Semakan BPN Pelajar (Untuk Student IPT, Universiti, Politeknik)


Kami yakin, ramai yang berada di luar sana sedikit lega apabila Bantuan Prihatin Nasional juga diberikan kepada pelajar IPT. Asalkan anda pelajar IPT yang belajar di pusat pengajian tinggi, anda layak untuk menerima bantuan ini. Sila buat semakan BPN pelajar di institusi masing-masing terlebih dahulu.

PENTING

Kami BUKAN SALURAN RASMI  untuk bantuan ini.

Untuk kepastian, sila berhubung dengan IPT masing-masing; atau Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sedikit mengenai BPN

Sebelum kami berkongsi maklumat lanjut tentang semakan BPN pelajar, izinkan kami memberikan sedikit informasi berkenaan bantuan ini.

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memberikan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion, untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, penjawat awam dan lain-lain lagi.

Ini adalah bertujuan untuk bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19.

Alhamdulillah, golongan pelajar IPT juga tidak berkecuali.

Bantuan Prihatin Nasional untuk pelajar

Bantuan Prihatin Nasional pelajar

Bagaikan bulan jatuh ke riba. Ramai pelajar yang rasa lega dengan pengumuman ini.

Dijangka 1.2 juta pelajar IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menerima bantuan ini.

Sementara itu, 0.1 juta peljar Tingkatan 6 dan Matrikulasi juga akan menerima manfaat ini.

Tidak dilupakan, lebih kurang 0.2 juta pelajar diploma atau setara termasuk TVET SKM4 dan ke atas juga akan diberikan bantuan.

Walaupun tidaklah banyak mana, setidak-tidaknya, dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan di IPT.

 

Perlukan buat permohonan BPN untuk pelajar IPT?

Tidak perlu. Sila semak kelayakan anda seperti di bawah.

 

Kelayakan BPN untuk student IPT

Pelajar mestilah pemegang status Warganegara Malaysia.

Hanya layak jika berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di IPT berikut:

  • IPT yang berada di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • IPT yang berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS

Dan juga layak menerima bantuan jika berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di:

  • Institusi pendidikan yang setara dengan:
    • Tingkatan 6
    • Senior Middle 3,
    • Sijil Tinggi Agama (STAM)
    • Diploma Kolej Vokasional
    • Diploma dan setara institusi VET
    • Matrikulasi
    • Pengajian Asas (Foundation)
    • Asasi
    • A-Level
    • International Baccalaureate Diploma
    • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
    • Diploma Lanjutan
    • Sarjana Muda dan setaraf
    • Sarjana (Masters) dan setaraf
    • Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf
    • Serta kurus bertaran diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

 

Kami berpendapat, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Giat MARA, IKBN, ILP, kolej swasta, Kolej Profesional MARA juga layak.

 

Apa maksud pelajar status aktif?

Pelajar berstatus aktif ialah pelajar yang masih lagi belajar di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.

Ini bermakna, pelajar yang sudah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak layak menerima bantuan ini.

Pelajar yang sedang menjalani latihan industri, praktikal, internship atau work-based learning juga layak menerima bantuan ini.

Tidak dilupakan, pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada bulan Mei 2020 juga layak.

 

Siapa yang tidak layak BPN pelajar?

Pelajar Malaysia yang berada di luar negara tidak layak menerima BPN ini. Bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.

Pelajar yang telah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 tidak layak menerima bantuan ini kerana tidak lagi berstatus aktif.

 

Macam mana mahu buat semakan BPN pelajar dan status kelayakan?

Pelajar yang rasa layak, boleh semak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

Setakat ini, tidak diberitahu samada boleh buat semakan melalui online atau tidak.

 

Apa dokumen sokongan yang perlu disediakan?

Jika nama anda layak untuk menerima bantuan ini, sila sediakan dokumen berikut untuk urusan pemprosesan bantuan oleh pihak IPT:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata atau buku bank
  • Sertakan salinan penyata atau buku bank pada muka surat yang mempunyai nombor akaun bank
  • Nombor telefon bimbit
  • Email

 

 

Bila tarikh bayaran bantuan untuk student IPT?

Menurut siaran media dari Kementerian Kewangan Malaysia di sini, kementerian yang terlibat seperti KPT dan KPM akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak mulai hujung bulan April 2020 hingga Mei 2020.

 

Untuk semakan BPN pelajar, macam mana kalau tak ada akaun bank?

Bantuan akan disalurkan melalui akaun bank sahaja, bukan secara tunai.

Jika anda sebagai pelajar belum mempunyai akaun bank, sila buka akaun bank terlebih dahulu. Hanya akaun bank konvensional atau Islamik sahaja dibenarkan. Akaun Tabung Haji atau ASB/ASN tidak dibenarkan.

Bantuan yang diberikan ini mesti dimasukkan ke dalam akaun bank pelajar itu sendiri.

Adalah tidak dibenarkan untuk memasukkan bantuan melalui akaun ayah, ibu atau saudara mara.

 

Senarai universiti awam, layak BPN untuk student

Berikut ialah senarai universiti awam yang ada di Malaysia. Jika anda adalah salah seorang pelajar di sini, anda layak menerima bantuan. Semakan BPN pelajar boleh dibuat di pejabat IPTA masing-masing.

  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
  • Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
  • Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, Perlis
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan, Pahang
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi,Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, Terengganu
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
  • Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

 

Senarai universiti swasta, layak BPN untuk student

Berikut ialah senarai universiti swasta yang ada di Malaysia. Jika anda adalah salah seorang pelajar di sini, anda layak menerima bantuan. Semakan BPN pelajar boleh dibuat di pejabat universiti masing-masing.

  • Universiti Multimedia.
  • Universiti AIMST (AIMST), Bedong, Kedah
  • Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam, Selangor
  • Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Alor Setar, Kedah
  • Universiti HELP (HELP), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Nilai, Negeri Sembilan
  • Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR), Kelana Jaya, Selangor
  • Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia (DHU), Pekan, Pahang
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor
  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak
  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzamshah (UniSHAMS), Sungai Petani, Kedah
  • Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor
  • Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, Selangor
  • Universiti Perdana (PU), Serdang, Selangor
  • Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Petaling Jaya, Selangor
  • Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Selangor
  • Universiti Sunway (SYUC), Subang Jaya, Selangor
  • Universiti Taylor’s (TAYLOR), Subang Jaya, Selangor
  • Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Georgetown, Pulau Pinang
  • Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Cyberjaya, Selangor
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor
  • Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Petaling Jaya, Selangor
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak
  • Universiti UCSI (UCSI), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Universiti Nilai (NU), Nilai, Negeri Sembilan
  • Quest International University (QIU), Perak.

 

Senarai Politeknik, layak BPN

Berikut ialah senarai Politeknik yang ada di Malaysia. Jika anda adalah salah seorang pelajar di sini, anda layak menerima bantuan. Semakan BPN pelajar boleh dibuat di pejabat politeknik masing-masing.

  • Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
  • Politeknik Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan
  • Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, Sarawak
  • Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
  • Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor
  • Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • Politeknik Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka
  • Politeknik Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  • Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  • Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Sabak Bernam, Selangor
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
  • Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah, Pahang
  • Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak
  • Politeknik Balik Pulau, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan
  • Politeknik Nilai, Nilai, Negeri Sembilan
  • Politeknik Banting, Banting, Selangor
  • Politeknik Mersing, Mersing, Johor
  • Politeknik Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah
  • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh Johor
  • Politeknik Tawau, Sabah
  • Politeknik Metro Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
  • Politeknik Metro Johor Bharu, Johor
  • Politeknik Metro Kuantan, Pahang
  • Politeknik Metro Tasik Gelugor, Pulau Pinang
  • Politeknik Metro Betong, Serawak

 

Senarai Kolej Matrikulasi, layak BPN

Berikut ialah senarai Kolej Matrikulasi yang ada di Malaysia. Jika anda adalah salah seorang pelajar di sini, anda layak menerima bantuan.

  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Kolej Matrikulasi Kedah
  • Kolej Matrikulasi Perak
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Kolej Matrikulasi Johor
  • Kolej Matrikulasi Pahang
  • Kolej Matrikulasi Labuan
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Kolej Matrikulasi Selangor
  • Kolej Matrikulasi Kelantan
  • Kolej Matrikulasi Sarawak
  • Kolej MARA Kuala Nerang
  • Kolej MARA Kulim
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian

 

Masih tidak jelas?

Kami faham, pasti ada yang tidak jelas lagi dengan semakan BPN pelajar yang bernilai RM200 ini.

Oleh yang demikian, pelajar IPT adalah dinasihatkan untuk menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Uunit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran BPN RM200 ini.

Sila hubungi Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi seliaan yang bertanggungjawab.

Untuk pelajar IPT / IPTS

Sila hubungi Kementerian Pengajian Tinggi di sini:

  • 03-8870 6777
  • 03-8870 6949
  • 03-8870 6628
  • 03-8870 6623
  • 03-8870 6123

 

Untuk pelajar Matrikulasi, Tingkatan 6 dan setara

Sila hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini:

  • 03-8884 9383
  • 03-8886 6749
  • 03-8884 9325
  • 03-8884 9401

 

Untuk pelajar MARA

Sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini:

  • 03-8891 2078
  • 03-2613 2000 (MARA Call Center)

 

Untuk pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

Sila hubungi Kementerian Belia dan Sukan di sini:

  • 03-8871 3773
  • 03-8871 3434
  • 03-8871 3506

 

Untuk pelajar Diploma Kemahiran Malaysia

Sila hubungi Kementerian Pertanian dan Industri Asas di sini:

  • 03-8870 1663
  • 03-8870 1664
  • 03-8870 1307

 

Untuk pelajar diploma atau setara, termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas

Sila hubungi Kementerian Sumber Manusia di sini:

  • 03-8889 2359
  • 03-8886 2409
  • 03-8890 3404
  • 03-8886 2352
  • 03-8888 9111

 

Akhir kalam

Bantuan Prihatin Nasional untuk pelajar universiti

Kami sangat-sangat menyambut baik Bantuan Prihatin Nasional untuk pelajar pada kali ini. Jelas, kerajaan yang tidak membelakangkan golongan kategori pelajar.

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, kami harap anda bersabar atas dugaan ini. Sama-sama jaga perbelanjaan dan jangan terlalu boros berbelanja.

Bagi pelajar yang berkemampuan pula, kami harap anda dapat membantu rakan-rakan lain yang tersepit dan tidak mampu.

Sama-sama kita hadapi tahun 2020 yang mencabar ini.

Semoga perkongsian mengenai semakan BPN pelajar ini serba-sedikit dapat melegakan kerisauan anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • BANTUAN PRIHATIN NASIONAL UNTUK PELAJAR
  • bantuan prihatin pelajar
  • bantuan prihatin nasional pelajar
  • bantuan prihatin nasional untuk ipt
  • bpn pelajar
  • bpn untuk pelajar
  • pelajar ipt mohon bpn
  • senarai instiut pengajian tinggi yang mendapat bantuan rm200
  • bantuan bpn untuk pelajar
  • bantuan prihatin ipt

56 thoughts on “Semakan BPN Pelajar (Untuk Student IPT, Universiti, Politeknik)”

  1. Salam sejahteraTuan/Puan,

    Ini berkenanan Bantuan Prihatin Nasional Pelajar.

    Saya mendapati Universiti Antarabangsa Manipal (MANIPAL IU), Nilai, Negeri Sembilan tidak disenaraikan untuk Bantuan Prihatin Nasional.

    Saya berharap pihak berkenanan akan mempertimbangkan bantuan untuk kami.

    Sekian terima kasih.

    Reply
  2. Assalamualailum. Kmi dari cAseana international college Sabah Malaysia memerlukan bantuan. Kami tinggal di hostel tak dpt pulang kampung tanpa bantuan sesiapa. Saya dan beberapa orang pelajar disini memerlukan bantuan.

    Reply
  3. Segi university students need the help as well. Why not all IPT available for the application. This is unfair. Explanation needed.

    Reply
    • I don’t think this article is 100% right. My University isn’t listed as well lets just wait for the government to announce it soon 🙂

      Reply
  4. cuma listed uni sahaja ke yang menerima bpn. kalau utk yang belajar di kolej nk cek status permohonan macam mana? atau pada siapa kami patut tanya?

    Reply
  5. Adakah kami pelajar KV tidak berhak mendapat bantuan RM 200? Tambah2 lagi yang sedang menjalani latihan industri. Mohon mereka yang bertanggungjawab laporkan hal ini. Kami masih keliru status kami sendiri. Terima Kasih.

    Reply
  6. kami sebagai pelajar Kolej Vokasional, adakah kami (DVM/DKM) tidak berhak mendapat bantuan RM200? sedangkan kami juga pelajar yang berumur sekitar 18 – 20 tahun yang akan membuat projek yang memerlukan modal yang banyak dan juga latihan industri. Kami mahu tahu status kami dimana?, kami mengharap pihak tuan/puan pertimbangkan dan memperbincangkannya

    Sekian.

    Reply
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua…Saya mewakili Kolej Vokasional Segamat ingin bertanya, bantuan Rm200 bantuan prihatin pelajar tetapi kenapa untuk pelajar Vokasional yang menjurus ke alam diploma tidak dapat dan terkecuali untuk menerima bantuan tersebut….Kami memerlukan bantuan Rm200 untuk dapat menampung projek Tahun Akhir kami, ini kerana sukar untuk kami mencari wang dalam masa Pkp yg agak ketat…Disamping itu, Dikalangan kami ini ada yang menjalani praktikal ([email protected] Job Training) sukar untuk mereka mengumpul wang untuk kegunaan hari Konvokesyen dan sebagainya lagi. Disini saya berharap sangat,pihak atasan mempertibangkan bantuan kepada kami yang menjurus ke alam diploma. Akhir kata saya, saya memohon maaf jika terdapat salah kata dan silap bicara dalam komen ini…
    Assalamualaikum wbt

    Reply
  8. I want to ask regarding this bantuan pelajar rm200 applicable only to full time students or also for part time student?

    Reply
  9. Sy seorang single mother dan ada 2 org anak…Sy tidak boleh bekerja tetap sbb sy adalah penjaga ibu sy yg brumur 84 thun..Ibu sy ada penghidap penyakit darah rendah (Low blood)…Walaupun sy mmg bleh bekerja ttp sy sudah berhenti selama 10thun atas sbb sy tidak bleh tinggalkan ibu sy sendirian..Sy seorang freelance worker tp dsbb kan kegawatan skrg…sy langsung tiada pendapatan sampingan…Dimana sy boleh mohon? Sy baru saja mndapat bantuan dlm 2bulan ini dr JKM…Tp terusterang sy ingin beritahu mmg tidak cukup…Maaf kerana berterus-terang.Asdalamualaikum…

    Reply
  10. Why is New Era University College not in the list? Kami pelajar NEUC Amat memerlukan BPN Rm200 tersebut. Sekian, terima kasih.

    Reply
  11. Can she/he appeal/aduan if she/he just finished SPM but have got the offer letter before 31Mar20 to persue further study in collegue?

    Reply
  12. ASKUM. saya pelajar slc academy automotiv ingin bertanya adakah saya layak utk memohon bantuan prihatin nasional ipt.

    tq

    Reply
  13. yang korang comment banyak banyak tu dah kenapa? kan dah list pelajar ipts and ipta akan dapat, korang tunggu jelah ipt masing masing roger suruh bagi bank account apa yang kelam kabut sangat

    Reply
  14. Kata semua pelajar dapat lepastu kata kepada yang layak.. Macam mana tu kira tak adil lahh.. Kami yang Belajar di mana mana uni perlu dapat bantuan ni walaupun kami berkemampuan.. Kami sebagai pelajar perlu dapat bantuan ini dan bukannya kepada yang layak sahaja.

    Reply

Leave a Comment