Bantuan Prihatin Nasional M40 (Gaji RM4000 – RM8000)


Kami yakin, ramai yang berada di luar sana sedikit lega apabila Bantuan Prihatin Nasional juga diberikan kepada golongan M40. Asalkan menepati kriteria, iaitu pendapatan tidak lebih dari RM8000, anda layak untuk menerima bantuan ini.

Sedikit mengenai BPN

Sebelum kami berkongsi sedikit maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional M40, izinkan kami memberikan sedikit informasi berkenaan bantuan ini.

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion, untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.

Ini adalah bertujuan untuk bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19.

Alhamdulillah, golongan M40 juga tidak berkecuali.

BPN untuk golongan M40

Ini adalah kali pertama golongan M40 menerima bantuan dari kerajaan Malaysia. Sebelum ini, dengan adanya Bantuan Sara Hidup (BSH), ia hanya mensasarkan golongan B40 sahaja.

Walaupun M40 dikatakan golongan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi, mereka sebenarnya golongan yang terhimpit dan tersepit.

Dengan kebanyakan dari mereka bekerja di bandar, perbelanjaan untuk sekolah, anak, makan, sewa dan macam-macam lagi sebenarnya menghimpit ekonomi mereka.

Buat golongan M40, pada kali ini, berterima kasihlah kepada Perdana Menteri yang tidak menyisihkan kita buat kali ini.

 

Siapa golongan M40?

Bantuan Prihatin Nasional M40

Jika anda masih tidak tahu apa maksud M40, rujuk perincian di bawah:

  • M40 adalah satu nama lain atau kependekan bagi Middle 40
  • Middle 40, di mana itu Middle merujuk kepada golongan pertengahan
  • Middle 40, di mana 40 itu merujuk kepada 40 peratus rakyat Malaysia yang tergolong dalam kumpulan ini
  • Pendapatan isi rumah golongan M40 ialah antara RM4360 sehingga RM9619

 

Bantuan Prihatin Nasional M40 (Gaji antara RM4000-8000)

Berikut ialah beberapa kriteria yang melayakkan anda dikategorikan sebagai M40 untuk menerima bantuan ini.

  • Bantuan ini hanyalah untuk isi rumah dari RM4000 sehingga RM8000
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Jadi, walaupun definisi M40 itu sehingga gaji RM9619, golongan yang melebihi RM8000 tidak layak
  • Bantuan ini juga adalah untuk yang sudah berkahwin
  • Keluarga M40 ini akan menerima bantuan RM1000
  • Jumlah RM500 pada bulan April 2020
  • Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020

 

Pendapatan kasar bulanan mesti dalam julat  RM4000 – RM8000

Kami membuat andaian, bantuan ini akan mengikut panduan untuk mohon Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

Gaji RM4000-RM8000 yang dimaksudkan di sini, ialah gaji kasar.

Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak KWSP, SOCSO, EIS; dan juga apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain

Gaji bersih ialah apa yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan.

Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda.

 

Akhir kalam

Semakan Bantuan Prihatin Nasional M40

Kami sangat-sangat menyambut baik langkah kerajaan yang menyediakan bantuan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 ini, yang tidak membelakangkan golongan kategori M40.

Semoga perkongsian mengenai BPN M40 ini serba-sedikit dapat melegakan kerisauan anda.

Layari laman rasmi https://www.treasury.gov.my/ms/ untuk maklumat rasmi dan sahih.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bantuan sara hidup gaji kasar ke bersih

18 thoughts on “Bantuan Prihatin Nasional M40 (Gaji RM4000 – RM8000)”

  1. Selamat Sejahtera,
    Saya ingin mentanya, bagaimanakah saya boleh masuk untuk memohon bantuan Prihatin Nasional ini. Sebab, semasa saya ingin log in, ia tunjukan bahawa NRIC No. saya tak wujud. Sila beri tunjukan..Sekian Terima Kasih

    Reply
    • Hello saya nama lai cheshong nak bertanya.saya sudah dapat bantuan tapi senarai tertulis tertulis rm500 sedangkan saya terima cume rm 350 sahaja.lain tulis lain dapat.

      Reply
    • bagaimana ye jika saya nak dapatkan borang “Bantuan Prihatin Nasional M40 (Gaji RM4000 – RM8000)” sebab saya belum pernah bagi no account bank @ direct masuk ke dalam acc ?

      Reply
  2. saya pesara .Saya tidak pernah mendapat apa apa bantuan bsh.Adakah saya layak
    mendapat BPN jika pendapatan persaraan RM 6,800.00

    Reply
  3. Saya Berkerja sendiri pendapatan tidak menentu, saya tidak pernah memohon app-apa bantuan BSH sebelum ini. Saya ingin memohon kali ini bagaimana cara untuk memohon? Pohon pencerahan

    Reply
  4. Sya berkerja pemandu texsi ..selama ne tk pernah dpt bantuan apa pon ..sedang kn sya mempunyi anak oku pon masih tk layak dpt bantuan ……

    Reply
  5. Sya zuhairam bin ma’on
    Tanggungan sya 8 orng satu rumah sya peniaga kecil jdi sya mohon la sgt bpn sya dpt
    Amin

    Reply

Leave a Comment