Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2020 (Semakan & Permohonan)


Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini adalah khas untuk pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Mereka akan menerima bantuan sekali sebanyak RM500 setiap seorang daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Jika ada ada memohon sebelum ini, rujuk perkongsian di bawah untuk buat semakan.

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2020

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my.

Berikut ialah cara untuk semak samada lulus atau tidak permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)  ini:

  1. Layari laman web rasmi RISDA di sini: http://webapp3.risda.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Semak
  4. Lihat status permohonan bantuan

 

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Bagi yang tidak tahu, permohonan bantuan ini adalah secara manual. Ini bermakna, tidak ada cara mohon secara online. Anda harus menghadirkan diri ke pejabat RISDA yang berhampiran.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon bantuan di semua pejabat RISDA yang berhampiran:

  1. Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
    • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
    • Geran asal tanah dan salinan; dan
    • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  2. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
    • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
    • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
    • Salinan Kad PAT-G; dan
    • Salinan buku akaun bank yang aktif.

 

Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA

Seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Kadar BMT 2020 RISDA

Kadar Bantuan Musim Tengkujuh 2020 adalah RM500 dan ini akan dibayar sekali sahaja.

 

Apa maksud Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha?

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

 

Apa maksud Penoreh Bukan Pemilik?

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

 

Apa maksud Pemilik Tanah Yang Sah?

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

 

Apa maksud “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?

  • Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
  • Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
  • Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.

 

Akhir kalam

Bantuan Musim Tengkujuh 2020

Kami menyambut baik usaha kerajaan yang memberikan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini.

Kami berpendapat, langkah kerajaan ini adalah bertujuan agar kebajikan pekebun kecil terus terpelihara pada musim tengkujuh.

Bagi yang bertuah, berjimatlah. Jangan terlalu membazir dengan berbelanja yang bukan-bukan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • Bantuan musim tenkujoh
  • Bantuan Pekebun Kecil Getah
  • cara isi borang bantuan musim tengkujuh
  • cara memohon bantuan risda
  • RISDA BANTUAN MUSIM TENGKIJUH 2020
  • semak bmt risda 2020
  • semak e bmt 2020
  • skim bantuan pekebun getah
  • webapp3 risda gov my

Leave a Comment