Bantuan Prihatin Nasional Penjawat Awam (Bayaran Khas RM500)


Bagi kakitangan awam, usah bimbang. Bantuan Prihatin Nasional untuk penjawat awam juga ada. Anda semua tidak dilupakan.

Sedikit mengenai bantuan untuk kakitangan awam

Bayaran khas sebanyak RM500 buat penjawat telah diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Coronavirus COVID-19.

Tidak perlu buat permohonan BPN. Ini adalah tambahan RM500 yang khas untuk kakitangan awam.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

Bukan sahaja pegawai kerajaan, pekerja sambilan harian (PSH) dan pesara kerajaan juga menerima manfaat ini.

Bantuan Prihatin Nasional Penjawat Awam

Bantuan Prihatin Nasional Penjawat Awam

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai siapa yang layak dan siapa yang tidak layak.

Penjawat awam yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

 

Penjawat awam yang lain, yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional

  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  • Penerima Pencen/Pencen Terbitan

 

Kakitangan awam yang tidak layak terima BPN

  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama.
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hhingga 23 April 2020

 

Pekerja Sambilan Harian (PSH) juga layak terima Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan ini juga tidak melupakan golongan yang bergaji hari, itu Pekerja Sambilan Harian.

Bantuan ini hanya layak kepada PSH yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

 

Tarikh pembayaran

Tarikh Bayaran Khas RM500 bagi Penjawat Awam 2020 adalah pada 23 April 2020 mengikut pekeliling. Bantuan ini akan masuk ke dalam akaun bank masing-masing secara automatik.

 

Akhir kalam

Bantuan Prihatin Nasional Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Kakitangan awam masih lagi mendapat gaji penuh tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Coronavirus COVID-19 yang melanda.

Sebaliknya, ramai pekerja swasta yang sedang menghitung hari. Tidak tahu nasib selepas PKP nanti.

Banyak-banyakkan bersyukur.

Sedikit kita bersyukur, Allah akan beri nikmat lagi.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • BANTUAN PENJAWAT AWAM
  • BANTUAN PRIHATIN NASIONAL RM500
  • bantuan prihatin untuk pekerja pencen
  • bayaran bantuan prihatin nasional untuk pesara
  • bpn untuk orng pencen
  • bpn untuk pesara

3 thoughts on “Bantuan Prihatin Nasional Penjawat Awam (Bayaran Khas RM500)”

  1. Assalamualaikum,, saya seorang gadis suri rumah tangga.. Saya nak memohon bantuan kewangan sikit, karena pada masa ini saya tidak mempunyai uang. Saya hanya seorang pembantu kedai, saya seorang saje yg mencari nafkah. Sedangkan suami tengah sakit, bantuan bulanan tu mungkin dapat, sekarang ini saya memang xde uang, tunggu bsh xmasuk. Saya harap tuan dapat menolong saya. Terima kasih.

    Reply
  2. Saya Aminudin bin Nordin adalah bekas pembayar cukai LHDN. Saya telah berkerja dengan BBMB {Bank Bumiputra Malaysia Bhd} dari tahun 1971 hingga 31/08/2001 .Saya telah mengambil VSS dan tammat berkerja pada 31/08/2001dan semenjak tarikh telah berkenaan tidak lagi membayar cukai pendapatan kepada LHDN.Saya telah berusaha untok mendapatkan bantuan BPH tetapi dalam semakan dengan LHDN rekod saya tidak ujud.Saya juga telah bersaha untuk memohom BPN namun gagal dan berusaha membuat permohon baru juga gagal .Saya berpegang kapad kenyataan YAB M yang mengatakan “Tiada orang yang terkecuali”

    Reply
  3. Assalamualaikum. Saya menerima sms mengatakan saya lulus bantuan BPN dan diberitahu saya tak perlu buat semakan.Saya sangat gembira kerana layak. Sememangnya saya patut layak kerana saya sudah tak ada pendapatan kerana menjaga isteri yang sakit stroke. Sudah hampir 2 tahun dalam keadaan begini. Makan minum ditanggung anak yang bekerja.
    Bila tempoh bayaran berlalu saya tak dapat dapat BPN tu. Saya pun buat semakan. Alangkah terperanjatnya saya apabila BPN TIDAK LULUS.Alasan diberi ialah kerana saya ada syarikat.
    Disini saya ingin merayu berilah kelulusan BPN tu dan BSH sekali. Ini adalah kerana syarikat sudah TIDAK AKTIF sebaik saja isteri saya kena sakit stroke (lumpuh sebelah kanan dan hilang suara dan ingatan hilang). Syarikat itu adalah milik bersama saya dan isteri. Key person adalah isteri saya. Kami terus hilang pendapatan. Kami cuba berubat sana sini. Dari hospital sampai ubat kampung tapi nampaknya belum ada rezeki pulih sehingga sekarang.

    Reply

Leave a Comment