Allianz Partners Perluas Pembantu Kesihatan Digital ke Sepuluh Pasaran di Asia-Pasifik


Memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kesihatan digital, Allianz Partners telah mula melancarkan tawaran telekesihatan menyeluruh baharu di Eropah pada awal tahun ini. Kini, penawaran perkhidmatan kesihatan tersebut dikembangkan di rantau Asia-Pasifik dengan kerjasama MyDoc. Pembantu kesihatan maya bersepadu ini kini boleh didapati di pasaran-pasaran berikut: Singapura, Tanah Besar Cina, Hong Kong, Taiwan, India, Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Australia.

Pembantu Kesihatan Digital ini boleh diakses menggunakan peranti mudah alih ataupun komputer melalui platform pemesejan dalam talian (WhatsApp, WeChat, Telegram, dsb.) serta menyediakan pelanggan dengan akses segera dan terus kepada empat perkhidmatan perubatan teras:

  • Penyemak Gejala untuk menilai dan memahami gejala dengan sistem panduan “layan diri” berasaskan Kecerdasan Buatan (AI – Artificial Intelligence)
  • Nasihat Perubatan melalui perbincangan dengan doktor-doktor berkelayakan
  • Perundingan Video oleh MyDoc: Perundingan video dalam talian dengan doktor berlesen tempatan yang boleh memberi nasihat kesihatan, diagnosis perubatan, rawatan yang disyorkan dan menawarkan preskripsi dalam bahasa tempatan pada setiap hari.
  • Penghantaran Ubat: Selepas sesi perundingan dengan doktor melalui MyDoc, dan sekiranya diperlukan, ubat preskripsi akan dihantar terus ke lokasi pesakit dengan secepat mungkin.

Memberi Ketenangan Minda melalui Akses Digital kepada Rawatan

Perkhidmatan ini merupakan kisah kejayaan pertama Inisiatif Akses Rawatan Digital seluruh syarikat Allianz Partners. Tujuan inisiatif ini adalah untuk membangunkan rangkaian alat digital dan perkhidmatan yang semakin luas untuk memanfaatkan portfolio telekesihatan Allianz Partners buat pelbagai segmen pelanggan (pelancong, pemegang kad kredit dan ekspatriat). Inisiatif ini memanfaatkan keupayaan dan platform ‘dalaman’ Allianz Partners serta kepakaran dan pengetahuan rakan-rakan kongsi luar seperti MyDoc.

“Hari ini, segala-galanya mengenai kemudahan pelanggan dan memberi akses kepada rawatan berkualiti sepantas dan semudah yang mungkin. Allianz Partners mencipta perkhidmatan kesihatan yang membantu mengatasi cabaran orang ramai dalam dunia yang bergerak semakin pantas hari ini. Sama ada cabaran tersebut ekoran kekurangan masa, atau kekurangan maklumat dan panduan utnuk membuat pilihan yang tepat demi kesihatan mereka, pembantu kesihatan baharu saya menghimpunkan beberapa perkhidmatan kesihatan digital untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Dengan inisiatif Akses Digital kepada Rawatan, kami terus memperluas perkhidmatan digital dan telekesihatan kami dalam bidang pencegahan dan kesejahteraan.” kata Ida Luka-Lognone, Ketua Pegawai Eksekutif Kesihatan Antarabangsa, Allianz Partners.

Kami amat teruja untuk membawa Pembantu Kesihatan Digital kepada pelanggan dan rakan kongsi kami di rantau Asia-Pasifik. Fokus Allianz Partners untuk mempercepatkan inisiatif Akses Digital kepada Rawatannya dibuat ketika terdapatnya permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian telekesihatan dan perkhidmatan kesihatan digital yang komprehensif khususnya dalam konteks Pandemik yang masih berlaku ini. Kami telah mencapai kejayaan baharu dalam membawa ketenangan dan kepastian semula kepada pelanggan kami menerusi platform semua-dalam-satu ini. Allianz Partners akan terus melabur untuk membawakan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan mental yang utama dalam pasaran untuk menyokong pelanggan dan komuniti kami,” ulas Vinay Surana, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Allianz Partners.

“Sejak bermulanya pandemik tahun lalu, kami telah memerhatikan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan telekesihatan di platform MyDoc dan permintaan tersebut terus meningkat sehingga hari ini. Orang ramai telah mengubah cara mereka mengakses perkhidmatan kesihatan dan ia cukup jelas bahawa perkhidmatan kesihatan digital adalah masa hadapan perubatan. Malah, pada bulan Januari tahun ini, kami telah melaporkan peningkatan jumlah pengguna aktif dari tahun-ke-tahun sebanyak 272% di platform MyDoc. Dengan kerjasama bersama rakan-rakan kongsi berpandangan jauh seperti Allianz Partners, kami dapat memperkenalkan perkhidmatan rawatan kesihatan digital yang berupaya untuk mendekati lebih ramai orang melalui perkhidmatan rawatan kesihatan yang membolehkan pengguna untuk terus mengawal tahap kesihatan mereka dengan cara yang mudah, selamat dan berkesan,” kata Dr. Snehal Patel, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, MyDoc.

Pendorong utama yang dilaporkan orang ramai untuk beralih ke platform perkhidmatan kesihatan digital adalah kerana ia lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan diagnosis daripada doktor melalui rundingan dalam-talian tanpa perlu meninggalkan rumah[1]. Laporan tersebut turut meramalkan bahawa konsultasi rutin di antara para pesakit dan doktor akan berterusan untuk selama yang mungkin.

Selain daripada perubahan dalam tingkah laku pengguna, penyampaian perkhidmatan dan maklumat perubatan secara digital berpotensi meringankan beban ke atas sistem rawatan kesihatan[2]. Pencapaian teknologi yang selanjutnya akan membolehkan jenis rawatan yang lebih canggih disampaikan melalui saluran digital dan meningkatkan mutu pengalaman pesakit.

Latar Belakang Allianz Partners

Allianz Partners ialah peneraju dunia bagi insurans dan bantuan B2B2C, menawarkan penyelesaian global yang mencakupi kesihatan dan kehidupan antarabangsa, insurans perjalanan, automotif dan bantuan. Dipacu oleh pelanggan, pakar-pakar inovatif kami menakrifkan semula perkhidmatan insurans dengan menyampaikan produk dan penyelesaian sentuhan tinggi, berteknologi tinggi yang bersedia mendepani masa depan yang melangkaui lebih daripada insurans tradisional. Produk kami disatukan dengan lancar dalam perniagaan rakan kongsi kami atau dijual secara langsung kepada pelanggan dan boleh didapati melalui empat jenama komersial: Allianz Assistance, Allianz Automotive, Allianz Travel dan Allianz Care. Berada di 75 negara, 19,400 pekerja kami bertutur 70 bahasa, mengendalikan lebih 58 juta kes setiap tahun dan terdorong untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan kami di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.allianz-partners.com

Leave a Comment