Selain bantuan myZakat dari AIBIM, Bank Rakyat yang juga ahli AIBIM berbesar hati untuk memberikan peruntukan bagi program bantuan RAKYATpreneur 2.0.
Menurut Harian Metro, program yang baru sahaja dilancarkan ini memberikan peruntukan sebanyak RM2 juta.
Apa beza dengan RAKYATpreneur?
RAKYATpreneur yang dilancarkan pada bulan Disember 2020 ternyata sangat berjaya. Program rintis ini yang membabitkan jumlah bantuan dana sebanyak RM100,000 untu 20 orang peserta ini sangat-sangat membantu.
Keuntungan peniaga-peniaga ini dicatatkan meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus.
Kesinambungan program ini dengan nama RAKYATpreneur 2.0 ini diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Yang paling penting sekali, program ini diharapkan berupaya membantu lebih ramai lagi usahawan asnaf bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka. Seterusnya, memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Berapa ramai yang akan dapat bantuan RAKYATpreneur 2.0 ?
Dijangka seramai 200 orang usahawan asnaf dari seluruh negara akan dipilih untuk memanfaatkan program bantuan ini.
Mereka-mereka ini adalah usahawan asnaf yang berpotensi.
Apa kelebihan jika dapat masuk program RAKYATpreneur ini ?
Dikatakan bahawa peserta RAKYATpreneur 2.0 yang layak akan diberikan bimbingan serta latihan. Pemantauan juga akan dilaksanakan secara inklusif atau menyeluruh. Ini termasuk aspek:
- Etika keusahawanan
- Pembangunan idea perniagaan
- Perakaunan
- Pengurusan perniagaan
- Pemasaran digital
- Penjenamaan selama
Latihan ini akan diberikan selama enam bulan dengan penyediaan modul yang lebih komprehensif dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Saya berminat. Macam mana cara mohon RAKYATpreneur 2.0 ?
Tidak dinyatakan bagaimana untuk buat permohonan RAKYATpreneur 2.0 ini. Apa yang dimaklumkan, para peserta akan dipilih sendiri oleh pihak Bank Rakyat.
Tiada kriteria atau apa-apa maklumat lanjut dinyatakan.
Kami cadang, jika anda betul-betul berminat, sila hubungi Customer Service Bank Rakyat di talian berikut:
- 1 300 80 5454