Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 (Permohonan Online 2020)


Untuk mengaktifkan semula sektor ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri telah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1 bernilai keseluruhannya RM4.5 juta.

Siapa yang layak dapat Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2020?

Berikut ialah senarai organisasi yang menepati kriteria dan layak untuk memohon bantuan:
  1. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada syarikat penganjur acara (event management) di Pulau Pinang
    • Nilai bantuan RM500
    • Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:
      1) Warganegara Malaysia
      2) Mempunyai premis perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon.Meja bantuan :
      046505171 (Puan Masayu)
      046505176 (Puan Amira)
  2. Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000 kepada Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam
    • Nilai bantuan RM1000
    • RIBI Pulau Pinang perlu mengemukakan Salinan Warta Kerajaan atau Surat Pendaftaran pertubuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
      Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun.
      Meja Bantuan:
      04-650 5675
      04-650 5400
  3. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar di Pulau Pinang
    • Nilai bantuan RM500
    • Syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:-
      a) Berdaftar dengan ROS Negeri Pulau Pinang sebelum 18 Mac 2020; dan
      b) Berstatus pertubuhan / persatuan aktif (akan disemak oleh ROS).Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Meja Bantuan:-
      (04) 650 5568
  4. Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang
    • Nilai bantuan RM500
    • Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut :a) Warganegara Malaysia.
      b) Belum pernah menerima Bantuan Khas Kewangan RM500 secara one-off kepada peniaga dan penjaja berlesen di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 dan Fasa 2.Meja Bantuan:
      04-650 5192 ( Puan Wan Afifah )
      04-650 5400 ( Encik Hamizan )

 

Cara mohon Bantuan Rakyat Penang

Berikut ialah pautan ke Google Docs untuk memohon secara atas talian:

  1. Syarikat penganjur acara (event management) di Pulau Pinang
  2. Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam
  3. Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar di Pulau Pinang
  4. Pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang
  5. Petani
    • Tiada maklumat
  6. Pengusaha Kantin Sekolah
    • Tiada maklumat

Bantuan akan disalurkan dengan kadar segera selepas permohonan diterima.

 

Akhir kalam

Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang (Penang)

Kami difahamkan, tujuan utama Bantuan Rakyat Pulau Pinang ini adalah untuk melancarkan kembali aliran tunai serta mengurangkan kos operasi dalam tempoh pemulihan ekonomi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Diharapkan agar sesiapa sahaja yang terjejas, terus mengambil peluang memohon bantuan ini.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bantuan mahasiswa pulau pinang

Leave a Comment