Bantuan Banjir 2021 Dibenarkan Semasa PKP 2.0 (Bantu Mangsa)


Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bantuan banjir 2021 atau apa-apa bantuan kemanusiaan oleh NGO atau orang perseorangan di kawasan bencana adalah dibenarkan. Namun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Untuk individu dan NGO

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan adalah dibenarkan melakukan misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri terjejas akibat bencana itu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Ada 6 negeri yang dikategorikan sebagai negeri PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Seterusnya, 6 negeri pula dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.

Hanya 2 negeri sahaja di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak.

Sebelum beri bantuan banjir 2021, maklumkan kehadiran

Pihak NGO dikehendaki untuk melaporkan diri pada polis sebelum membuat pergerakan ke lokasi.  Apabila sampai di lokasi bencana, mereka pula perlu laporkan kehadiran pada Pusat Bencana Daerah supaya mereka tahu siapa yang hadir ke kawasan bencana.

Kerajaan juga menggalakkan untuk petugas NGO atau orang perseorangan itu membuat saringan COVID-19 atau ujian swab terlebih dahulu sebelum pergi ke kawasan bencana kerana yang paling penting, ialah tidak mengjangkiti atau membahayakan mangsa yang dibantu.

Walau bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak paksa untuk buat saringan COVID-19. Namun, mereka digalakkan buat saringa, kerana sebagai contoh di Pahang walaupun dikenakan PKPB tetapi ada kawasan bencana berada di Zon Hijau.

Akhir kalam

Kami sangat-sangat berbangga dengan mana-mana individu, orang perseorangan, kumpulan dan NGO yang sanggup bersusah payah untuk menjalankan misi membantu mangsa banjir yang tertumpu di negeri Johor, Pahang, Kelantan dan lain-lain kawasan.

Semoga usaha mereka ini diberkati Allah.

Bagi mangsa yang terjejas, sila buat semakan samada layak atau tidak untuk bantuan dari kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021, Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 dan juga buat pengeluaran simpanan persendirian KWSP melalui iSinar. Sekurang-kurangnya, dapat membantu untuk buat perbelanjaan harian.

Diharapkan juga agar bencana banjir dan wabak pandemik Covid-19 ini cepat hilang dari Malaysia.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment