yang diketahui, beberapa hari yang lalu telah tersebar di media sosial seperti Whatsapp dan Telegram berkenaan dengan permohonan bantuan warga emas sebanyak RM500 bagi tahun 2023.

Hebahan palsu tersebut juga menampilkan gambar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk mengelirukan rakyat Malaysia. Maklumat palsu tersebut juga menyatakan bahawa dana besar akan diperuntukkan dalam Bajet 2023 untuk membantu golongan yang layak.

JKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati terhadap maklumat yang tidak sah dan mengambil maklumat yang tepat dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.

JKM akan terus memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada rakyat Malaysia melalui laman web rasmi JKM.

Benarkah Tiada Bantuan Warga Emas 2023?

Walau bagaimanapun, semakan kami di laman web JKM mendapati bahawa maklumat permohonan masih lagi boleh diakses.

Semakan di laman web Bajet 2023 juga disertakan pautan ke borang permohonan Bantuan Warga Emas JKM.

Di bawah ini ialah maklumat yang kami ambil sendiri daripada laman web JKM sendiri.

Amaun Bantuan Warga Emas

Kadar bantuan adalah RM500 sebulan untuk setiap orang.

Kenapa Bagi Bantuan BWE?

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka dalam komuniti.

 

Apa Syarat Kelayakan BWE?

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di sini;
  2. Warga emas berumur 60 tahun atau lebih;
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang tidak tinggal di: i. Institusi yang dikawal oleh JKM; atau ii. Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan kemudahan/perkhidmatan secara percuma;

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang ditetapkan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

Macam Mana Cara Permohonan Bantuan Warga Emas?

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Di Mana Boleh Dapatkan Borang Untuk Mohon BWE?

Download dan isi borang-borang ini:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 

Akhir kalam

Kami faham, ramai masih keliru samada Bantuan Warga Emas 2023 ini valid atau tidak. Pasti anak-anak tidak mahu melepaskan peluang yang diberikan kerajaan bagi mendapatkan bantuan bulanan warga emas untuk ibu-bapa sendiri.

Izinkan kami untuk terus dapatkan details dan update artikel ini untuk rujukan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment