Jika anda salah seorang rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), boleh dapatkan bantuan IPT MAIK secara online.
Mohon izin kami kongsikan langkah-langkahnya.
Kandungan
Permohonan bantuan IPT MAIK
Menerusi pembacaan kami, berikut ialah cara untuk isi borang permohonan secara online bagi bantuan IPT MAIK:
- Layari laman web rasmi MAIK di sini: http://ipt-online.e-maik.my/frmlogin.aspx
- Anda kini berada di muka depan SISTEM PERMOHONAN BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSITUT PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (IPT)
- Klik butang Pengisian Borang Permohonan
- Masukkan butir-butir peribadi pemohon seperti berikut:
Peringkat Pengajian
Nama Penuh
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Passowrd
Nombor Surat Beranak (Bagi yang tidak mempunyai Kad Pengenalan)
Nombor Akaun Bank Pemohon (BIMB dan BSN sahaja)
Umur
Warganegara
Jantina
Tarikh Lahir
Bangsa
Taraf Perkahwinan
Keadaan Fizikal
Yatim
Jajahan
Daerah
Mukim Masjid Tempat Tinggal
Alamat RUmah
Nombor Telefon
E-mel
Jenis Rumah Kediaman - Masukkan butir-butir tambahan pemohon mualaf seperti berikut:
Tarikh Memeluk Islam
Tempat Memeluk Islam
Nombor Sijil Akuan - Masukkan butir-butir pengajian untuk bantuan IPT MAIK adalah seperti berikut:
Nama Institusi
Alamat Institusi
Status Pengajian
Bidang Pengajian
Bidang Pengajian
Tempoh Pengajian
Alamat Kediaman Semasa Pengajian
Pernahkah anda mendapat bantuan dari Pejabat ini?
Sebab-sebab bantuan diperlukan
Jumlah Yang Dipohon (Dalam Ringgit Malaysia)
Bantuan yang diterima dari agensi lain, sila nyatakan: - Masukkan butir-butir ibu bapa penjaga lelaki / perempuan seperti di bawah:
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Kad Pengenalan Lama
Umur
Nombor Telefon
Pekerjaaan
Alamat
Pendapatan Kasar
Nama Majikan
Alamat Majikan
Nombor Telefon Pejabat
Bilangan Tanggungan - Masukkan butir-butir tanggungan ibu bapa / penjaga yang masih dalam tanggungan bagi bantuan IPT MAIK adalah seperti di bawah:
Nama
Hubungan
Umur
Belajar/Tidak Belajar
Darjah/Tingkatan/Pekerjaan - Masukkan butir-butir anak-anak ibu bapa / penjaga yang sudah berkeluarga dan bukan tanggungan seperti di bawah:
Nama
Umur
Pekerjaan
Pendapatan Bulanan
Bilangan Tanggungan - Tekan butang Hantar
Semakan IPT MAIK
Berikut pula ialah cara untuk buat semakan IPT MAIK bagi yang telah buat permohonan secara online sebelum ini:
- Layari laman web ini: http://ipt-online.e-maik.my/frmsemaklogin.aspx
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Masuk
Syarat permohonan bantuan IPT Majlis Agama Islam Kelantan
Berikut ialah antara kriteria yang perlu dipenuhi untuk mohon bantuan IPT MAIK:
- Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
- Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
- Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.
- Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
- Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
- Pendapatan keluarga yang rendah.
- Tiada harta yang ekonomik.
- Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
- Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
- Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.
Dokumen yang diperlukan MAIK
Berikut pula ialah dokumen yang diperlukan dalam permohonan bantuan IPT MAIK ini:
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
- Salinan Surat Tawaran IPT.
- Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
- Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
- Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
- Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
- Salinan Slip pencen sekiranya bersara.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian bantuan IPT MAIK ini dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu di menara gading.
Manfaatkanlah bantuan yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan ini. Bila sudah dapat bantuan, jangan pula membazir dengan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Gunakanlah untuk makan dan barang-barang untuk belajar. Semoga dimurahkan rezeki semua pelajar di IPT.
Semoga bermanfaat.
kalau semua dah lengkap dan borang di hantar mengikut syarat,tapi mengapa permohonan tidak layak?