Bantuan Bil Elektrik Percuma BPE PRIHATIN (2020)


Jika penggunaan elektrik anda semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak melebihi 300kWj, anda layak mendapat bantuan bil elektrik percuma dari TNB. Secara kasar, bil tersebut lebih kurang dalam RM77 sebulan.

Klik sini untuk baca langkah-langkah dan cara bayar elektrik secara online.

Sedikit mengenai Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)

Bantuan Prihatin Elektrik atau BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan. Ini adalah bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Ini juga bermakna, bantuan ini bukan hanya untuk B40. Golongan M40 dan T20 yang menggunakan elektrik yang banyak semasa PKP juga layak menerima bantuan ini.

Permohonan bantuan bil elektrik percuma BPE PRIHATIN

Pasti ada yang bertanya, bagaimana untuk buat permohonan bantuan ini?

Jangan bimbang, tidak perlu mohon apa-apa. Bantuan ini akan dilaksanakan secara automatik mengikut penggunaan anda.

Jadi, sekiranya tidak melebihi 300kWj, maka tidaklah perlu bayar apa-apa.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan pula, akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

 

Diskaun Bantuan Prihatin Elektrik

Berikut ialah senarai diskaun yang akan diterima bagi yang menggunakan elektrik melebihi RM77 setiap bulan.

Cara mohon Bantuan Prihatin Elektrik BPE TNB

Secara ringkasnya:

  1. Jika bil anda sebelum ini tidak melebihi RM43.60, anda tidak perlu bayar apa-apa
  2. Jika bil anda sebelum ini tidak melebihi RM77.00, anda juga tidak perlu bayar apa-apa
  3. Jika bil anda sebelum ini tidak melebihi RM231.80, anda akan mendapat Bantuan Prihatin Elektrik sebanyak RM77 / bulan.
    • Jumlah manfaat secara keseluruhan untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 ialah RM231 dan ditambah lagi dengan 15% diskaun
  4. Jika bil anda sebelum ini tidak melebihi RM395.60, anda akan mendapat Bantuan Prihatin Elektrik sebanyak RM77 / bulan dan ditambah lagi 8%.
    • Jumlah manfaat secara keseluruhan untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 ialah RM231 dan ditambah lagi dengan 10% diskaun
  5. Jika bil anda sebelum ini memang selalunya melebihi RM396.15, anda akan mendapat Bantuan Prihatin Elektrik sebanyak RM77 / bulan dan ditambah lagi 2%.
    • Jumlah manfaat secara keseluruhan untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 ialah RM231 dan ditambah lagi dengan 2% diskaun

Untuk makluman, bantuan bil elektrik percuma ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sedia ada.

Bantuan ini akan dimasukkan secara sekali gus dalam bil bulan Julai 2020

Sekiranya anda telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020

Untuk penggunaan elektrik di antara 601- 900kWj sebulan pula, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga September 2020.

 

Bantuan elektrik lain oleh TNB

  1. Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang diperkenalkan oleh TNB sebelum ini masih terpakai di mana pengguna domestik mempunyai pilihan untuk menjelaskan bayaran bil elektrik tertunggak secara ansuran berdasarkan amaun PBM setiap bulan tanpa sebarang surcaj tambahan sehingga bulan Disember 2020.
  2. Tiada pemotongan bekalan elektrik sehingga 30 September 2020.
  3. Tiada caj lewat bayar dikenakan mulai 18 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

 

Maklumat lanjut berkenaan bantuan bil elektrik percuma

Jika anda ada pertanyaan dan mahu tahu lebih lanjut, boleh hubungi TNB seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Bantuan Prihatin Elektrin BPE PRIHATIN TNB

Kami menyambut baik akan langkah TNB untuk membantu rakyat meringankan beban untuk membayar bil elektrik yang tinggi.

Pastinya ramai yang berterima kasih dengan bantuan bil elektrik percuma ini, terutamaya golongan B40.

Diharapkan agar anda yang membaca ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • b40 pembayaran elektrik pecuma

Leave a Comment