Bantuan PPN 2021 (Pelan Pemulihan Negara, Untuk Rakyat )

Bantuan PPN 2021 (Pelan Pemulihan Negara, Untuk Rakyat )

Bagi yang sudah terima BSH, BPN dan BPR, pasti tertunggu-tunggu bantuan seterusnya. Dikhabarkan bahawa kerajaan mungkin akan memberi bantuan PPN, namun masih belum ada butiran lanjut berkenaan bantuan ini.

Bantuan PPN masih perlukan kajian lanjut

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk terus membantu rakyat dan juga peniaga mengharungi cabaran semasa musim pandemik dan PKP ini, kajian lanjut akan dilakukan.

Seperti sedia maklum, PPN dijalankan secara berfasa. Ini adalah penting supaya kita semua dapat mencapai indikator yang ditetapkan dan beralih ke fasa selanjutnya.

 


Termasuk moratorium automatik 3 bulan?

Tidak, moratorium ini tidak termasuk dalam bantuan PPN.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, mereka yang terkesan boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Beliau juga berharap agar sektor perbankan mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan pendapatan.

Boleh rujuk cara memohon moratorium Maybank.

 


Jadi, ada bantuan PPN atau tidak?

Setakat ini, kami tidak menerima apa-apa berita samada ada bantuan ini berbentuk tunai atau tidak.

Walau bagaimapun, kami akan kemaskini sekiranya menerima maklumat baru.

 

Sumber: Sinar Harian

Leave a Comment