Ramai pemandu e-Hailing di luar sana yang terkesan dan terjejas teruk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Coronavirus COVID-19. Jadi, dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju memberikan bantuan e-Hailing BPN dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memberi kelegaaan kepada semua pemandu.
Bukan hanya diberikan kepada pelajar dan penjawat awam, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada 120,000 orang pemandu e-hailing secara one-off dengan peruntukan sebanyak RM 60 juta.
Kandungan
Bantuan e-Hailing BPN
Kelayakan Bantuan e-Hailing BPN
Jika anda mahu dapatkan bantuan ini, sila lihat kelayakan terlebih dahulu.
- Hanya untuk pemandu e-Hailing sepenuh masa
- Warganaegara Malaysia
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV) masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kenderaan yang dipandu mestilah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-Hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1200, iaitu bayaran tambang kasar, berdasarkan jumlah kutipan tambang untuk tiga bulan berturut-turut.
- Untuk melayakkan dapat bantuan e-Hailing BPN, tiga bulan berturut-turut ialah pada bulan November 2019, Disember 2019 dan Januari 2020
- Tidak menerima sebarang bantuan untuk pemandu teksi iaitu sebanyak RM 600 di bawah Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020
- Sekiranya memiliki pendapatan bulanan kurang dari RM 1200, pemandu tersebut boleh membuat rayuan di portal rasmi APAD mulai bulan Mei 2020
- Setiap pemandu e-hailing hanya layak mendapat satu bayaran insentif sahaja walaupun telah mendaftar dan memandu untuk 2 syarikat e-hailing yang berbeza.
- Jadi, skiranya pemandu e-hailing telah menerima bantuan insentif RM600 bagi pemandu teksi sebelum ini, mereka tidak layak untuk menerima insentif RM500 ini.
Senarai e-Hailing Operator di Malaysia
Untuk makluman, bantuan e-Hailing BPN ini bukan hanya pemandu e-Hailing Grab dan MyCar sahaja.
Menurut portal rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), berikut ialah senarai e-Hailing Operator (EHO) yang berdaftar pada 2019.
Ini bermakna, mana-mana pemandu yang bernaung di bawah syarikat e-Hailing seperti yang tersenarai di bawah layak untuk menerima bantuan RM500.
No | Nama Aplikasi e-Hailing | Nama Syarikat e-Hailing |
1 | Maxim | Aist Malaysia Sdn Bhd |
2 | Firstone | Alam Asset Management & Consultancy Sdn Bhd |
3 | GoJo | Asian Famous Tours & Travel Sdn Bhd |
4 | Big Blue Customer | Big Blue Capital (M) Sdn Bhd |
5 | BitCar | BitCar (M) Sdn Bhd |
6 | Taxi Go | Cab Mmobility Sdn Bhd |
7 | Unid | Cubiqsoft Sdn Bhd |
8 | Dob | Db Network Sdn Bhd |
9 | Diffride | Diff Global Solutions Sdn Bhd |
10 | Dacsee | Dmd Technology Sdn Bhd |
11 | Eazi Car | Eazi Car Sdn Bhd |
12 | Eevom | Eevom Sdn Bhd |
13 | Ezcab | Ezcab Sdn Bhd |
14 | Faszz | Faszz Technology (M) Sdn Bhd |
15 | Gabir Malaysia | Gabir E-hailing Holding |
16 | Drivegth Wewejourney | Global Transportation Network Sdn Bhd |
17 | eLIMO | GoGlobal Empire Travel & Tours Sdn Bhd |
18 | Grab | Grabcar Sdn Bhd |
19 | Firecab | H2h Eservices Sdn Bhd |
20 | Cioaz | Ideal Technology Advancement Sdn Bhd |
21 | Kwikride | Kwikride Sdn Bhd |
22 | Mann Go | Mann Ventures Sdn Bhd |
23 | Mula | Mula Car (M) Sdn Bhd |
24 | Che | My Leisure Tour & Travel Sdn Bhd |
25 | Nuc | Neo Urban Consolidated Sdn Bhd |
26 | Pickngo | Pick N Go Sdn Bhd |
27 | Pickup2u | Pick Up Holding |
28 | Mycar | Platform Apps Sdn Bhd |
29 | CPUT | Pok Din Autoparts Sdn Bhd |
30 | Get Car | Powerful Travel And Tours Sdn Bhd |
31 | JB Ride | Public Cab Sdn Bhd |
32 | Linkz | Pure Ride Sdn Bhd |
33 | Riding Pink | Riding Pink |
34 | I Cabbi | Robust Universal (M) Sdn Bhd |
35 | Mygo | Sackz Exclusive Sdn Bhd |
36 | Texspo | Texspo Technology Sdn Bhd |
37 | Pisang | Tonggak Niaga Sdn Bhd |
38 | My2sg | Travelers Tours Malaysia Sdn Bhd |
39 | Tune Travel | Tune Travel Sdn Bhd |
40 | Tutucars | Tutucars Sdn Bhd |
41 | Jomrides | Usga (Malaysia) Sdn Bhd |
42 | Ridez | Vertex Technology Solution Sdn Bhd |
43 | Frenzt | Wekaotim Sdn Bhd |
44 | Zeppon | Zepp On Sdn Bhd |
45 | IQOL | TGT Automotive Solution Sdn Bhd |
46 | Teksiku | Mysuri Biz Technologies Sdn Bhd |
Pembayaran bantuan e-Hailing
- Tarikh bayaran bantuan e-Hailing BPN ini akan mula diberikan pada 20 April 2020
- Seperti diberitahu dalam syarat kelayakan di atas, bantuan RM 500 hanya untuk para pemandu e-hailing sepenuh masa
- Bantuan ini tidak dibayar secara terus kepada pemandu e-hailing
- Sebaliknya, bantuan e-hailing ini akan disalurkan kepada pihak pengurusan e-Hailing Operators (EHO).
- Ini bermakna, jika anda pemandu e-hailing Grab, pihak pengurusan Grab yang akan membuat pengagihan bantuan kepada pemandu layak
- Para pemandu e-hailing boleh membuat semakan kelayakan dengan EHO masing – masing.
- Jika nama anda tidak tersenarai sebagai penerima, tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan, anda juga boleh memaklumkan kepada pihak pengurusan EHO masing – masing
- Seterusnya, pihak EHO perlu mengemukakan nama anda kepada APAD
Akhir kalam
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan kerana tidak jelas dengan maklumat yang diberi, anda boleh hubungi talian Kementerian Pengangkutan Malaysia di 1-800-88-7723.
Diharapkan agar perkongsian bantuan e-Hailing BPN ini dapat mengurangkan kerisauan anda dengan pendapatan yang terjejas.
Semoga bermanfaat.
Saya grabdriver ehailing yang memenuhi 10 syarat bpn, bagaimana saya nak buat rayuan bpn ehailing, kerana saya belum menerima bantuan tersebut hingga kini. grab company sarankan saya buat rayuan kepada APAD. Terima kasih
saya pun pemandu sepenuh masa dengan grabcar tapi bila cek dengan lpkp saya tak layak menerima bantuan untuk e-hailing.
Saya pemandu GRAB ehealing belum dpt Bantuan BPN healing.. sy minta penjelasan dar tuan berkenaan tersebut.
Saya Pemandu Grab yang dikategorikan sebagai LAYAK untuk menerima Bantuan RM500 E-Hailing. Permasalahannya, sehingga sekarang masih belum terima bantuan berkenaan dan tiada satu ketetapan tarikh untuk pembayaran tersebut. Sila jelaskan apa permasalahan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih.
Hi saya pemandu mycar full time tapi saya Check status saya dapati tidak layak. Dan saya Minta penjelasan kepada pihak apa sebab saya tidak layak dapat bantuan Ehailing.. Sekian Terima kasih
Saya belum dapat bpn e hailing rm500, kawan yang lain dapat bantuan kenapa berbaloi???
Yang menyedihkan
Hai saya pemandu grab saya maseh belum dapat bantu bpn untok ehailing mohon penjelasan dulu saya pandu kereta lain tapi sekarang saya pandu kereta lain ada kah kerana saya tukar kereta dan evp saya pun yang baru meyebab kan saya tak layak
Saya ingin membuat rayuan bantuan ehailing BPN yg sehingga kini Saya masih belum menerima
Hai saya pemandu grab saya maseh belum dapat bantu bpn untok ehailing