Bantuan Prihatin Nasional Bujang (Gaji RM2000 – RM4000)


Kami yakin, ramai rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Bantuan Prihatin Nasional juga diberikan kepada golongan bujang. Tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan berumur 21 tahun dan ke atas, layak untuk menerima bantuan ini.

Langkau artikel ini untuk baca cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional.

Sedikit mengenai BPN

Sebelum kami berkongsi sedikit maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional bujang, izinkan kami memberikan sedikit informasi berkenaan bantuan ini.

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan akan memberikan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada semua golongan, termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pesara kerajaan, penjawat awam, pemandu Grab dan ramai lagi.

Ini adalah bertujuan untuk bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas dengan wabak Coronavirus COVID-19.

Golongan bujang juga tidak berkecuali.

BPN individu bujang

Bantuan Prihatin Nasional bujang

Sebelum buat pendaftaran, izinkan kami berkongsi, siapakah golongan bujang yang layak menerima bantuan ini.

Sila semak maklumat seperti di bawah.

Pastikan anda berada dalam golongan ini untuk melayakkan daftar untuk menerima bantuan.

 

Bantuan Prihatin Nasional bujang (Gaji bawah RM2000)

  • Untuk lelaki dan wanita bujang
  • Berumur 21 tahun ke atas sahaja
  • Khas untuk yang berpendapatan bawah RM2000
  • Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM800

 

Pendapatan kasar bulanan mesti bawah RM2000

Kami membuat andaian, bantuan ini akan mengikut panduan untuk mohon Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

Gaji RM2000 yang dimaksudkan di sini, ialah gaji kasar.

Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak KWSP, SOCSO, EIS; dan juga apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain

Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank anda.

Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda.

 

Bantuan Prihatin Nasional bujang (Gaji RM2000-RM4000)

  • Untuk lelaki dan wanita bujang
  • Berumur 21 tahun ke atas sahaja
  • Khas untuk yang berpendapatan dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Tidak layak untuk bujang yang mempunyai pendapatan RM4001 dan ke atas

 

Pendapatan kasar bulanan mesti antara RM2000 – RM4000

Kami membuat andaian, bantuan ini akan mengikut panduan untuk mohon Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

Gaji RM2000-RM4000 yang dimaksudkan di sini, ialah gaji kasar.

Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak KWSP, SOCSO, EIS; dan juga apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain

Gaji bersih ialah apa yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan.

Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda.

 

Akhir kalam

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional bujang

Kami sangat-sangat menyambut baik langkah kerajaan yang menyediakan bantuan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 ini, yang tidak membelakangkan orang bujang.

Bagi yang kurang berkemampuan, kami harap anda bersabar atas dugaan ini. Sama-sama jaga perbelanjaan dan jangan terlalu boros berbelanja. Beringat untuk masa mendatang. Berjimat dahulu, sebelum duit bantuan masuk dalam akaun bank.

Bagi yang mempunyai kemampuan pula, kami harap anda dapat membantu golongan yang tersepit dan tidak mampu. Semoga sedikit pertolongan yang kita berikan, menjadi asbab untuk Allah berikan rezeki yang lebih banyak lagi. Semakin kita memberi, semakin banyak Allah ganti.

Sama-sama kita tempuhi tahun 2020 yang mencabar ini.

Semoga perkongsian mengenai BPN bujang ini serba-sedikit dapat melegakan kerisauan anda. Jangan lupa untuk semak cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional, setelah selesai buat permohonan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • permohonan bantuan prihatin nasional
  • bantuan prihatin
  • bantuan prihatin national
  • bantuan prihatin nasional bujang

40 thoughts on “Bantuan Prihatin Nasional Bujang (Gaji RM2000 – RM4000)”

  1. Saya pernah mendapat BSH RM100 (bujang) semasa Pakatan Harapan ambil alih. Tapi untuk tahun 2019 saya tidak menerina dengan alasan tarikh penceraian saya tidak betul. Sedangkan sebelum Ini saya layak.
    Soalan saya Sekarang adakah saya patut memohon semula untuk bantuan perihatin national?

    Reply
  2. Kalau syarat ini betul, memang tak adil lah. Saya bujang dan berumur 27 tahun. Saya bekerja sendiri dengan mengambil upah. Jadi, saya tiada slip gaji dan upah yang saya terima adalah secara tunai. Diharapkan kerajaan meringankan syarat pekerjaan.

    Reply
  3. Saya faham apa yg rohani ckp.Maka BSH utk Bujang takderlah dan Bantuan Prihatian dia bagi RM 800.00.Tak adil.Hari itu dia org janji BSH bujang dia akan bayar RM 300.00 dan ikuti RM100.00 dan e-wallet RM50.00.

    Reply
  4. Saya bujang dan baru berusia 21 tahun tetapi masih belajar dan belum pernah memohon bsh kategori bujang. Adakah saya akan dapat jugakk??

    Reply
  5. saya berumur 20 tahun tetapi saya tidak layak dapat bantun ni ke ……saya juga berkerja di sebuah syarikat ….gaji saya turut menjejas….

    Reply
  6. Bagaimana jika baru hbis belajar berumur 21 thun
    Kerja hanya cod barang buat masa ini & pendapatan dibawah 2ribu ketegori bujang.Layakkah mohon?

    Reply
  7. Saya Bujang, gaji RM4400, tapi kenapa golongan bujang gaji >4000 x dapat… kalau mcm tu sye x dapat manfaat pon dari BPN ni 🙁

    Reply
  8. saya berumur 62 tahun warga emas tidak mempunyai perkerjaan yg tetap kini mengalami masaalah kewangan yg teruk sebab covid 19 sehingga kehidupan harian sy seperti peminta sedekah….sy mempunyai keluarga tetapi tidak bercerai kerana anak2 dan tak tinggal bersama. Kini layak ke sy memohon antara satu Skim bantuan BPN, atau BSH atau bantuan Prihatin Nasional …..

    Reply
  9. Saya sudah bersara masih bujang pendapatan dibawah rm2000 tetapi saya cuma lulus BPN hanya rm500 harap tuan beri penerangan?

    Reply
  10. Assalamualaikum.sy bujang nk tahu .sy b40 dpt rm 800.sy dh ambil rm500 di bsn cash.jd ada lg 300.sy cek kt online didapati sy tidak lulus.masalah nya knp mula2 mengatakan lulus 800.dh ambil 500.baki 300 tidak lulus.sy muskil.harap dpt beri penjelasan.

    Reply
  11. Assalamualaikum maaf nak tanya gaji saya bawah rm2000 tapi kenapa saya dapat bantuan bpn hanya rm500 ya?

    Reply

Leave a Comment