Pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang bantuan khas kerajaan Majlis Agama Islam iaitu bantuan MAIDAM (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu). Artikel ini kami tujukan khas kepada golongan pelajar yang memerlukan bantuan khusus untuk meneruskan kehidupan seperti bantuan kewangan untuk sambung belajar dan sebagainya.
Syarat kelayakan bantuan IPT MAIDAM
Antara syarat-syarat kelayakan bantuan awal untuk institusi pengajian tinggi adalah:
- Pemohon adalah rakyat Terengganu ataupun bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang daripada 3 tahun sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama islam dan telah mencapai usia baligh.
- Pemohon perlu menyediakan pengesahan mastautin sekiranya mereka bukan rakyat Terengganu namun telah lama menetap di Terengganu.
- Telah diterima belajar di Insitusi Pengajian Tinggi.
- Pemohon tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergaji atau bekerja.
Kandungan
Cara buat permohonan bantuan IPT MAIDAM
- Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web MAIDAM http://www.espmb.com/maidam_zakat
- Isi semua maklumat peribadi anda yang diperlukan seperti nama dan kad pengenalan anda.
- Setelah selesai, anda perlu mencetak borang pengesahan permohonan tersebut.
- Sekiranya borang permohonan dan dokumen salinan anda tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan anda tidak akan diproses.
- Penghantaran cetakan borang permohonan beserta dokumen berkaitan perlu dibuat sebelum atau pada 15 April 2021 untuk tujuan pemprosesan permohonan dan diserahkan kepada Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Semakan borang permohonan bantuan MAIDAM
Untuk membuat semakan MAIDAM pula, ikut langkah di bawah:
- Layari laman web rasmi MAIDAM di sini: www.espmb.com/maidam zakat/
- Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan anda boleh semak status.
Lain-lain bantuan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
Berdasarkan pengamatan kami, terdapat beberapa lagi bantuan pelajar yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu iaitu:
- Bantuan Awal Pengajian Tinggi
- Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi
- Tambahan Duit Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi
- Bantuan Tiket Kapal Terbang Balik Dari Belajar
- Bantuan Sekolah MAIDAM
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing:
- Kuala Terengganu 09-630 30 30
- Marang 09-618 33 17
- Hulu Terengganu 09-681 78 09
- Dungun 09-845 28 10
- Kemaman 09-859 45 45
- Setiu 09-609 03 07
- Besut 09-697 53 23
- Kerteh 09-826 64 63
- Kuala Nerus 09-662 2910
Sebarang pertanyaan lain, boleh dikemukan kepada:
- Telefon: 09-6223-500
- E-mail: [email protected]@gov.my