Terlalu banyak maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional di luar sana. Kami tahu, anda pun pening. Tak tahu nak baca yang mana satu.
Benar, panduan dari LHDN di bpn.hasil.gov.my memang ada.
Cuma ia agak sedikit terbatas.
Jadi, izinkan kami kumpulkan segala proses mengenai BPN dan menjelaskannya secara online di sini.
PENTING
Ini bukan BUKAN SALURAN RASMI untuk BPN.
Sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan maklumat yang lebih tepat.
Kitaran Bantuan Prihatin Nasional
Secara amnya, ramai yang tidak cakna dengan proses Bantuan Prihatin Nasional.
Untuk makluman, proses kitaran dari permohonan hingga ke bayaran BPN boleh diperincikan seperti di bawah:
- Permohonan BPN
- Kelayakan
- Daftar akaun
- Login
- Semakan BPN
- Semakan Status Permohonan
- Kemaskini BPN
- Rayuan BPN
- Semakan BPN
- Semakan Kelulusan
- Semakan BPN
- Semakan Status Pembayaran Fasa 1
- Semakan Status Pembayaran Fasa 1
- Tarikh pembayaran BPN
- Kaedah Pembayaran BPN
Jelas di sini, akan ada dua (2) kali semakan iaitu semasa permohonan dan pembayaran.
Kami jelaskan satu persatu.
Kandungan
Permohonan BPN
Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional
Pastikan anda berada dalam salah satu golongan ini untuk melayakkan untuk buat pendaftaran bagi menerima bantuan ini.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
- Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
- Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
- Jumlah RM500 pada bulan April 2020
- Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
- Khas untuk yang gaji bawah RM2000
- Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
- Jumlah RM500 akan diberi pada bulan April 2020
- Jumlah RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
- Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
- Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
- Jumlah RM250 akan diberi pada bulan April 2020
- Jumlah RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020
Cara daftar Bantuan Prihatin Nasional
Seperti yang dinyatakan di atas, jika status semakan BPN ialah TIADA REKOD, barulah perlu buat permohonan baru.
Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional adalah lebih mudah jika anda mendaftar akaun BPN.
Ikuti langkah untuk mendaftar BPN seperti di bawah. Langkau artikel ini untuk buat pendaftaran BPN 2.0 yang baru.
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
- Klik butang Permohonan Baru
- Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
- Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
- Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
- Kahwin
- Ibu Bapa Tunggal Balu / Janda / Dua Dan Mempunyai Anak
- Bujang
- Klik Teruskan
- Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
- Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
- Masukkan Nama Penuh anda
- Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
- Pilih Kata Kunci Keselamatan
- Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
- Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
- Antara soalannya ialah:
- Apakah tahun kelahiran ayah anda?
- Apakah tahun kelahiran ibu anda?
- Apakah warna kegemaran adan?
- Apakah makanan kegemaran anda?
- Apakah haiwan kegemaran anda?
- Apakah lagu kegemaran anda?
- Apakah buku kegemaran anda?
- Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
- Apakah sukan kegemaran anda?
- Apakah buah kegemaran anda?
- Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
- Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
- Klik Teruskan
- Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
- Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
- Klik Teruskan
- Isikan Kata Laluan
- Isikan Pengesahan Kata Laluan
- Klik Daftar
- Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
- Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.
Cara login Bantuan Prihatin Nasional melalui bpn.hasil.gov.my
Jika anda cuba log masuk melalui hasil.gov.my dan bsh.hasil.gov.my, pautan yang sebenar-benarnya ialah bpn.hasil.gov.my juga.
Untuk menentusahkan bahawa laman BPN yang anda cuba masuk adalah yang sah, pastikan anda nampak paparan seperti di bawah.
- Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang carian
- Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara CAPTCHA yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat tiga (3) status semakan yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
- Sebarangkan persoalan tentang status lulus atau tidak, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN untuk kepastian dan maklumat lanjut
Maklumat lanjut, sila baca cara login Bantuan Prihatin Nasional.
Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional
Sila pastikan proses pendaftaran BPN sudah berjaya terlebih dahulu.
Selepas itu, ikuti langkah untuk mohon BPN seperti di bawah.
- Klik Log Masuk
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
- Maklumat Pemohon
- Pengesahan
- Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
- Nama
- Nombor MyKad
- Jantina
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- No Telefon Rumah
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
- Nama anak
- No Kad Pengenalan anak
- Umur anak
- Status anak
- Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika anda belum daftar BPN, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
- Jika anda sudah daftar BPN seperti di atas, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
- Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
Maklumat lanjut, sila baca cara mohon Bantuan Prihatin Nasional.
Semakan BPN
Ini ialah cara buat semakan status permohonan BPN, bukan semakan pembayaran.
Semakan status permohonan BPN diterima
Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional samada diterima atau tidak.
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS:
Anda layak untuk terima duit BPN.
Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
Duduk diam-diam - Jika status TIDAK LULUS:
Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
Anda boleh buat rayuan BPN.
Tertakluk kepada kelulusan. - Jika status TIADA REKOD:
Anda layak untuk terima duit BPN.
Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
- Jika status LULUS:
Kemaskini BPN
Kemaskini Bantuan Prihatin Nasional TIADA REKOD (Pembayar cukai)
Langkau artikel ini untuk mengemaskini BPN 2.0 yang baru.
Seperti sedia maklum, jika status semakan anda ialah TIADA REKOD:
- Anda seorang pembayar cukai pendapatan
- Anda pernah bayar cukai pendapatan pada LHDN
- Anda perlu buat permohonan baru BPN.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang pembayar cukai, dalam permohonan baru BPN tidak akan ruangan untuk meletakkan nombor akaun bank bagi menerima bantuan BPN.
Sila ikuti langkah berikut untuk kemaskini BPN:
- Sila layari laman web rasmi ezHASIL LHDN: https://ez.hasil.gov.my
- Di bahagian Log Masuk, masukkan No Rujukan iaitu Nombor Pengenalan diri
- Nombor Pengenalan bukan MyKad sahaja. Ia termasuk juga:
- Nombor Kad Pengenalan Baru
- Nombor Pasport
- Nombor Tentera
- Nombor Polist
- Klik Hantar
- Akan keluar satu paparan Frasa Keselamatan “Frasa Keselamatan di bawah adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.”
- Pastikan Frasa Keselamatan adalah sama seperti yang didaftarkan sebelum ini.
- Jika sama, masukkan Kata Laluan anda
- Klik Teruskan
- Di bahagian menu atas, klik Profil
- Semak Maklumat Asas anda seperti:
- Nama
- No Rujukan
- No Cukai Pendapatan
- Alamat
- No Telefon
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Tidak perlu buat apa-apa di bahagian Sijil Digital Individu. Pastikan status sijil Sah sahaja.
- Klik e-Kemaskini Profil Diri untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional
- Akan keluar mesej “Sila tutup fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda”
- Tekan Close
- Matikan fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan lain-lain. Sila buat carian di Google. Contohnya jika guna Chrome, cari “how to turn of pop-up blocker in Chrome”.
- Anda akan dibawa ke satu paparan yang baru
- Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan seperti:
- Nama
- No Rujukan
- No Cukai Pendapatan
- Alamat
- No Telefon
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Bank
- No Akaun Bank
- Klik Hantar
- Proses kemaskini anda kini sudah selesai
Cara kemaskini BPN LULUS (Penerima BSH) #2
Perkongsian ini adalah dari komen pembaca Rakyat Prihatin.
Buat masa ini, memang tidak ada butang kemaskini.
Pemohon perlu kemaskini maklumat pada laman web https://bpn.hasil.gov.my
Cara-cara:
- Isi Nombor Kad Pengenalan
- Klik butang Rayuan
- Isi maklumat terbaru
- Kemudian e-mel kepada [email protected] dan [email protected]
Rayuan BPN
Cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional TIDAK LULUS (sudah daftar)
Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda layak untuk buat rayuan BPN.
Perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda sudah mendaftar dan boleh log masuk.
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
Cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional TIDAK LULUS (belum daftar)
Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda dibenarkan dan layak untuk buat rayuan BPN.
Berbeza dengan mereka yang sudah mendafatar, perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda belum lagi mendaftar BPN. Ini bermakna anda belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Log Masuk.
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
- Jika belum daftar ID Pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
- Klik butang Daftar Akaun
- Jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan
- Hanya ada dua (2) soalan sahaja yang perlu dijawab
- Setelah berjaya menjawab Soalan Keselamatan tadi, anda dikehendaki memelih lima (5) soalan Frasa Keselamatan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk
- Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna
- Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk digodam ialah yang berwarna hijau
- Selepas selesai pendaftaran akaun BPN, klik butang Log Masuk
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
- Paparan Maklumat Pemohon dan Pengesahan akan dipaparkan
- Kemaskini Maklumat Pemohon jika ada
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
Sekali lagi, cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional ini adalah untuk yang TIDAK LULUS sahaja. Jangan terlalu bersedih dengan status TIDAK LULUS.
Ada peluang merayu, kita merayu dahulu.
Kami yakin kerajaan telah membuat pemilihan yang sewajarnya. Namun, ada kalanya nama kita terlepas atas sebab-sebab tertentu.
Jika anda mahu penjelasan yang lebih lanjut atau mengalami masalah untuk buat rayuan, kami cadangkan anda hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN seperti di bawah.
Semakan kelulusan BPN
Ini ialah cara buat semakan status kelulusan BPN.
Semakan kelulusan permohonan BPN
Berikut ialah cara untuk semak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional.
Lebih kurang sama sahaja untuk semak permohonan samada diterima atau tidak.
Yang penting di sini, perlu nampak status LULUS
- Klik portal BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Pergi ke bahagian Semakan Status
- Isikan Nombor MyKad anda
- Tekan butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Tekan butang Semak
- Tunggu beberapa ketika
- Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS:
Anda layak untuk terima duit BPN.
Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
Duduk diam-diam - Jika status TIDAK LULUS:
Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
Anda boleh buat rayuan BPN.
Tertakluk kepada kelulusan. - Jika status TIADA REKOD:
Anda layak untuk terima duit BPN.
Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
- Jika status LULUS:
Semakan BPN (Pembayaran)
Semakan Status BPN bagi Pembayaran Fasa Pertama
Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Abaikan sahaja tulisan BSH 2020 itu
- Ini adalah semakan BPN juga
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Harap bersabar jika belum ada apa-apa maklumat
- Sila buat semakan seterusnya di lain hari
Untuk maklumat lanjut, sila baca semakan pembayaran BPN.
Tarikh Bayaran BPN
Tarikh baru bayaran Bantuan Prihatin Nasional
Pengumuman pada sidang media oleh Menteri Kewangan baru-baru ini memberitahu bahawa bantuan BPN akan disalurkan pada:
Tarikh: Mulai 6 April 2020
Hari: Isnin
Bayaran BPN ini adalah secara berperingkat di mana tidak semua penerima akan menerima duit BPN pada tarikh yang sama.
Ada yang bakal dapat awal, ada yang akan lambat lambat.
Untuk maklumat lanjut, sila baca tarikh bayaran BPN.
Kaedah Pembayaran BPN
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
Pembayaran BPN bagi pedalaman Sabah dan Sarawak
Kaedah pembayaran BPN akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak.
Pembukaan kaunter ini akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia.
Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Jumlah amaun pembayaran BPN
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM1600.
- Amaun RM1000 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM600 akan diberi pada bulan Mei 2020
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM1000.
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM800.
- Amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM500.
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Untuk maklumat lanjut, sila baca cara pembayaran BPN.
Akhir kalam
Kami berharap agar panduan ini benar-benar lengkap dan menjawab segala persoalan mengenai BPN.
Semoga bermanfaat.
Saya menghadapi masalah untuk mengemaskini butir-butir pemohon. Saya ingin menolong kawan saya. Beliau telahpun memberi butir-butir peribadi beliau. Mohon bantuan.
Sekian, terima kasih
Sy dh hantar borang cara online,,bila sy semak mngatakan permohonan Sudan diterima,,DLM 3 hr sy buat semakan mngatakan tiara rekod pulak,,APA kah sy harus dtg pej LHDN utk kepastian,,TQ,,hrp maklum
Bujang 2019 xdpt bsh,bpn 2020 6hb dpt 500
Bujang dr awal brim smpai bsh2020…smpai hr khamis 9hb xdpt lg…..camne Cara bayar peringkat ……org dh abih pakai,yg ni dok tnggu lg………camne ha?
Sy dh lulus… Tp byran status bujang… Bila check mmg bujang…mcmn nk kemas kini bgth dh kawin yer
Salam
Saya dan anak2 atas 21 baru daftar BPN tapi status
“PERMOHONAN DI TERIMA” sampai hari ni tak tahu di LULUS atau TIDAK LULUS.. Daftar dari 2hb April
sama la kak
Kenapa emak saya menerima keseluruhan rm800 sahaja?
Xbekerja dpt bantuan kebajikan menyara 2 cucu yatim piatu
saya masih belum terima apa-apa bayaran
ID No 680410105350
Saya ada masalah dgn soalan yg diberikan bila hendak mendaftar,
‘Poskod yg didaftarkan’ segala jenis poskod saya masukkan semua nya salah.
Saya belum terima apa apa bayaran no ID saya 970728135715. Setiap kaki saya check masih dalam proses.
saya chanthiriga a/p Dorai Mahalingam
saya belum terima apa-apa bayaran dari prihatin saya sebagai ibu tunggal
permohonan saya tidak layak Duplikasi.
cuba terangkan dimana kesilapan itu dan dimana saya harus mendapat borang rayun.
ID saya 630902125037. tkasih
Gaji saya bawah 4000 sepatutng saya b40 kenapa saya dapat m40. Lagipun saya ibu tunggal..kenapa saya ditolak ke m40??