Bantuan Baitulmal Kamek (Permohonan Tabung Baitulmal Sarawak)


Jika ada menghadapi kesukaran untuk menjalankan kehidupan pasca Covid-19, anda boleh buat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek.

Apa itu Baitulmal Kamek?

Baitulmal Kamek adalah portal khidmat pelanggan terbaru Tabung Baitulmal Sarawak yang akan memudahkan umat Islam mengemukakan permohonan secara atas talian (online)

Dalam masa yang sama, ia akan mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian.

Inisiatif mewujudkan portal tersebut merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan agihan Zakat kepada Asnaf, di mana pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan 3 Program Utama iaitu :-

  • Program Mengukuhkan Tradisi Kelimuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah
  • Program Membangunkan Institusi Islam.

 

Cara mohon Bantuan Baitulmal Kamek

Berikut ialah cara untu apply Baitulmal Kamek

  1. Layarai laman web rasmi, iaitu portal pelanggan TBS di sini: https://pelanggan.tbs.org.my
  2. Jika anda sudah berdaftar:
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (Username)
    • Masukkan Kata Laluan
    • Tekan butang Log Masuk
  3. Jika anda belum berdaftar:
    • Klik pautan Daftar Akaun
    • Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Masukkan Nombor Telefon
    • Masukan E-mel
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (ini akan digunakan sebagai Username)
    • Masukkan Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan
    • Tekan butang Daftar
  4. Selepas selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk semula
  5. Pilih bantuan yang ingin dipinta

 

Kelebihan portal pelanggan TBS (Tabung Baitulmal Sarawak)

Antara kemudahan menggunakan portal pelanggan TBS ialah ia dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf.

Melalui portal Baitulmal Kamek, juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.

Namun, ini hanyalah untuk mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan sahaja.

Tambahan lagi, pada peringkat awal pelancaran portal pelanggan TBS ini, hanya sebahagian bantuan sahaja boleh dipohon melalui atas talian.

Sebahagian lagi boleh dipohon dengan berkunjung ke mana-mana kaunter-kaunter TBS yang berdekatan.

 

Akhir kalam

Portal Pelanggan TBS (Tabung Baitulmal Sarawak)

Kami menyambut baik inisiatif Majlis Islam Sarawak yang memperkenalkan portal pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak untuk rakyat Sarawak yang layak.

Nampaknya, memang beruntung jadi rakyat Sarawak. Bukan sahaja ada bantuan BKSS, ada juga Bantuan Baitulmal Kamek yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang terkesan dengan wabak Coronavirus Covid-19 dan PKP.

Bagaimana jika mempunyai perniagaan? Boleh cuba dapatkan bantuan perniagaan Baitulmal juga.

Bagi sesiapa yang rasa layak, sila daftar dan buat permohonan. Mudah-mudahan, dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • COVID19 MALAYSIA GRAB FOOD

Leave a Comment