Semakan Bantuan Khas Aidilfitri 2020 (Penjawat Awam & Pesara)


Memang beruntung sangat jadi penjawat awam dan juga pesara kerajaan. Di saat pekerja swasta bertarung untuk meneruskan kehidupan, mereka diberikan rezeki oleh Allah. Tahun ini, akan disediakan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 (untuk kakitangan kerajaan) dan RM250 (untuk pesara) yang diberikan sekali sahaja atau one-off.

Bantuan ini diberikan untuk menghargai sumbangan penjawat awam dan pesara kerajaan kepada negara.

Seperti BPN untuk penjawat awam, kerajaan akan memberikan bantuan tunai ini kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah,  termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Bantuan tunai ini juga diberikan kepada hampir 800 ribu pesara kerajaan.

Tarikh bayaran Bantuan Khas Aidilfitri

Bagi yang layak, apa yang lebih penting ialah bila tarikh bayaran Bantuan Khas Aidilfitri bukan?

Berikut ialah tarikh Bantuan Khas Aidilfitri:

  • Hari: Rabu
  • Tarikh: 20 Mei 2020

 

Semakan Bantuan

Anda tidak perlu buat semakan apa-apa untuk menyemak kelulusan atau tidak. Sila lihat kelayakan yang diumumkan melalui pekeliling.

Duit bantuan ini akan masuk ke dalam akaun bank masing-masing secara automatik.

 

Kelayakan

Bantuan Khas Aidilfitri

Menurut pekeliling oleh JPA, berikut ialah golongan yang layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2020

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service
  2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
  3. Pegawai yang bercuti separuh gaji.
  4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
  5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Untuk pesara kerajaan pula:

Bantuan Khas Aidilfitri ini akan diberikan kepada pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 20 Mei 2020.

Ini adalah di bawah undang-undang pencen dan bantuan ini akan dibayar sebanyak RM250 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2020 juga diberikan kepada:

  1. Guru Interim
  2. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971
  4. Pekerja Sambulan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Berikut pula ialah golongan yang tidak layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2020

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangki, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020; dan
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020.

 

Akhir kalam

Di saat kakitangan awam masih lagi mendapat gaji penuh tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Coronavirus COVID-19 yang melanda, jangan dilupakan orang yang susah untuk meneruskan kehidupan.

Ramai pekerja swasta yang kais pagi makan pagi dek dibuang kerja. Tidak tahu nasib selepas PKP nanti.

Banyak-banyakkan bersyukur.

Sedikit kita bersyukur, Allah akan beri nikmat lagi.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment