Bantuan Pemandu Bas Sekolah (RM600 Sebulan)


Kepada semua pengusaha atau driver-driver van dan bas sekolah sekelian, jangan rasa tertekan dan terkesan sangat dengan wabak pandemik Coronavirus Covid-19. Kerajaan masih lagi peduli dengan menyediakan Bantuan Pemandu Bas Sekolah yang bernilai RM600 sebulan.

Sedikit mengenai Bantuan Pemandu

Bantuan ini hanya akan diberikan kepada pemandu-pemandu bas sekolah di seluruh negara yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar.

Kerajaan telah meluluskan bantuan khas berjumlah RM600 kepada setiap seorang membabitkan seramai 35,000 pemandu bas sekolah yang layak di seluruh negara dengan peruntukan berjumlah RM21 juta.

Peruntukan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 27 Mac 2020 yang lalu sebagai usaha kerajaan menangani krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19.

Syarat dan kelayakan bantuan khas RM600 sebulan

Kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi perlaksanaan bantuan khas pemandu sekolah adalah seperti berikut:

  1. Pemandu mesti mempunyai lesen PSV yang sah
  2. Pemandu juga mesti memandu kenderaan yang dimiliki oleh pengusaha bas yang berdaftar dengan APAD pada atau sebelum 31 Disember 2019
  3. Pihak pengusaha van dan bas sekolah mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Permohonan ini hanya dibenarkan maksima dua pemandu sahaja ke atas setiap kenderaan bas sekolah. Ini bermakna, satu kenderaan layak untuk memohon bantuan bagi pemandu dan pemandu ganti sahaja.
  5. Bantuan ini hanya akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang belum pernah menerima bantuan khas untuk pemandu eHailing, teksi dan bas persiaran.
  6. Jika anda adalah pemandu bas sekolah di bawah Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri (GLC), anda tidak layak dan dikecualikan daripada menerima bantuan agi fasa ini.

 

Cara mohon Bantuan Pemandu Bas Sekolah

Berikut ialah cara untuk buat permohonan dan semakan secara online:

  1. Layari laman web rasmi APAD di sini: http://prihatin.apad.gov.my/lamanbas
  2. Sila baca dan fahamkan maklumat yang terpapar
  3. Seterusnya, klik butang Setuju
  4. Anda kini berada di bahagian Semak Kelayakan Syarikat
  5. Masukkan nombor lesen pengendali untuk menyemak kelayakan syarikat
  6. Tekan butang Semak

 

Bayaran Bantuan dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Untuk makluman, bayaran Bantuan Pemandu Bas Sekolah ini bukanlah dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Kaedah pembayaran akan diumumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), iaitu agensi di bawah MOT yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan tersebut.

Semakan bayaran bantuan ini dijangka akan dilakukan pada 18 Ogos 2020.

Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada pengumuman rasmi. Kami akan kemaskini laman ini sejurus mendapat maklumat terkini.

 

Akhir kalam

Kementerian Pengangkutan (MOT) juga telah mencadangkan supaya peruntukan tambahan diberikan kepada pengusaha van dan bas sekolah yang terkesan semasa pelaksanaan PKP.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi samada peruntukan tambahan ini diluluskan.

Apa-apa pun, bagi pengusaha bas dan van sekolah yang menerima bantuan ini, panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah.

Bagi yang tidak menerima bantuan untuk pemandu bas sekolah kerana tidak memandu kenderaan dari pengendali bas berdaftar, tidak perlu bersedih. Selepas ini, berusahalah untuk mendaftar supaya menjadi pemandu yang berdaftar.

Diharapkan agar perkongsian bantuan sebanyak RM600 sebulan ini dapat menceriakan abang-abang driver di luar sana.

Semoga bermanfaat.


13 thoughts on “Bantuan Pemandu Bas Sekolah (RM600 Sebulan)”

  1. Web site apad ibu pejabat tunjuk error. Dah tiga hari saya try access. Tak boleh. Boleh beri penjelasan. Cuma mahu semaknya lulus atau tidak.

    Reply

Leave a Comment