Bantuan Sara Diri Yayasan Perak 2020 (RM700 Setahun)


Jika anda salah seorang pemohon dari IPT yang sudah buat permohonan sebelum ini, kini anda boleh buat semakan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak 2020 secara online.

Bagi yang tidak tahu apa itu Bantuan Sara Diri Yayasan Perak, mohon izin kami kongsikan.

Apa itu Bantuan Sara Diri?

Selain Geran Usahawan Perak yang diilhamkan oleh kerajaan negeri, Bantuan Sara Diri ini adalah satu bantuan diberikan oleh Yayasan Perak. Ini adalah tidak lain bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Bantuan Sara Diri ini juga adalah untuk mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.

Bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan tentu sekali bantuan ini akan meringankan beban mahasiswa. Terutama sekali yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan

Semakan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak 2020

Berikut ialah cara untuk buat semakan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak:

  1. Layari laman web rasmi di sini: http://yayasanperak.gov.my/v5/bantuan-sara-diri-dan-kecemasan-mahasiswa-anak-perak/
  2. Lihat di sebelah kanan komputer (jika menggunakan komputer). Jika anda menggunakan telefon bimbit, scroll hingga ke bahagian bahawa.
  3. Lihat bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon
  5. Tekan butang Semak
  6. Akan keluar satu popup yang akan menunjukkan keputusan semakan

 

Jumlah Bantuan Sara Diri Yayasan Perak

Jumlah Bantuan Sara diri yang diberikan kepada mahasiswa ialah RM700 sahaja setahun.

 

Cara buat permohonan Bantuan Sara Diri Yayasan Perak

Bagi yang pertama kali mendengar bantuan ini, anda boleh memohon secara online.

  1. Layari laman web rasmi ini: http://yayasanperak.gov.my/saradiri/mohonsaradiri.php?id=f151d68894e3596d4c646070ce1f3d1ccc50a94a
  2. Sila baca dan fahamkan syarat-syarat permohonan
  3. Isikan semua bahagian yang dikehendaki

 

Syarat dan kelayakan bantuan

Berikut ialah antara kriteria yang membolehkan anda memohon Bantuan Sara Diri Yayasan Perak:

  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
    • Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).
  9. Bantuan Sara Diri (Permohonan dibuka 1 Januari Sehingga 31 Ogos Setiap Tahun Bagi Tahun Semasa)

Dokumen sokongan untuk permohonan bantuan

Berikut ialah senarai dokumen yang perlu disediakan dan dimuat naik secara online semasa memohon:

  1. Salinan Kad Pengenalan pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan penyata akaun bank pelajar.
  4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  6. Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  7. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  8. Borang Permohonan:
    • Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
    • Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  9. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung

 

Akhir kalam

Bantuan Yayasan Perak Untuk Pelajar

Buat mahasiswa warga Perak, manfaatkanlah peluang ini sehabis baik. Belajar elok-elok dan dapatkan CGPA yang bagus. Ini kerana permohonan ini akan lebih menyebelahi pelajar yang mendapat CGPA 3.0 dan ke atas.

Di harapkan agar perkongsian Bantuan Sara Diri Yayasan Perak 2020 ini akan dapat meringan beban pelajar di universiti.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment